/* remove this */

Friday 25 April 2014

...Kerana Saya Kuat...




Masih berbaki dua paper. Lepas tu, balik rumah. Tinggalkan semua yang ada disini. Apa yang saya akan bawa,  semua barang-barang saya, baju, sabun-sabun yang masih berbaki, buku-buku yang saya sayang, ilmu-ilmu yang bermanfaat dan semua kenangan yang pastinya saya tak akan lupakan.

Saya nak cepat-cepat balik

Saya dah tak sanggup berlama-lama kat sini. Hati saya ni berat untuk tanggung apa yang saya rasa sekarang.

Rindu?

Ya.

Tapi????

Hmmmm...

Saya sakit sorang-sorang. Saya menangis sorang-sorang. Tiba-tiba saya rasa sesuatu. Saya ni kuatkan? :’)

Sebab saya ada Allah

Petang semalam saya berbual-bual dengan Maira. Tiba-tiba Maira bersuara,

“Orang cakap kalau hidup gembira je takde sedih-sedih tak sempurna la. Tapi kat syurga nanti kan kita dah takkan rasa sedih. Jadi macam mana? Tak pefect la kalau tak sedih. Maira selalu fikir tau. So, betul la kan syurga tu memang tak dapat di bayangkan.”

Tersenyum saya mendengar luahan darinya.

“Maira, kat dunia ni, gembira tu kadang-kadang boleh buat kita leka, lupa, lalai. Sedih tu sebenarnya kadang-kadang yang mengingatkan kita balik, yang tegur kita supaya tak terus leka. Kat syurga nanti, kita takkan rasa penat dengan perasaan gembira tu. Itukan syurga. :)”

“Hmmm, betul.”

Istimewanya Dia

Allah tu kreatif kan? Dia tu unik! Selalunya kita kalau nak uji orang, kita bagi dia susah. Cuba tengok fear factor, running man, ninja warriors, semuanya susah-susah kan? Tapi kalau Allah nak uji kita, dua-dua dia bagi sebagai ujian dan bagi saya, ujian yang paling susah adalah senang.
“Maka adapun manusia, apabila Tuhan memujinya lalu memuliakannya dan memberinya kesenangan, maka dia berkata, ‘Tuhanku telah memuliakanku’. Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata, ‘Tuhanku telah menghinaku’.908(89 : 15-16)
908. Allah menyalahkan orang yang mengatakan bahawa kekayaan itu adalah satu kemuliaan, dan kemiskinan adalah suatu kehinaan seperti yng tersebut dalam ayat 15 dan 16. Tetapi sebenarnya kekayaan dan kemiskinan adalah ujian Allah bagi hamba-hambanya.

Betul kan apa yang saya cakap? Allah tu, unik, kreatif, sweet dan sangat istimewa. Amat! Hehehe…

Saya tahu saya kuat

Nak tahu tak? Lepas saya menangis sorang-sorang hari tu, (sebenarnya saya tak sorang-sorang, Allah ada teman saya), mungkin seorang kawan saya ada perhatikan gerak geri saya, dia datang dekat saya, dia pegang tangan saya, “Hajar okay?” saya hanya mampu senyum pada dia. Dia cuba berbual-bual dengan saya dengan dialek terengganunya. Dia cakap, “Berapa hari je lagi kita kat sini. Tak sabarnya nak balik.” Waktu itu hati saya memang betul-betul lemah. Saya tersangat-sangat sudah tidak mampu bertahan dengan semua yang saya rasa sekarang. Saya nak secepatnya tinggalkan tempat ni. Buat pertama kalinya saya menangis dihadapan Srikandi Umar itu.  

Seketika cuma.

Saya lap air mata saya.

Kembali tersenyum.

Saya sudah tidak mahu menangis dihadapan manusia hanya kerana perkara itu. Biarlah saya pujuk hati saya sendiri. Saya kan kuat? :’)

Usai solat isya’ berjemaah, Srikandi Umar datang peluk saya, dia bisik kat telinga saya, “Hajar kuat ye.” Terima kasih sahabat.. tiba-tiba Maira datng dari belakang memeluk kami berdua. Indanya ukhuwah ituuuuu.. ^^



p/s : Malam tu saya dah tak sedih dah. Saya ada mereka yang sayang saya dan Allah yang sayangkan hamba-Nya. <3