Bismillahirrahmanirrahim…
Setelah sekian lama saya bisu dari
kata-kata, ada sesuatu yang mengundang saya menulis saat ini. Rasa yang suatu
ketika dahulu pernah saya rasa saat saya bersama mereka. Mereka yang saya
takkan pernah lupa. Mereka yang selamanya akan tetap saya sayang.
Allah bawa saya kenal mereka untuk kenal
apa itu tarbiyyah. Allah bawa saya kenal mereka untuk kenal apa itu dakwah. Dan
Allah bawa saya kenal mereka untuk kenal apa itu ukhuwah. Kerana Allah sayang
saya yang hakikatnya tersangat lemah.
Dengan tarbiyyah saya kenal apa itu sabar.
Dengan tarbiyyah saya kenal apa itu kuat. Dengan tarbiyyah saya mula mengenali
diri saya. Dengan dakwah saya kenal erti pengorbanan. Dengan dakwah saya kenal
erti manisnya penat. Dengan dakwah saya tahu erti ukhuwah. Dan dengan ukhuwah,
saya mula sedar erti rindu yang sebenar.
Penat, tapi yang penat itu yang akan kamu
rindu. Sakit, tapi kemanisan ubat itu yang tidak akan kamu lupakan.
-Menulislah kerana Allah-
#BAKTI BRaInS
#MA’MAR KMTJ
#PMHUiTM