/* remove this */

Tuesday 13 January 2015

...Yang Didekati, Bukan Dijauhi...



Assalamualaikum semua! Pejam celik pejam celik, saya sudahpun dihujung sem. Alhamdulillah… masih berbaki satu paper untuk mengakhiri pejuangan di semester ini. moga dipermudahkan urusan saya, jua sahabat-sahabat.

Menjenguk blog yang sudah kian berhabuk, rupa-rupanya sudah sebulan lebih saya membiarkan blog ini sunyi tanpa kata-kata. Hari ini, saya kembali kerana sesuatu yang saya rasakan perlu untuk kalian tahu (itupun jika ada yang sudi membacanya). Haha!

Pernah tengok Pencetus Ummah? Dai’e Pendakwah Milenia? Atau mungkin Imam Muda? Banyaknya program-program yang diterbitkan untuk melahirkan pendakwah kan? Tetapi adakah hanya mereka yang layak digelar pendakwah?

Tidak! Kita semua pendakwah kerana sesungguhnya amar ma’ruf nahi mungkar itu wajib keatas kita semua. Daripada ‘Aisyah R.A bahawaRasulullah s.a.w. bersabda;
“Wahai Manusia! Sesungguhnya Allah azza wajalla berfirman:Suruhlah kepada perkara makruf dan cegahlah kepada perkara mungkar, sebelum berlaku sesuatu keadaan apabila kamu berdoa kepada-Ku, Aku tidak kabulkan doa kamu. Kamu memohon sesuatu kepada-Ku, Aku tidak tunaikan dan jika kamu memohon pertolongan kepada-Ku, maka Aku tidak memberi pertolongan kepada kamu”.
(Riwayat al-Baihaqi)

Apa yang ingin saya katakan sekarang bukanlah tentang sewajib manakah dakwah itu, seburuk apakah impak jika tidak berdakwah, tetapi sebaliknya tentang PENDAKWAH itu sendiri.

Saya bermula sebagai seorang dai’e, tetapi dalam masa yang sama, saya juga seorang mad’u. Saya yang dahulunya buta tentang tarbiyyah, dipilih Allah untuk mentarbiyyah. Gusar dihati hanya Dia yang tahu. Namun perancangan Allah itu amat cantik malah yang lebih baik dari segala-galanya.

Rupa-rupanya dengan cara begitu Allah tarbiyyah saya tanpa sedikitpun Dia membuka aib saya malah Allah tutup serapat-rapatnya dan mengangkat darjat saya dimata rakan-rakan saya. Disaat saya seringkali diuji dalam dakwah, mereka seringkali katakan pada saya, “Hajar, ada sebab kenapa Allah pilih awak, Dia tak pilih saya, tidak juga orang lain. Itu sebab awak kuat. Awak yang kuat untuk hadapi semua ni.”

=) (senyum sendiri). Bukan saya ingin memuji-muji diri saya sendiri, tetapi saya mahu katakan disini, dakwah itu bukan perkara mudah dan yang paling payah adalah disaat kita baru sahaja mahu memulakan langkah. Kenapa? Kerana disaat itu kita sebenarnya masih lagi mentah.

Saya pernah rasa seperti futur ditengah jalan. Namun dengan tarbiyyah, menjadi mad’u dalam ikatan ukhwah yang indah, disitu saya mula bermuhasabah. Saya sedar akan kesilapan yang saya lakukan dalam berdakwah. Mungkin kecil dimata kita(dai’e), namun besar dimata mereka(mad’u).

Dulu, makin saya dakwah, makin mereka jauh dari saya. Selepas saya sedar silap saya, makin saya dakwah, makin saya rasa indahnya ikatan sebuah ukhwah dalam satu aqidah. Nampak tak sahabat? Pendakwah itu perlu bijak, perlu ada ilmu dalam berdakwah, perlu munasabah supaya langkah yang tercipta tidak goyah.

Sekarang ramai diantara dai’e diluar sana yang taksub pada istilah ‘tarbiyyah sentap’. Saya tidak katakan itu salah, tetapi saya ulang lagi sekali, pendakwah itu perlu bijak, perlu muhasabah. Jika dakwah membuatkan orang makin jauh dengan kita, mungkin ada sesuatu yang kurang, mungkin there’s something wrong somewhere pada dakwah itu sendiri.




Wahai dai’e, jika anda mempunyai 10 orang mad’u, ketahuilah bahawa anda pelu menakluki 10 hati yang berbeza, jadi caranya juga perlu berbeza. Jadilah dai’e yang didekati, bukan dijauhi. Moga cinta yang hakiki itu kita kecapi. 


p/s : Dalam bermuhasabah, naqib saya dulu (brother Izhar) ajar saya buat dakwah fardiyyah. Alhamdulillah, saya jumpa silap saya. ^^