/* remove this */

Friday 5 December 2014

...Sibuk...



Rindu rasanya hati pada medan utaian kata saya ini. Jujur saya sibuk. Amat sibuk sekali sehingga hati saya mendesak saya untuk menumpahkan takungan air mata yang selama ini saya simpan. Malam itu. Fikiran saya betul-betul sempit. Terasa sesak sehingga dada dihimpit sebak. Saya tidak mahu menangis tetapi hati saya berkata, menangislah!

Setitis dua, saya usap air mata itu. kering. Menitis lagi. Hapus. Keluar lagi. Tarik nafas dalam-dalam, hapus air mata itu, senyum. Pujuk hati, semahu-mahunya saya pujuk, ‘bersabarlah wahai hati, Allah ada bersama’.


Saya rindu saat hati ini ditarbiyyah. Rindu sangat-sangat. Bila difikir-fikirkan, saya makin leka dengan dunia. Saya rasa ada yang kosong dalam hati ni. Saya rasa saya makin jauh dengan Allah saya sedangkan hakikatnya Allah tidak pernah berganjak seincipun dari saya. Jadi mungkin saya yang semakin menjauh dari Dia. Astaghfirullah….

Semalam saya terleka, Allah tegur saya dengan menghadiahkan saya masalah yang sangat berat sebagai seorang pelajar. Esok lusa, jika kalian juga seperti ini, jangan terus jatuh dan tersungkur ye sahabat? Allah tidak akan membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya. :)

Sampai disini dulu coretan saya kali ini ye. Azan subuh sudah berkumandang. Jom dating dengan pemilik hati kita?



p/s : Sebenarnya saya tak tidur dari semalam gara-gara minum nescafe semata-mata untuk siapkan drawing. Alahaiii… esok ada klazzz. ~.~

Wednesday 26 November 2014

...Sahaja Aku Menuntut Ilmu...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;

"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya, tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi, Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba, Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa, Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat, Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita, Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga, Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja, Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri, Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah, Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah, Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah, Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah, Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya, Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,

"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi, walau kebanyakan akan jadi surirumah, tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti, seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya, yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"


"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui" (QS 39 : 9)

Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya, Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak, Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat, Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical, Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja, Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian, kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama, diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya,

Tidakkah dirimu nampak kurang matang, kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu, tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya, mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan, orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai, bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui, Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,

"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."
 
Khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah. Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh, Satu persoalan yang sering bermain di fikiran, Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya, InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya, Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya, maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat. Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.

Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga, Pengikhlasan niat hanya pada-Nya, Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari, semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." (QS 6 : 162)

Dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut, jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai, Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua,

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Jangan kita berfikiran sempit, mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai, tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi, seperti sains dan astronomi, tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi, ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki, menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi, kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.



p/s : Jom beribadat! Belajar juga satu ibadah kannnn??? ;)


...Dakwah, Bukan Jalan Mudah...



Penat.

Sampai ada ketika rasa seperti mahu menangis.

Risau.

Banyaknya urusan dunia saya,,,, semoga tidak terabai bekalan akhirat sana.

Dalam kesibukan duniawi, ada sahabat yang sering hadir mengingatkan diri. Sedikit pekongsian dari group whatsapp menjengah ruang handphone.

“…akhi, orang yang bersungguh buat dakwah..segala amal lain pasti dia juga akan bersungguh..” “..kenapa gitu khi..?” “..kerja dakwah adalah kerja paling agung dan besar serta susah…kalau yang susah kita boleh setel, setakat assignment, belajar, hal-hal hasanah lain apalah sangat bagi kita.. Tambah-tambah buat kerja Allah ni, nescaya Allah sebarkan kesungguhan tu kepada amal-amal lain.. Masalah ikhwah sekarang, dakwah entah kemana, mutabaah hanyut, pastu study pun entah kemana.. Then, salahkan dakwah..”



Saya termenung sejenak. Tarik nafasssss, hembus. Senyum pada diri. Saya juga pernah begitu. Tapi dulu, waktu hati masih belum kuat dijalan dakwah. Waktu klimaks ujian Allah hadiahkan pada saya. Waktu saya masih bertatih mengejar cinta Ilahi. :’)

Walaupun waktu itu saya serba kekurangan, kurang ilmu, kurang jihad, kurang amal, kurang tarbiyyah, kurang serba serbi, tapi Allah hadiahkan saya golongan yang mantap ilmunya, tinggi jihadnya, istiqamah amalnya, kukuh tarbiyyahnya. Alhamdulillah, saya sekarang adalah saya yang sekarang. Walaupun masih belum penuh (memang tidak akan penuh), tapi ‘berisi’. Hihi..

Saya tidak sempurna, tidak mampu mencapai sempurna, tapi saya berhak berusaha untuk memungkinkan kesempurnaan. Mungkin. Moga Allah redha…

Manusia boleh berubah. Jangan hukum seseorang dengan kisah lampau mereka. Jangan fikir orang baik-baik tu tidak ada masa lampau dan jangan fikir orang jahat-jahat kurang baik tu tidak ada masa depan.


p/s : Jom muhasabah diri? Duduk diam-diam, fikir dalam-dalam… :)

Monday 17 November 2014

...Dah Lama Saya Teringin...

Saya juga mahu seperti itu.


Bila pandang mereka, mata saya terpaku.

Bila pandang mereka, hati saya jadi sayu.

Bila pandang mereka, saya buntu.

Bila pandang mereka, saya jadi begitu.

Kerana dalam hati saya, Allah tahu.

Saya juga mahu seperti itu.

Moga kekuatan itu saya temu.



p/s :  Doakan saya ya sahabat… :)

...Saya Kuat Kerana-Nya...



Jauh kaki menapak, terkadang hati tersentak! Allah tegur tu… Sedar sekejap, tapi ada masa masih juga lelap. Hidup ni,,,, memang perlu kuat.

Bila difikirkan semula, banyak betul perkara yang saya belajar dekat dunia ni. Tapi dalam banyak-banyak perkara yang saya belajar tu, saya seringkali risau ianya tidak mampu menyelamatkan saya di akhirat kelak.

Hidup umpama roda ini seringkali membuatkan saya lelah. Tapi hakikatnya, itulahlah yang membuatkan saya makin tabah. Allah nak cakap, dia sayang saya... Ya, saya nampak sekarang. Allah sentiasa bersama saya walaupun ada ketikanya saya lupakan dia.

Baru sekarang ke nampak? Tidaklah! Dari dulu saya sudah nampak tapi ada ketika sesuatu yang tidak pasti itu cuba mengaburi penglihatan saya. Mata hati saya rabun seketika. Pada ketika itu, ada yang datang menghulurkan kaca mata hikmah pada saya.


Golongan ini datang mengisi kekosonngan di hati saya. Saya tenang dalam ikatan ukhuwah yang terjalin ini. Ikatan yang walaupun pada ketika sedih, tetap terasa manis sekali. Golongan ini, Allah hantar untuk kuatkan saya, untuk buktikan pada saya, Dia masih sayangkan saya… :’)

Kini saya sudah tidak memerlukan kaca mata itu kerana hati saya sudah belajar cara untuk sebetul-betulnya ikhlas pada ketentuan Allah. Kerana Dia tuhan saya, kerana Dia segala-galanya dalam hidup saya.

Saya tahu, Allah tahu bahawa hati saya sekarang terlalu merindui syurga-Nya. Saya terlalu ingin ke syurga hingga terkadang saya menangis kerana merayu syurga dari-Nya. Saya sedar saya tidak layak. Terlalu banyak kekurangan pada diri saya. tapi saya juga sedar, saya mampu berusaha untuk itu. Usaha untuk menggapai redha, itu yang utama.

Ya Allah, moga jannah itu tercatat jua untukku.

p/s : Dalam hati saya sekarang hanya Allah nombor 1. Wahai Adam, jangan diganggu hati Hawa yang rapuh ini.


Friday 24 October 2014

...Lemah...



Saya tahu saya tak kuat sebab tu saya masih berharap. Tetapi berharap hanya menyebabkan fikiran saya makin berat. Saya hanya mampu cuba untuk kuat. Saya cuba…. :’)

Sekarang hati saya betul-betul lemah, sehingga saya terfikir saya akan jatuh rebah dan mengalah. Saya kecewa dengan diri saya sendiri. Saya terluka kerana perasaan saya sendiri. Moga Allah kuatkan hati.

Yes, I am

p/s : Maira, doakan ummi.. ummi dah cuba, tapi…..


Sunday 12 October 2014

...Tafahum Itu Penting...

Ini tangan saya dengan Maira


Sejak dari minggu orientasi lagi saya sudah merasai perasaan yang sama. Rasa sepi tak berteman, seringkali menjadikan diri saya lemah dalam tangisan. Mungkin kerana saya tidak kuat. Mungkin juga kerana saya sudah lama kuat. Saya sedaya upaya cuba untuk tidak mahu menyalahkan mereka yang ada disekeliling saya tetapi rasa itu tetap ada.

Jika ingin sahabpt yang baik, jadilah sahabat yang baik terlebih dahulu. Tidak ada insan yang sempurna, namun kita mampu berusaha untuk itu. Wahai kawan, bukan kesempurnaan yang aku cari, tapi cukuplah pengertian darimu yang pku nanti. Bukan semua orang sama dan aku bukanlah seperti sahabatmu yang lain. Ingin sekali saya tekankan disini, sedarlah wahai insan yang punya ikatan sebuah persahabatan, sesungguhnya persefahaman itu amatlah penting dalam perhubungan.

Benar kata orang, sahabat sejati itu sukar dicari dan tiada galang gantinya. Untuk mereka yang bergelar kawan saya, saya maafkan salah kalian kerana saya sedar saya juga mungkin masih belum jadi yang terbaik untuk kalian. Untuk mereka yang bernama sahabat saya, saya rindu awak semua. Untuk awak berdua yang bernama sahabat sejati saya, demi Allah saya cinta, sayang dan rindukan awak bedua. Dan untuk dia yang menjadi teman saya, terima kasih kerana cuba untuk kuatkan semangat saya.

Akhir sekali,,,,, untuk Allah saya, terima kasih kerana menghadiahkan mereka semua kepada saya. Setiap yang berlaku itu, pasti ada hikmahnya… Kan?  :’)


Mereka ini sahabat sejati saya =)



p/s : Lepas azan tadi, ada orang ketuk pintu bilik. Akak tu datang jual nasi lemak. Alhamdulillah.. terima kasih sekali lagi untuk Allah saya. Wahai teman saya, tak perlu risau ye, Allah bagi saya nasi lemak malam ni… ;)

...Request Dari Dia...




Hai! Assalamualaikum.. =)

Ada sesuatu yang ingin saya kongsikan. Tapi entri sebelum isya’ ini saya nyatakan secara kiasan saja la ye.. selebihnya saya akan cuba cari ruang dan masa untuk dicoretkan dengan lebih terperinci.

Kata orang, jika kita impikan seorang sahabat yang baik, jadilah seorang sahabat yang baik terlebih dahulu. Hurmm.. Still thinking about that.



p/s : Saya rindu mereka sangat2.. :’(

Friday 19 September 2014

...Mood Hilang...

Semalam saya janji mahu coretkan kisah saya disini. Tetapi hari ini mood untuk bercerita itu hilang tanpa ditiup angin. Hurmmm…



p/s : Saya tak suka orang biarkan saya terpnga-pinga sendirian dihimpit persoalan. 

Thursday 18 September 2014

...Saya Seorang Mahasiswi...



Assalamualaikum semua… =)
Hihi.. Sudah terlalu lama rasanya saya menyepikan diri. Sejak bergelar mahasiswi ni, bahang-bahang kesibukan tu mula terasa tempiasnya. Manakan tidak, hampir setiap hari jadual saya penuh hingga petang. Hampir ke? Rasanya memang setiap hari kot. Malam pun adaaaa…

Hurm.. saya ni mahasiswi universiti mana ya? Hihi.. shhhhh, rahsia. (elleh! Sekarang rahsia la lagi. Nanti bila dah tulis macam-macam, mesti terrrrbagitahu jugaklah) Hurmmm… sejak tinggal dekat sini, terlalu banyak perkara yang ingin dikongsi. Cuma kekangan waktu yang menghimpit dan menghempap saya sehingga idea yang ada itu hancur berderai dan hilang begitu sahaja. Wifi kolej pun baru semalam saya dapat connect setelah hampir seminggu saya mendaftarkan diri di portal. Huhh..

Untuk hari ini, juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama. Cuma rasanya, badan ini lebih memerlukan perhatian untuk direhatkan setelah seharian turun naik bukit bagi memungut ilmu yang ada. InshaAllah moga bermanfaat untuk dunia dan akhirat saya.

Jadi, sampai di sini sahaja coretan saya untuk kali ini sebagai pembuka kata bagi kisah saya di universiti ini pula. Cerita hari ini, inshaAllah saya post pada esok hari. Selamat malam semua!!!!!! ^^,

p/s : Saya rindu blog saya ni.. <3


Wednesday 13 August 2014

...No Tittle, With Picture...





Menangis. Menangis dan menangis. Entah mengapa. Mungkin saya kecewa.

p/s : Saya rasa tak sedap hati. Dan saya tak suka perasaan ni!



...No Tittle, No Picture...



Terasa seperti mahu mencoretkan sesuatu tetapi saya tidak tahu bagaimana mahu mencoretkannya. Saya mahu meluahkannya tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkan itu.

Perasaan saya bercampur-baur. Fikiran saya terlampau berat. Hanya Dia yang tahu apa yang benar-benar saya impikan. Impian yang tiada siapa mengerti dan terkadang mengundang bimbang di hati.

Ya Allah…

p/s : Badan saya kembali gatal-gatal walaupun tak seteruk semalam. Hurm…


Thursday 7 August 2014

...Ini Saya...




Saya ni,

  • Degil


  • Keras kepala


  • Pelupa


Tapi…….

  • Manja


  • Kuat nangis


Saya pelupa. Selalu ulang salah yang sama. Saya degil, keras kepala. Selalu tak dengar cakap orang.

Tapi bila orang yang saya sayang marah saya, saya nangis. Saya selalu menangis bila orang-orang yang saya sayang, bila mama dengan ayah marah saya.

Saya degil tapi manja! Saya benci dengan diri saya sendiri. Dah tahu manja tak payah la degil. Eiiiiiiiii….!!!!!!!


Khamis, 7 Ogos 2014
~9:25 malam~



...Saya Terlupa Sesuatu...




Kata orang, kalau kita mahu katakan atau lakukan sesuatu pada seseorang, cuba letakkan diri kita ditempat mereka. Diam dan berfikir sejenak, adakah kita akan marah atau buat tak tahu?

Itu yang saya lakukan.

Adakah saya akan marah sekiranya dia lakukan perkara itu terhadap saya?

Hati saya berkata tidak. Sekelumitpun perasaan marah itu tidak akan ada. Tapi waktu tu, saya lupa sesuatu……

Saya lupa manusia itu berbeza. Ada yang berfikiran sama seperti kita dan ada juga yang sebaliknya.

Dan waktu tu……

Saya terlupa bahawa fikiran kami selalu berbeza.

Saya akui itu memang salah saya.



Khamis, 7 Ogos 2014

~8:48 malam~

Tuesday 5 August 2014

...Always By My Side...




'Sentiasa ada' saya harapkan...




..............




Sudah terlalu lama rasanya saya tidak meluangkan masa menulis blog. Entri-entri sebelum ini pun sudah berhabuk saya tinggalkan di dalam lappy ungu ini. Updatenya tidak. Hummmm…. Hampir satu bulan, banyak perkara yang berlaku. Saya sendiri tidak tahu dari mana harus saya mulakan.

Menjelang Ramadhan, ada sesuatu yang saya harapkan, tetapi sehingga sekarang Ramadhan yang ke-28, saya masih tidak mendapatkannya. Melalui Ramadhan ini juga, saya terus mendoakan sesuatu. Saya terlalu berharap Allah mendengar doa saya itu sehingga saya tidak sanggup kehilangan Ramadhan ini.

Saya sebenarnya tidak bercadang langsung untuk menulis entri ini. Tetapi, usai sahaja solat Subuh tadi, saya mula merasa keliru dengan hati saya. Terlalu keliru sehingga air mata saya menitis dan sekarang kembali bergenang.

Ujian ini terlalu berat untuk saya. Saya betul-betul tidak sanggup menghadapinya. Di saat saya bersendirian, persoalan ‘kenapa aku?’ seringkali menyapa. Tapi saya tahu saya tidak layak mempersoalkannya. Bergunung-gunung nikmat yang Allah bagi tetapi saya tidak pernah mempersoalkan ‘kenapa aku?’. Jadi jelas saya juga tidak layak mempersoalkan yang sebaliknya.

Ya Allah… Ya Allah… Ya Allah… beratnya Ya Allah! Ringankanlah bebanan ini walau sedikit. Seandainya masa itu dapat diundur, ada sesuatu yang akan saya ubah. Hanya satu detik itu sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang.


p/s : Ujian itu menjadikan kita kuat. Makin kuat Allah ingin kita jadi, makin berat ujian itu.

Sabtu, 26 Julai 2014
~7.10 pagi~



...Menjadi Penulis Yang Disayang...




Lain orang lain hatinya, lain blogger lain masalahnya. Hee.. nak jadi blogger ni macam senang je kan? Buat blog, tulis je apa-apa, lepas tu post. Hurmmmm,,, memang semudah itu ke?

Mana ada benda yang senang dalam dunia ni? Nak makan pun kena kunyah., paling tidak kena telan. Masih perlu lakukan sesuatu kan? Sama jugalah seperti blog, mahu jadi blogger perlu menulis. Tapi,,,,,tidak kira kecil atau besar, halangan dan cabaran itu pasti ada.

Saya sendiri pun punya halangan dan cabaran sendiri. Adakalanya saya ada idea mahu menulis tapi saya tidak tahu dari mana saya perlu memulakan entri saya itu. Adakalanya pula saya tidak tahu bagaimana mahu menyusun kata supaya apa yang saya cuba sampaikan itu betul-betul sampai. Ada ketika, selesai sahaja menulis, saya tidak tahu tajuk apa yang patut saya letak. Dan yang paling parah, saya tidak punya kemudahan untuk post semua entri yang telah saya tulis! Buktinya sekarang sudah 6 entri termasuk entri ini yang saya masih belum post ke dalam blog. Aduhai~

Bagi pihak Maira pula, dia khabarkan pada saya bahawa dia mempunyai terlalu banyak idea sehingga dia keliru mana yang perlu ditulisnya dahulu. Bila ditangguh, semua idea hilang. (Oh, itu perkara biasa yang berlaku pada saya, hehe…) Sebaliknya di pihak Ibrahim pula, dia malas untuk membuka laptop dan menulis blog. Hah? Malas?! Aiyoyo~

Mahu jadi blogger, perlu betul-betul minat. Kena ada azam! (ceyyywah) haha… Pembetulan, sebenarnya nak lakukan apa-apapun perlu ada kesungguhan, barulah berjaya. Kalau tidak berjaya sekalipun, itu tidak ada rezeki namanya. Jadi untuk para blogger yang semakin pudar semangatnya untuk terus menulis, atau untuk sesiapa sahaja yang mempunyai niat untuk jadi penulis, tidak kiralah penulis blog mahupun penulis buku, saya ada sesuatu untuk dikongsikan.

Perkara yang paling penting sekali adalah kita perlu tahu menulis. Tahu menulis di sini bukan bermakna tahu menulis semata-mata. Tetapi perlu ada kebijaksanaan dalam penulisan. Jika kita hanya sekadar menulis, belum tentu orang yang membaca faham apa yang kita cuba sampaikan. Jadi perlu ada ketelitian dalam penulisan supaya bahasa yang digunakan mudah difahami dan mesej yang cuba disampaikan betul-betul diterima.

Selain itu, jangan menangguh untuk menulis. Sejak berjinak-jinak dengan dunia blog ini, apa yang saya tahu idea untuk menulis itu datang tidak kira waktu. Dia boleh datang secara tiba-tiba. Apabila ditangguh, makin banyak yang terkumpul dan lama-kelamaan bukan sahaja idea, mood untuk menulisnya juga boleh hilang. Akhirnya, blog tidak diupdate.

Seterusnya yang ingin saya kongsikan adalah kita perlu ikhlas dalam menulis. Tulislah apa-apa sahaja yang ingin kita tulis sama ada tentang pendapat, luahan hati atau sesuatu yang boleh puaskan hati sendiri kerana dengan itu kita tidak akan pernah rasa bosan dengan menulis. Kalau nak tahu, keseronokan menulis blog ni mampu buat perut yang lapar jadi kenyang, mata yang mengantuk jadi segar, hati yang lara jadi lega, asalkan, kita menulis dengan hati…^^


Buku ini yang saya baca


Bahruddin Bekri ada menyebut dalam bukunya tentang menulis dengan hati. Katanya, ini pesan orang kampungnya kepada dia suatu ketika dahulu. Kata orang kampung itu, menulis itu perlu 80 peratus dengan hati dan 20 peratus dengan akal. Hal ini kerana, fikiran boleh memahami tetapi hati boleh merasai. Ibaratnya saya bertanya, apa rasanya hempedu yang dicecah madu?

Fikiran kamu pasti mampu memikirkan rasanya, tetapi kamu perlu merasai sendiri dengan lidah demi mengerti dengan lebih tepat. Tetapi bagi membuat mimik wajah serong dan pandangan berubah, hati kamu yang mendorongnya kerana ia lebih mengerti rasanya lebih dari apa yang difahami oleh fikiran dan apa yang dirasai oleh lidah.

Akhir sekali, tips yang saya ambil juga dari hasil penulisan Bahruddin Bekri adalah, letakkan tema dalam penulisan. Pesannya, pilihlah tema yang memasang harapan. Pilihlah tema yang sebegitu tidak kiralah buku apa kerana semua buku yang laku keras di dunia ini adalah buku yang memasang harapan. Sama ada memasang harapan dari segi motivasi, perasaan, kewangan, hidup, politik, patriotik, budaya dan segalanya! Tetapi bagaimana tema yang memasang harapan? Kamu tahu?

Tema yang membuatkan orang memasang harapan pada hidup mereka selepas membaca buku itu adalah tema yang menjual harapan. Jangan sesekali kamu membuat manusia rasa tiada harapan ataupun membuat mereka rasa jiwa mereka gelap dan murung. Itu salah. Mahu tahu kenapa?

Kerana, bagi membuat manusia berfikir dengan tulisan kamu adalah dengan membuat mereka memasang harapan. Sekiranya mereka tidak lagi memasang harapan, adakah mereka rajin berfikir? Membuat manusia berfikir itu bukan kerja kita. Itu kerja mereka sendiri. Kerja kita adalah memasang harapan dan sekiranya mereka mula berfikir, itu adalah bonus.

Kamu perlu ingat, sekali kamu jadi penulis, jadilah penulis dan bukan hakim. Jangan sesekali menjatuhkan hukum kepada manusia lain yang tidak seiring dengan kamu, dan jangan sombong dengan mengatakan orang lain tidak bagus dan apa-apa sahaja. Tahu kenapa?

Kamu boleh menulis karya hebat yang mampu menang itu dan ini, mampu juga membuat manusia berfikir dan memasang harapan. Tetapi adakah manusia yang menentukan kejayaan kamu?  Bukan! Tuhan yang akan menilai kamu dan Dia menilai kamu terus ke hati. Dia yang Maha Tahu, tahu mengapa kamu mengata tulisan orang lain tidak bagus, tidak membangun daya fikir, tidak itu dan tidak ini. Tuhan tahu niat kamu kerana mungkin pada awalnya kamu niat bagus dengan menegur. Namun, tiada benda yang kekal di dunia, begitu juga niat. Dengan mudah sahaja niat kamu boleh tergelincir dan menjadi sombong.

Jadi, sekiranya kamu sudah bagus, teruslah menulis dan banggakan teman-teman penulisan kamu dengan nasihat yang bagus, bukan dengan mimik wajah mencerca dan menghina. Nasihat sahaja, dan sekiranya kamu marah, jangan sesekali menghina dan merendah-rendah kerana mereka juga adalah manusia yang memasang harapan kepada manusia lain. Mereka juga sama seperti kita, cuma cara yang berbeza.

Moga apa yang saya kongsikan kali ini memberikan banyak manfaat kepada yang membacanya. Terima kasih kepada Bahruddin Bekri kerana menjadi sumber kepada  ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama pada kali ini. Terima kasih juga kepada yang sudi membaca! =)


p/s : Jom menulis dengan hati? Seronokkkk! ^^

Sabtu, 21 Jun 2014

~11:00 malam~

...Ibu, Ummi, Mak, Mama & Mummy...




Waktu ini, orang lain sibuk tentang hari bapa tapi saya sebaliknya. Hari ini saya ingin menulis tentang ibu, mama, ummi, mak dan mummy.

Saya baru saja menyelongkar laptop kesayangan saya ini. Melihat kembali video-vedio nasyid yang ada, akhirnya saya membuka video klip Maher Zain (Number One For Me). Di akhir lagu itu ada satu lirik yang dia sebut, ‘now I will try to love you like you love me’ membuatkan hati saya tiba-tiba jadi sebak.

Saya tidak rasa saya sudah menyayangi mama saya sepeti mana dia sayang saya. Hmmm… bila difikirkan, direnungkan, banyaknya salah saya pada mama saya. Banyaknya dosa saya pada mama saya. Tapi untuk meminta maaf, liat sekali rasanya. Bukan apa, adakalanya saya malu.

Inilah saya. Anak yang tidak beberapa baik tetapi sekarang saya sedang cuba untuk mengubahnya. Masa yang begitu lapang yang saya peroleh sekarang saya manfaatkan sebaik-baiknya untuk menyenangkan hati mama saya.

Sekarang saya sedang berjinak-jinak masuk ke dapur, kupas bawang, goreng ikan, masak sayur, buat kerabu. Semuanya mama yang ajar. Adakalanya saya ke dapur hanya untuk menjenguk kerana ada cerita yang menanti di televisyen. Hehe.. Tapi saya padamkan saja niat saya untuk menonton televisyen apabila mama meminta tolong kerana menyangka saya memang ke dapur untuk membantunya memasak seperti selalu.

Tidak mengapa. Cerita di televisyen itu, 4 5 tahun akan datang pun mungkin akan diulang tayang lagi. Tapi mama saya, saya sendiri pun tidak tahu sampai bila saya mampu luangkan masa bersamanya. Ajal maut kan di tangan Tuhan? Selagi saya mampu cari redha Allah melalui mama saya, saya akan cuba.

Mama saya tidak ada sesiapa sebagai penemannya di rumah. Ayah memanglah ada tapi bila perlu memenuhi tuntutan kerja, rumah ditinggalkan jua. Saya tahu mama pelukan teman, kawan. Jadi, saya rasa saya perlu jadi kawan dia. Saya perlu temankan dia selalu supaya dia tidak merasa sunyi.

Walaupun saya lebih suka bercerita itu dan ini pada ayah saya, tapi biarlah saya pinjamkan telinga saya ini untuk mama ceritakan itu dan ini pula pada saya. Mungkin esok saya sudah tidak dapat mendengar suaranya. Siapa tahu?

Saya mahu bahagiakan mama saya kerana selama ini saya sudah terlalu sering melukakan hatinya. Saya mahu bahagiakan mama saya kerana saya tahu redhanya dia, redha juga Allah saya. Saya terlalu mahu bahagiakan dia kerana bagaimana saya mampu bahagiakan orang lain sekiranya yang melahirkan saya pun tidak mampu berbahagia dengan saya?

Saya mahu jadi yang terbaik untuk mama saya, untuk keluarga saya dan pastinya untuk Allah saya. Cukuplah selama ini saya sering melakukan dosa dalam keadaan sedar dan tidak. Sekarang saya mahu jadi wanita solehah, wanita dambaan syurrrrgaaaaa.. ^^

Pernah sekali dalam tafakur saya saya dapati mama tidak pernah menghampakan setiap permintaan yang keluar dari bibir saya lagi-lagi tentng makan. Mama memang suka memasak, jadi bila saya tersebut saja “bestnya kalau ada…….” Pasti esoknya mama akan cari atau  masakkan untuk saya. Terkadang pernah juga terfikir, “aku ni anak manja ke?’” Ish!

Entahlah, mungkin saya bukanlah anak manja tetapi memang fitrah seorang ibu yang sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk anak-anaknya, jadi yang terbaik untuk kelurganya. Tetapi kita sebagai anak-anak selalu bermasam muka, bertikam lidah dengan mereka kerana mengharapkan kesempurnaan dari mereka. Kita perlu sedar mereka juga manusia biasa seperti kita, ada cacat cela dan kurangnya.

Sedangkan kita sebagai anak belum tentu sudah jadi yang terbaik untuk mereka inikan pula kita mahu mengharapkan kesempurnaan dari mereka. Penjagaan yang baik dari dalam perut, sewaktu masih bayi, sewaktu jatuh bangunnya kita untuk mula bertatih sehinggalah siapa kita sekarang adakah itu masih belum cukup untuk kita membahagiakan mereka?

Teringat pula saya tentang sesuatu perkara. Begini ceritanya. Di rumah saya ini, selalu ada kucing yang akan datang meminta makanan sewaktu saya makan tengah hari. Agak menyusahkan untuk saya berhenti makan, gaulkan nasi dengan ikan untuk mereka, basuh tangan dan menyambung kembali suapan saya. Jika mahu dibiarkan sehingga saya menghabiskan dahulu makanan saya kemudian baru memberi mereka makan, kesian pula saya mendengar “miow miow” dari kucing-kuccing itu.

Jadi satu hari tu, sebelum saya makan tengah hari, saya terlebih dahulu memberi kucing-kucing itu makan. Saya gaulkan nasi dengan isi ikan dan saya letakkan satu kepala ikan. Waktu itu, hanya seekor yang ada (si ibu). Dia makan sambil memanggil anak-anaknya untuk makan. Lama juga saya memerhatikan kucing itu, tetapi anaknya tetap juga tidak memunculkan diri. Saya tinggalkan dia untuk mengisi perut saya.

Sedang asyik saya menyuap nasi, saya terdengar lagi si ibu tadi mengiaw tetapi kali ini lain sedikit bunyinya. Saya jenguk keluar, saya lihat si ibu sedang berjalan ke arah rumah sebelah sembil menggigit kepala ikan di mulutnya. Tiba-tiba anaknya memunculkan diri dari halaman rumah sebelah. Terukir sekuntum senyuman di bibir saya.

Sedangkan kucing yang tidak dikurniakan akal juga menyayangi anaknya, inikan pula manusia. Jadi bagaimana dengan ibu yang sanggup membuang anaknya? Allah berfirman,
“Dan sungguh akan kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.” 
(Al-A’raf : 179)

Saya menulis bukan kerana saya sudah menjadi anak yang solehah, bukan kerana saya sudah sepenuhnya menjadi anak yang baik, bukan kerana saya sudah membahagiakan mama dan ayah saya dengan sempurna tetapi saya menulis kerana saya sedar saya terlalu banyak dosanya terhadap mereka dan saya tidak mahu sesiapa yang membaca tidak menyedari tentang apa yang baru saya sedari ini.

Saya sedang cuba membaiki kelemahan saya itu. Saya mahu jadi seorang anak yang baik. Jika mahu jadi baik, jangan jadi baik sorang-sorang, kan? Kita cari redha ibu bapa, kita dapat redha Allah. Bila Allah dah redha, ramai-ramai kita masuk syurgaaaa!!! :D


p/s : Jom kita niat supaya semua yang kita lakukan adalah untuk mendapatkan redha Allah… ;)

Sabtu, 14 Jun 2014
~1:51 tengah hari~


Sunday 25 May 2014

...Saya Sunyi...

Saya sunyi



Semalam lena saya sering terganggu. Lena ke? Entah la. Saya sebenarnya langsung tidak mengantuk tapi sakit di kepala saya membuatkan mata saya ingin terpejam. Saya sentuh dahi saya, ada panas yang membahang. Cuba melenakan diri pada pukul 12.00 malam sangat susah untuk saya memandangkan saya sudah terbiasa tidur lewat kebelakangan ini. Terjaga pada pukul 2.30 pagi, 3.30 pagi, 4.30 pagi, 5.30 pagi. Setiap satu jam lena saya terganggu. Saya dengar azan subuh berkumandang. Kepala saya masih berat. Lemahnya saya ketika itu. Akhirnya pada pukul 6.30 pagi, saya gagahkan juga diri saya untuk bangun menunaikan solat.

Sakit di kepala yang menusuk membuatkan saya hanya mampu baring sepanjang waktu. Bangun hanya untuk solat. Makan? Langsung tidak ada selera. Tapi sebelum asar tadi saya telan saja nasi itu walaupun lidah saya tidak dapat merasa rasa makanan yang saya makan. Satu lagi, saya memang jenis yang tidak suka makan panadol tetapi saya relakan tekak saya untuk menelannya kerana saya sudah tidak mampu tahan dengan sakit yang terlampau itu.

Usai menunaikan solat asar, sekali lagi saya terbaring lemah di katil. Saya terlena tanpa sedar. Terjaga pada pukul 7.30 malam. Saya mula rasa kebah. Saya bangun untuk solat maghrib. Alhamdulillah kerana sakit di kepala saya sudah hilang cuma lidah saya masih hilang deria rasanya. Saya buka nota cinta saya. Halaman Al-Kahfi dipandang. Ada rasa sebak di dada ini. Allah tahu apa yang saya fikirkan.


Jumaat, 23 Mei 2014

~12.36 malam~

...Suratan Atau Kebetulan...




Saat saya mula menulis, jam menunjukkan sudah hampir pukul 1 pagi. Mata saya ni masih segar. Tidak ada tanda-tanda untuk lena terpejam. Mana tidaknya, kerja saya hari ini adalah tidur… Hehe… Sebenarnya saya baru sahaja selesai dari melihat kembali gambar-gambar bersama sahabat saya di matrik dulu. Ada sesuatu di hati ini.

Rasa yang tersembunyi

Selama saya di rumah, sejujurnya hanya beberapa ketika saya rasa saya merindui sahabat-sahabat saya. Itupun cuma beberapa orang yang saya rapat. Tapi sekarang, baru saya sedar sebenarnya saya amat merindui mereka yang pernah bersama saya di matrik dulu. Amat rindu sehingga hati saya terasa begitu sayu dan hampir menitiskan air mata. Alahai hati…..halus betul laaaa…

Mereka bermakna bagi saya

Setiap antara mereka yang hadir dalam hidup saya, bukanlah kebetulan semata-mata. Ada yang hadirnya mengajar saya erti sabar, ada yang hadirnya mengajar saya erti berdikari, ada yang hadirnya mengajar saya erti ikhlas, ada yang hadirnya mengajar saya erti percaya pada diri, ada yang hadirnya mengajar saya erti mendengar dan banyak lagi perkara yang telah mengubah saya menjadi manusia yang lebih banyak berfikir.

Maira yang berdikari

Pertama kali saya pandang Maira, saya rasa dia baik. Saya masih ingat pada hari pendaftaran itu, dia memakai baju kurung dan tudung pink. Adiknya kecoh memanggilnya, “Kakak! Kakak!” Comelnya si kecil itu. Itu bisik hati saya saat itu. Tapi tanpa saya duga, si kecil yang comel itulah yang akhirnya singgah di bilik saya, menyalami tangan saya, didukung dan dicium pipinya oleh saya. Mushrif Hakimi, saya sendiri sudah jatuh sayang pada dia. Adik awak, adik saya jugakkk… Kan Maira? Hehe… Maira…, awak tahu tak? Saya kagum dengan awak. Melangkah ke matrik tanpa seorang teman yang awak kenal semata-mata untuk merealisasikan harapan mama dan abah awak. Berdikarinya awak Maira. Terima kasih sebab awak sudah berjaya meyakinkan saya si bongsu yang manja ni, untuk hidup berdikari dan awaklah sahabat pertama saya di sana!

Allah masih memilih saya

Saya pernah terfikir untuk berhenti dari terlibat dengan pekara dakwah, usrah dan yang seangkatan dengannya. Astaghfirullah… Tapi ternyata, setibanya saya di matrik, Allah masih memilih saya. Allahamdulillah… Bagi saya, membawa usrah itu bukanlah sesuatu yang sangat sukar memandangkan sebelum ini saya sudah pernah menghadapinya. Tapi kesukaran itu tetap ada. Di sana, saya dikenalkan dengan insan-insan baru yang perlu ditarbiyyah. Bersama saya ada seorang naqibah yang sebelum ini belum pernah membawa usrah. Mendidik bukan perkara yang mudah. Saya perlu didik anak-anak usrah di bawah saya dan dalam masa yang sama saya perlu membantu sahabat saya untuk menjadi naqibah @ murabbi yang baik. Untuk terus bercerita tentang usrah, inshaAllah saya akan menulis satu entri khusus untuknya nanti. Apa yang pasti, usrah itu telah mengajar saya erti sabar.

Sebelumnya, saya bukan begitu

Setiap kali ada pertandingan pengucapan awam tidak kira dalam bahasa melayu mahupun inggeris, nama saya sering kali diutarakan. Pada mulanya saya dipaksa, terus dipaksa dan akhirnya saya hanya mampu merelakan diri. Terlibat dengan public speaking dan spelling bee yang memerlukan saya bercakap di hadapan khalayak dengan penuh yakin dan berani benar-benar merubah diri saya yang selama ini sering kali gugup. Jika dulu saya pernah marah sahabat-sahabat saya yang telah memaksa saya, pernah menangis malam-malam kerana manghadapi kesukaran saat menghafal text, tapi sekarang saya ingin berterima kasih kepada mereka. Untuk Maira, terima kasih kerana pernah memujuk saya. 

Saya merindui semuanya

Gambar-gambar yang saya pandang dan renung tadi menyedarkan saya bahawa sebenarnya saya merindui semuanya. Saya rindu untuk keluar outing bersama Dhiya, Maira, Zahra dan sahabat saya yang lain. Saya rindu untuk lepak bersama dengan mereka di bilik saya sambil bercerita dan bergelak ketawa bersama. Kenangan memakai inai bersama sambil menangis menonton cerita ‘Miracle In Cell Number 7’ pastinya sentiasa saya ingat. Terkadang buat kerja sambil nanyi lagu nasyid, bercerita tentang kisah-kisah srikandi syurga sebelum tidur, bercerita tentang blog, makan maggi malam-malam dan paginya sama-sama sakit perut. Haha. Maira ingat lagi? Seronok kan? Saya rindu nak sebilik dengan awak. Saya rindu nak tidur sama-sama dengan awak. Uhuk! Sedihnya…. :’(

What are words

Tadi saya dengar lagu, tiba-tiba saya dengar satu lagu ni terus saya teringat dekat awak dengan Dhiya. Kita pernah nyanyi sama-sama dalam toilet sampai bila saya keluar toilet, budak sebelah bilik kita tegur saya, dia cakap, “Hajar, nanti kite nak lagu nasyid boleh? Lepas tu kite nak lagu yang awak nyanyi dengan Maira dalam toilet tadi tu.” Hahahaha… Waktu tu saya rasa kelakarnya kita ni. Sampai macam tu sekali kita gilakan lagu tu masa tu. Awak tahu kan lagu tu? Ala.. saya dah tulis pun dekat atas tu. Hihihi… ;D

Kami semua berbeza

Perbezaan itu yang melengkapkan setiap antara kami. Saya sayang sahabat-sahabat kelas saya. Mereka sentiasa membantu saya, mereka percayakan saya, mereka menyedarkan saya bahawa saya ini telah merubah persepsi mereka terhadap orang yang bertudung labuh. Siapa kata orang tudung labuh tak pandai berlawak jenaka? Siapa kata orang tudung labuh ni pendiam? Siapa kata orang tudung labuh ni berkawan dengan golongan mereka sahaja? Saya tidak. Mereka kata saya ni nakal, terkadang suka psiko orang. Mereka kata saya ni banyak cakap cuma bila saya ada masalah memang saya akan diam tanpa kata. Sahabat saya yang free hair pun boleh masuk dengan saya. Malah saya sendiri pun berasa senang berkawan dengan dia. Jadi orang tudung labuh ni tak ada la kolot sangat pun. Kan?

Penat la nak taip

Saya dah break kejap pergi isi perut tadi. Hehe.. Saya rasa makanan pun dah selamat turun dah so saya nak cuba manja-manjakan mata saya ni untuk melenakan diri. Walaupun perasaan mengntuk tu masih belum memunculkan diri, tak mengapa, nanti saya cuba tidur.

Sebelum saya tutup mata dan lenakan diri saya ni.

Saya mahu tutup kembali kisah lama saya bersama mereka yang saya sayang.

Untuk terus menulis, jari-jemari saya yang runcing ni sudah mula penat.

Hehe…

Tutup hanya di sini.

Namun terus di biarkan terbuka di alam kenangan.

Moga Allah sentiasa membimbing insan-insan yang saya sayang.

InshaAlla bertemu kembali di Jannah. :)



p/s : Walau ke mana sekalipun kaki kita melangkah, sedarilah bahawa semuanya bukanlah kebetulan semata-mata tetapi suratan yang penuh dengan hikmah dari-Nya.

Sabtu, 17 Mei 2014

~3.00 pagi~