/* remove this */

Friday 6 November 2015

...The Power of Tarbiyyah, Da'wah and Ukhuwah...



Bismillahirrahmanirrahim…
Setelah sekian lama saya bisu dari kata-kata, ada sesuatu yang mengundang saya menulis saat ini. Rasa yang suatu ketika dahulu pernah saya rasa saat saya bersama mereka. Mereka yang saya takkan pernah lupa. Mereka yang selamanya akan tetap saya sayang.

Allah bawa saya kenal mereka untuk kenal apa itu tarbiyyah. Allah bawa saya kenal mereka untuk kenal apa itu dakwah. Dan Allah bawa saya kenal mereka untuk kenal apa itu ukhuwah. Kerana Allah sayang saya yang hakikatnya tersangat lemah.

Dengan tarbiyyah saya kenal apa itu sabar. Dengan tarbiyyah saya kenal apa itu kuat. Dengan tarbiyyah saya mula mengenali diri saya. Dengan dakwah saya kenal erti pengorbanan. Dengan dakwah saya kenal erti manisnya penat. Dengan dakwah saya tahu erti ukhuwah. Dan dengan ukhuwah, saya mula sedar erti rindu yang sebenar.

Penat, tapi yang penat itu yang akan kamu rindu. Sakit, tapi kemanisan ubat itu yang tidak akan kamu lupakan.

-Menulislah kerana Allah-

#BAKTI BRaInS
#MA’MAR KMTJ

#PMHUiTM

Thursday 17 September 2015

...Kalau Sayang Tinggal-tinggalkan...



Semester baru bermula. Banyaknya dugaan, Subhanallah! Tapi saya yakin semuanya kerana Allah kasih. Sejauh mana saya mahu berubah untuk menjadi lebih baik, Allah mahu saya buktikan. Walaupun ada perkara yang sukar untuk saya terima hakikatnya, tapi redha itu perlu.

Bila apa yang kita dapat tidak sama dengan apa yang kita minta, jangan sedih dan campaklah kecewa itu jauh-jauh. Kerana satu ketika nanti, cepat atau lambat kita pasti akan nampak hikmahnya dan bersyukur dengan apa kita dapat.

Ya, saya sayang kawan-kawang saya. Jadi Allah pisahkan kami seketika, mungkin kerana Dia tahu 24 jam bersama itu ada buruknya. Berpisah sementara ketika masing-masing ada kelas dan berjumpa balik di rumah sebenarnya menjadikan kami lebih akrab, lebih banyak kisah yang boleh dikongsi bersama dan persaan rindu itu mula wujud setiap hari. Sweet kan? Heheee..

Kerana saya sayang mereka dan Allah juga sayang kami, jadi Allah beri apa yang terbaik untuk kami. Mungkin jika kami tidak dipisahkan kami hanya akan berlima selamanya. Tapi sekarang tidak. Saya dan mereka dapat kawan baru, punya kenalan yang makin ramai dan mungkin boleh dikatakan juga kami semakin berdikari. (senyum kenyit mata).

Saya percaya, bukan saya seorang tetapi hampir semua yang saya pernah berborak bersama bersyukur dengan apa yang jadi. Semuanya bersebab dan Allah tidak pernah salah kerana Dia tidak pernah melakukan apa-apa yang sia-sia. Allah knows what is the best for us. And we didn’t!

Kalau sayang tinggal-tingggalkan dan kamu akan mula rasa pentingnya menghargai mereka yang kamu sayang.


p/s : Mohon tembakan doa dari kalian untuk hati saya yang perlukan kekuatan kerana hidup penuh cabaran.



Tuesday 18 August 2015

...Fate...

Betul orang cakap, setiap yang berlaku bukanlah kebetulan semata-mata. Saya pun pernah cakap, everything happen for a reason. Remember?

Remember?

Saya ada terbaca pesanan dari ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Pesannya,,,,

Wahai anakku, sesiapa yang kamu bertemu, itulah manusia yang ditakdirkan Allah untuk muncul di hidupmu waktu itu. Ia bukan satu kebetulan, tapi satu ketentuan. Setiap manusia di keliling kamu membawa mesej sesuatu untuk dipelajari kamu atau membantu kamu dalam hal-hal yang sedang dihadapi kamu.

Wahai anakku, setiap apa yang berlaku dalam hidup kamu, itu adalah perkara yang ditakdirkan berlaku pada waktu itu. Apa yang kamu alami tidak mungkin berlaku dalam cara yang lain selain dari cara yang Allah izinkan ia berlaku. Tiada ruang untuk andaian kamu: “Kalau demikian, mungkin ia boleh dielakkan”.

Ingatlah wahai anakku, setiap apa yang kamu alami adalah sempurna, dan ia bersesuaian dengan keperluan kamu ketika itu sebagaimana yang dirancang Allah. Wahai anakku, setiap waktu yang berlaku sesuatu perkara adalah masa terbaik untuk perkara tersebut berlaku.

Tiada apa boleh berlaku tanpa keizinan-Nya, maka dengan itu, waktu segala apa yang berlaku ialah waktu yang paling sesuai untuk ia berlaku untuk kamu. Asalkan kamu bersedia, setiap waktu adalah waktu terbaik untuk kamu memulakan langkah.

Wahai anakku, segala apa yang berakhir, sudah berakhir. Ia mudah sebagaimana titik noktah di penghujung setiap ayat. Apabila ada perkara yang berakhir di hidup kamu, sesuatu yang baru akan bermula. Jika ia ada di ingatan, ia boleh berkekalan. Apabila ia tamat, ia adalah satu permulaan yang baru.

Wahai anakku, kamu terbaca tulisan ini bukan satu kebetulan. Kalau tulisan ini menyentuh sanubari kamu, ia juga bukan satu kebetulan. Ia menandakan masa kamu sudah tiba untuk memahami sesuatu sebagaimana sekeping salji tidak mungkin akan jatuh di tempat yang salah.

Sebagaimana sekeping salji tidak mungkin akan jatuh di tempat yang salah

Saya sudah redha seredha-redhanya. Doa saya masih sama. Saya makin jelas dengan apa yang saya perlu lakukan. Kerana saya milik Allah, saya serahkan semuanya pada Allah. Mungkin entri ini belum cukup jelas dengan apa yang saya mahu maksudkan, jadi di lain hari saya akan menulisnya lagi. Tapi boleh jadi juga tidak. Siapa tahu?



Sunday 9 August 2015

...There's Always A Reason...


Pegang perut.

Air mata bergenang.

Allah tak bagi apa yang saya mahu sekarang.

Sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk saya.

Sebab Dia tahu saya belum kuat untuk untuk sesuatu yang mungkin lebih susah dan payah.

Doakan saya baik-baik saje ye?

Sunday 26 July 2015

...Kerana Rezeki Itu Rahsia Allah...



Bismillahirrahmanirrahim
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu adalah waktu dhuha-Mu, keagungan itu adalah keagungan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalh kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih dilangit turunkanlah, jika di dalam bumi keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha-Mu, keagungan-Mu, kecantikan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku seperti yang Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.”

Ameeennnnn.. hihi. Nak tahu? Dulu masa saya tingkatan 3 kalau tak silap, saya suka sangat doa ni. Saya rasa best. Best macam mana tu tak tahu la nak explain mungkin sebab waktu tu saya masih bertatih nak kenal Tuhan saya kot. Masih mencari-cari jalan tarbiyyah. So, bila saya faham doa tu betul-betul, saya rasa best pulak. Hehek!

                Seperti yang dijanjikan, saya nak tulis tentang rezeki. Rezeki yang selama ni menjadi rahsia Allah. Rezeki yang terkadang kita terlepas pandang kerana nilainya yang kecil. Rezeki yang terkadang kita pandang hanya dalam bentuk wang. Tapi makna rezeki yang sebenar jauh lebih dari semua itu.

                Hidup saya tak semewah ‘mereka’ tapi saya masih bertuah berbanding ‘mereka’. Bila saya kata saya tidak semewah mereka, bermakna saya yang berselipar tidak seberuntung yang memakai kasut. Bila saya kata saya masih bertuah berbanding mereka, bermakna saya masih bernasib baik kerana mampu berselipar berbanding mereka yang berkaki ayam. Rasa ‘cukup’ itu akan kita kecapi jika kita sentiasa memandang orang yang di bawah kita. Itu yang saya belajar dari dunia yang penuh dengan senda gurau ni.

                Kali pertama saya jejakkan kaki di alam universiti, saya berazam untuk tidak akan membebankan ayah saya lagi. Saya tidak akan menagih satu sen pun dari dia. Selama ni saya tengok susah payah dia cari duit bila kakak-kakak dan abang-abang saya minta duit ketika mereka masih belajar. Ayah saya tak pernah cakap dia tak ada duit walaupun kenyataannya memang begitu. Bila anak meminta, diusahakan aje sehingga ada. Itulah ayah.

                Saya belajar erti susah. Saya belajar erti pengorbanan. Alhamdulillah, sehingga sekarang tidak ada satu sen pun duit ayah saya yang saya sentuh. Duit poket, duit minyak motor, duit topup, duit tambang balik kampung, duit beli baju, duit beli tudung, duit beli kamera, duit beli segala kemahuan saya yang entah pape, semuanya duit saya.

                Jika saya memakai jubah dari butik, itu di atas usaha saya. Jika saya menggunakan kamera DSLR, itu juga di atas usaha saya. Jika, jika dan jika, itu bukanlah beban yang saya letak dibahu ayah saya. Bukan bererti saya berduit, kerana hakikatnya saya dah pokai kerana keborosan saya. Huhu… Ya, semuanya usaha saya sendiri tetapi hadir bersama izin dari-Nya.

                Memang betul anak itu tanggungjawab ibubapa. Tetapi tidak salah kan jika saya belajar berdikari dari sekarang? Biarlah ayah saya rasa senang sikit dapat anak macam saya ni. Biarlah dia redha dengan anak bongsu dia ni.

                Dulu sebelum dapat result exam sem 1, saya menangis berdoa pada Allah supaya saya dapat pointer yang tinggi sebab saya nak apply biasiswa jpa. Saya nak tolong ayah dan mama. Tapi result saya biasa-biasa aje. Mungkin sebab Allah tidak mahu saya lupa diri kerana itu barulah satu permulaan. Hakikatnya perjalanan saya masih jauh.

                Tapi bila tarikh memohon jpa tiba, dia rendahkan syarat memohon sehingga membolehkan saya untuk memohon. Siapa sangka syarat minima untuk memohon adalah cukup-cukup result yang saya dapat. Saya cuba dengan harapan Allah tolong.

                Sekali lagi saya ulang, kerana rezeki itu rahsia Allah. 7 Julai 2015 bersamaan dengan 21 ramadhan 1436H, keputusan permohonan keluar. Waktu tu saya di masjid. Sebelum berbuka puasa saya check. ‘Berjaya’. Terasa seperti mimpi. Allahurabbi. Allah tidak pernah meninggalkan saya. Saya banyak dosa. Tapi Allah itu betul-betul Maha Pemurah. Sejujurnya ada rasa takut di hati saya untuk terima biasiswa jpa tu. Saya sedar risiko yang akan saya tanggung kalau saya tak mampu compete dalam pembelajaran saya. Jika betul tanggapan saya pada result sem ini, bermakna saya hanya punya satu peluang saja lagi. Hanya satu peluang. Nampak mudah tetapi sebenarnya berat untuk saya. Doakan saja yang baik-baik untuk saya, ya? :’)




                Demi segala yang telah saya lalui, percayalah pada rezeki, percayalah pada pemberi rezeki. Mencari rezeki perlukan kesabaran dan bukan mudah untuk sabar kerana sabar menagih waktu yang memerlukan kekuatan. Bila kita buat sesuatu dengan niat yang betul, demi redha dari-Nya, inshaAllah Dia pasti bantu! 


p/s : Sampai sekarang ayah saya masih belum tahu tentang biasiswa jpa tu. Hummmm…


15 Julai 2015

~3.15 p.m~

...Saya Yang Pilih...



Saya yang pilih. Jadi saya harap saya mampu istiqamah dengan pilihan itu. Saya harap saya tidak kalah dengan rasa itu. Saya harap keyakinan saya tidak goyah tentang hal itu. Saya harap semuanya saya mampu.

Walaupun ada masanya saya buntu. Walaupun ada masanya saya tunggu. Walaupun ada ketikanya saya menangis kerana menahan rasa itu. Walaupun ada masanya saya rasa seperti tidak mampu. Kerana rasa itu sentiasa bertamu.

Ya, saya sakit kerana pilihan itu. Tapi saya pilih kerana diri saya, kerana masa depan saya, kerana dunia dan akhirat saya. Masa depan saya perlukan sesuatu yang pasti. Dunia dan akhirat saya perlukan redha dari Ilahi.

Ada masa, saya seperti mahu lupakan pilihan saya itu kerana saya tidak sekuat yang saya sangka. Tetapi letih yang seringkali saya ucapkan itu sudah tidak mampu saya tanggung. Biarlah kali ni saya serahkan hati saya sepenuhnya pada Tuhan saya.

Ya, mungkin rasa cemburu pada kisah yang seringkali terpapar di depan mata saya itu tidak akan pernah hilang. Tidak mengapa, ada sesuatu yang lebih baik Allah sediakan untuk saya nanti. Saya pasti itu.

Pasti?... (senyum sinis untuk diri sendiri)

Bila saya kuat, saya kata saya yakin, saya kata saya pasti. Tapi bila saya tidak mampu lagi untuk berlagak kuat, saya seringkali mempersoalkan semuanya. Saya benci diri saya yang lemah. Saya benci sikap saya yang begitu. Saya benci!

                Jujur saya lemah. Tapi saya seringkali takut untuk meminta kekuatan dari Allah. Kerana saya tahu Allah seringkali menguatkan saya dengan mendatangkan masalah untuk saya hadapi, timpakan ujian untuk saya harungi. Ada ketika ujian-ujian itu dirasakan terlalu berat untuk saya. Walaupun saya tahu Allah tidak akan bebankan saya dengan sesuatu yang tidak mampu untuk saya tanggung. Saya tahu tapi saya takut. Saya ni teruk kan? Saya ni pengecut kan?

                Allah dah terlalu baik dengan saya. Saya banyak dosa tapi Dia… Allahurabbi, Dia tak pernah tinggalkan saya. Dia sentiasa ada dengan saya. Malah pintu rezeki sentiasa Dia buka untuk saya. Saya tahu, orang yang mengenali saya tidak akan pernah menyangka status ekonomi keluarga saya jika mereka melihat rupa luaran saya, kehidupan saya. Kerana Allah sentiasa bantu saya.

                Bukan bererti saya si miskin yang berlagak kaya. Tapi bagi saya, kesusahan yang saya rasa, biarlah saya seorang yang rasa. Tidak prelu kita hebohkan pada orang untuk menagih simpati. Kerana kita punya Allah untuk diadu susah yang dialami.

                Macam-macam pulak yang saya tulis dalam entri kali ni. Macam dah lari dari topik asal la pulak. Hummm.. mungkin sebab saya terlampau lama tak menulis blog ni. Dan mungkin kerana terlalu banyak yang saya mahu kongsikan di sini. Tentang rezeki tu, nanti saya kongsikan pada entri akan datang ya?


p/s : Rupa-rupanya saya tidak akan pernah mampu berhenti berharap walau sekerap mana sekalipun saya cuba. :’)


Rabu, 15 julai 2015

~1.23 pagi~

Monday 22 June 2015

...It's Time To Walk The Talk...

Banyak perkara yang berlaku sepanjang saya membisu dari ruangan ni. Dan saya masih berpegang pada kata-kata, everything happen for a reason. Baik buruk sesuatu perkara itu, semuanya ujian. Ujian. Macam berat je bunyinya kan? Yes, it is! Saaaaangat berat. Tapi saya tak nak jatuh tersungkur hanya kerana ujian tu. Kerana saya tahu ujian itu petanda sayangnya Allah pada saya.

                Waktu ni, saya sepatutnya luangkan masa untuk belajar. Final exam berapa hari je lagi. Tapi hati saya ni rasa tak puas kalau saya tak tulis sesuatu before final ni. Mungkin sebab saya tak mampu nak tanggung beratnya ujian tu sorang2 kot. Dan saya ni bukannya orang yang tahu nak kongsikan masalah macam mana. That’s why blog ni wujud. Saya hanya mampu menulis. Tulis, tulis dan tulis. Itulah saya.

                Satu ujian itu telah menyedarkan saya tentang banyak sangat perkara. Terlalu banyak sehingga saya rasa bersyukur dengan apa yang terjadi. Seandainya mereka juga boleh nampak hikmah tu. Seandainya… :’)

                Entri yang lalu, saya ada sebut tentang yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Tapi sekarang saya sedar yang perkara tu takkan pernah berlaku dalam sebuah persahabatan. Ukhuwwah yang terbina atas dasar aqidah itulah yang paaaaaaling manis. Yang paaaaaling indah. Saya juga pernah cakap yang saya cuba untuk jadi seorang sahabat yang baik, jangan bersahabat kerana kelebihan yang ada tapi bersahabatlah untuk melengkapkan kelemah yang ada. Now, it’s time to walk the talk.


                Allah uji lagi saya dengan setiap perkataan yang saya pernah ucap. Sekarang tinggal saya je pilih untuk menang atau kalah dengan ujian tu. Saya dah pilih untuk menang. Cuma saya belum tahu keputusan akhirnya bagaimana. Apa yang saya harap, moga saya mampu.

Benda baru yang saya belajar, usia tidak dapat menggambarkan kematangan seseorang tapi bagaimana dia mengendalikan emosi ketika ujian itu datang sebenarnya dapat menggambarkannya. Ujian dah banyak mematangkan saya. Matang dalam berfikir, matang dalam menilai. Mungkin mereka tidak rasa begitu tapi saya tahu siapa saya. Ujian telah banyak mengubah saya. Apa yang berlaku sekarang ni pun, kerana Allah mahu saya jadi lebih baik. In shaa Allah…


                Maira, Dhiya, ummi tahu korang baca apa yang ummi tulis ni. Ingat janji kita tau. After raya ni.  Sebab ummi rinduuuuuu… saaaangat!


p/s : Saya diam sebab saya cuba. Cuba jadi sahabat yang baik, cuba baiki kesilapan saya, cuba untuk tidak membuka aib sesiapa. Rasanya itu lebih baik walaupun dalam diam hati saya terluka.




Wednesday 1 April 2015

...Kerana Mereka Sahabat...



Tangan berjabat mesra.
“Meh nak peluk sikit, lama tak peluk.”
Erat. Tiba-tiba rasa sebak.
Mungkin saya sebenarnya rindu. Cuma selama ni perasaan tu menyorok belakang pokok. Malu nak memunculkan diri kot. Hee..
Dalam perjalanan pulang, saya fikir sesuatu. Ya, saya belajar sesuatu semalam. Saya belajar untuk menghargai sahabat. Mungkin bila dia dengan kita, kita tak rasa. Tapi bila dia dah jauh, pasti ada rasa.

Rasa tu, rinduuuu sangat. Ah, tidak! (air mata saya nak keluar). Ahahaha..

Tapi kan, saya belajar lagi satu benda. Yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Dengan mereka saya bahagia. Alhamdulillah. Memang mereka tidak sempurna, hingga terkadang hati terluka. Tetapi tarbiyyah mengajar saya untuk tidak berkawan kerana kelebihan, sebaliknya belajar untuk menerima kekurangan.

Saya bukan sahabat yang baik, tapi saya mahu jadi sahabat yang baik itu. Saya pun kadang-kadang alpa, jadi tolong ingatkan saya yang lupa.

Untuk mereka yang sudah jadi sebahagian dari hidup saya, terima kasih untuk bahagia yang dikongsi bersama. Moga duka yang ada hilang walau untuk seketika.

May Allah ease everything :)

p/s : Bahagia yang dikongsi bertambah, derita dikongsi sebaliknya.



Tuesday 24 March 2015

[13:28]



Dalam kesibukan, saya cuba juga mencari ruang untuk mencoretkan kata-kata disini. InshaAllah tidak banyak, sedikit cuma.

Petang tadi lepas balik dari kelas, saya baring kejap. Lama termenung, rasa ada yang tak kena dengan hati saya. Perasaan tu kuat sangat. Terdetik satu soalan, ‘mungkinkah ini ujian untuk saya?’ Tetapi mengapa dengan rasa yang begitu? Allahurabbi~

Kali ini, hati saya terusik sehingga ketenangan itu seolah-olah hilang. Istighfar memenuhi hati. ‘Allah…’ bibir saya sebut nama tu. Perlahan setitis air mata saya mengalir.



Saya kuatkan hati untuk tidak memikirkannya. Saya semakin risau dengan iman saya. Saya makin keliru dengan hati saya. Terkadang semuanya membuatkan saya seperti mahu serahkan semuanya tanpa usaha, terkadang saya seperti mahu mempersoalkan setiap usaha saya yang terdaya.

Tetapi saya tahu, saya tidak sepatutnya berputus asa. Saya tidak sepatutnya berburuk sangka. Saya tidak sepatutnya berhenti dari terus meminta. Saya tidak sepatutnya lupa bahawa saya ada Dia.

Bila saya pandang handphone saya, ada whatsapp dari seseorang. Hati saya rasa terusik pada bait pertama isi whatsapp itu.

"Kita semua hamba. Dan taraf hamba memang selalu diuji oleh Penciptanya.
As we know, Allah’s timing is perfect. Allah knows what you’re feeling. He knows your intention, and He knows what is in your heart. Feed yourself with positive thoughts.
Tapi kenapa eh kita diuji, diuji, dan diuji lagi oleh Allah? Sini, nak bagitahu.
Allah uji sebab kasih. Kan?
Allah uji sebab sayang. Kan?
Allah uji sebab uji kesabaran. Kan?
Allah uji sebab nk tingkatkan iman. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita sedar kesilapan kita. Kan?  Allah bagi ujian sebab nak kita kembali mengingati Dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab rindu kita mengnadu pada Dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah rindu kita bercakap dengan Dia. Kan?
Allah bagi ujian sebab nak kita tahu Allah sentiasa ada bila-bila masa, senang atau susah. Kan?
So when Allah tests you, He choose you for a reason. Through the tests and trails you will grow to love, thank and appreciate His unconditional love. Remember, through the tests you are given, you will be blessed with His abundant blessings.
But, if you are going through something, it isn’t a punishment, it’s a blessing from Allah, bringing you even more closer to Him, inshaAllah. So, face those trials with a smile and know He loves you so much.
This trial won’t end until you learn the lesson it was sent to teach you. Well,,, Allah tests those whom He loves.
Untungnya mereka yang Allah sayang."

Manik-manik jernih itu mengalir lagi. Bagaimana hati saya tidak terusik bila Allah hantarkan ‘dia’ tepat pda waktunya. 



p/s : Terlalu banyak perkara yang saya perlu beristikharah dan beristisyarah sekarang. Mudahkanlah, ya Allah. Doakan saya.


Thursday 12 March 2015

...Matang Dengan Ujian...



Sudah 2 minggu berlalu selepas saya nyatakan azam baru saya. Masih ada yang jarang-jarang dilaksana. Masih ada yang belum terlaksana. Saya masih mencuba dan terus mencuba. In sha Allah semuanya baik-baik aja.

Saya dapat rayuan kolej. Blok sama, aras sama. Bilik lain, wajah lain. Terkadang rasa sunyi. Rasa macam tak punya kawan walau seorang. Tidak mengapa, Allah kan ada? (senyum manis sambil air mata bergenang).

Sorang akak dalam bilik saya ni, dia baik. Baik sangat. Moga Allah balas setiap kebaikan dia. Moga Allah pandang dia sepertimana saya memandangnya. Moga Allah dengar doa saya ni. Dan…. moga akan ada yang mendoakan saya sepertimana saya mendoakannya.

Walaupun sunyi, saya tidak pernah lagi menitiskan air mata kerana kesunyian ni ye. Saya kan, tabah! (sengih nampak semua gigi) Saya kat sini, dah mula belajar erti berdikari yang sebenar, erti kuat bila diri dihenyak seribu cabaran, erti tenang bila dada dihimpit kekusutan, erti menjadi pelengkap kepada kekurangan seorang sahabat.

Ya, saya belajar semua itu. Tipulah kalau sikitpun saya tidak terkesan dengan setiap yang saya sudah dan perlu hadapi sekarang. Tapi saya yakin bahawa Allah sedang mempersiapkan hati saya untuk lebih kuat, tabah, bahkan sado, untuk sesuatu yang lebih besar bakal saya hadapi di kemudian hari.


Diam-diam saya mula terfikir, saya yang sekarang sudah semakin matang rupanya. :’)

Friday 27 February 2015

...Sahaja Aku Berubah...



Entri tadi saya ada sebut pasal azam baru saya kan? Hee.. meh nak cite. Azam baru saya ni, memang la macam dah lambat je kan? Takpelah, kira macam azam tahun baru cina la eyh. Tak pun azam sempena jamadil awal. Whatever~

Saya nak jadi baik

Definisi baik tu, saya pun susah nak cakap sebab meluas dan bukan benda yang senang. Tapi, bukan juga benda yang mustahil. jadi, saya kecilkan skop, baik pada pandangan Allah. Nak puaskan hati manusia, memang susah. Tapi nak puaskan Allah, susah macam manapun yang kita rasa, ganjarannya ada. Heee..


Hamba yang baik

Saya nak solat awal waktu. Saya kena juga lawan syaitan yang duk hasut saya tu. Kalau ada kelas, itu lain cerita sebab bukan kuasa saya kot. Undang-undang dunia, hurmm… (tunduk malu pada Allah). Selain tu, saya nak cuba puasa isnin dengan khamis. Eh, saya rasa bukan ‘cuba’ kot, tapi ‘paksa’. Ya, saya nak paksa diri saya. Solat-solat sunat, saya akan cuba. Mungkin tak banyak tapi istiqamah harapnya. In sha Allah saya akan cari juga waktu untuk qiam dalam seminggu tu.


Anak yang baik

Setiap malam saya nak call mama atau ayah. Kalau tak call, mesej @ whatsapp ucap good night pun jadilah. Nak berjaya, tak boleh lupa ibubapa. Tapi bila dah berjaya, jangan pula lupa mereka. Saya nak berjaya macam Raja Shamri. Kenal dia tak? Rugi kalau tak kenal dia. Fizikal mungkin dia kurang tapi mental dan rohani dia kuat macam besi. Dia cakap, salah satu benda yang dia amal sampai sekarang dan tak pernah pun tinggal adalah call mak dia setiap hari. Info sikit, ingat lagi iklan petronas yang budak sepak bola sampai terbang kaki palsu dia tu? Yang pakcik tu pesan, “jalan mesti ke depan, bukan ke belakang”. Nah, kalau lupa, klik sini. Iklan tu, kisah Raja Shamri tu la.

Sahabat yang baik

Saya tak nak baik sorsng-sorang. Saya nak kawan-kawan saya pun baik sekali dengan saya. Sebab tu saya letak point ‘saya nak jadi baik’ yang paling atas. Sebab saya nak jadi contoh untuk kawan-kawan saya. Cuba yakinkan mereka dengan apa yang saya yakin. Bukan paksa, tapi didik. Terima atau tak, itu urusan mereka. Saya buat ni sebab saya sayang mereka dan saya sayang diri saya sendiri. Supaya bila saya lupa, mereka ada untuk ingatkan saya. Kita kawan bukan untuk kat dunia je kan?  ;)


Berubah untuk diri sendiri

Saya pilih berubah untuk baiki balik segala kelemahan yang ada. Memang saya tak mampu untuk jadi yang sempurna, tapi saya nak cuba. Saya nak beubah untuk diri saya sendiri. Saya nak berubah untuk mama dan ayah saya, untuk keluarga saya. Saya nak berubah untuk sahabat-sahabat saya. Saya nak berubah untuk dia yang bakal melengkapkan separuh dari agamanya dengan kehadiran saya.



Sebab mati tu bila-bila

Bila target saya akhirat, saya tidak perlu takut lagi pada mati. Dan saya kalau boleh tak nak pun berjangkit dengan penyakit akhir zaman tu. Saya nak didik hati saya untuk setiap hari rindu nak jumpa Dia. Supaya solat saya, hidup saya dan apa-apa sahaja yang saya buat, saya tak rasa sia-sia. Saya ni, belum tentu lagi bernafas esok. Entri ni pun, boleh jadi yang terakhir. Siapa tahu kan? Jadi saya tak nak sia-siakan setiap helaan nafas saya ni.




Manfaat bersama

Apa yang saya tulis sekarang supaya mampu untuk ingatkan saya bila saya lupa, mampu membuka hati sesiapa dengan izin-Nya, mampu menjadi sebahagian dari usaha dakwah saya. Semoga, semoga dan semoga… semuanya berlaku dengan izin-Nya.






p/s : Hati saya sekarang sudah mula yakin, tenang dan bahagia dalam dakapan Allah.


...Bahagia...



Penatnya, seharian kat luar hari ni. Petang tadi saya teman kakak saya pegi check up. Alhamdulillah baby dalam rahim dia sihat-sihat aje. Semoga bila dah keluar nanti, jadi anak yang soleh. :)

Sementara tunggu abang ipar saya bayar bil, saya duduk kat kerusi. Mata ni kadang-kadang pandang tv, kadang-kadang pandang nurse, kadang-kadang pandang pelawat kat sana. Yang pasti, semualah yang saya pandang. Hihi…  

Dalam asyik memandang dan memerhati tu, saya terpandang sorang akak yang baru keluar dari sebuah bilik doktor ni. Jelas terpancar riak bahagia kat wajah dia. Dia tutup pintu bilik doktor tu sambil senyum sorang-sorang, lepas tu jalan sambil keluarkan handphone dari handbag dia. Sampailah dia duduk dekat kerusi belakang saya.

Saya alihkan mata ke tv, tapi telinga saya tengah tangkap suara akak tadi cakap fon dengan suami dia.
“Dah nampak gender” Ayat tu mula tarik perhatian saya.
“Abang teka la…” Sambil diselangi ketawa.
“Lelaki lagi, alhamdulillah” Ketawa masih bersisa.
Tanpa saya sedar setitis air mata saya mengalir. Hati saya waktu tu betul-betul rasa sebak, rasa sayu. Waktu tu, saya terfikirkan sesuatu.

Bahagia tu, hanya milik Allah. Saya nampak sangat betapa bahagianya akak tu. Dan setitis air mata saya tu, sebab saya bahagia melihat dia bahagia. Tapi, itu yang saya nampak, apa yang saya tak nampak? Disebalik kebahagiaan, pasti ada dugaan.



Bukan saya nak kata kita takkan bahagia kalau tak ada ujian. Tapi itulah hakikatnya. Manisnya kebahagiaan itu indah dinikmati bila kita dah pernah merasa pahitnya penderitaan. Percayalah! Ceywah.. hihi.

Tapi itulah, bila kita cakap sesuatu, kita pasti diuji balik dengan kata-kata kita tu. Tak sampai 24jam pun, saya dah diuji. Urusan rumah sewa, sekali lagi buat fikiran saya terbeban. Tapi beban tu, sekejap je. Sekejap bukan sebab dah selesai, tapi sebab saya dah tukar mind set saya untuk tidak menganggap itu sebagai satu ‘bebanan’. Nak urus sorang-sorang mungkin agak susah. Tapi Allah kan ada? (senyum sambil kenyit mata).


Saya dah tak nak jadi lemah, saya nak berubah jadi kuat. Saya ada azam baru tau. Hee… Dan saya rasa,,,, azam tu pasti berjaya! Yakin!!!! Yeah!

Wednesday 25 February 2015

...Tolong Saya...



ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠﹼﻪِ ﺍﻟﺮﱠﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮﱠﺣِﻴﻢِ

Tolong beritahu dia, aku ada pesan buatnya…
Tolong beritahu dia, cinta agung adalah cinta-Nya…
Tolong beritahu dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…
Tolong nasihati dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…
Tolong nasihati dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada dia, dahulukan Allah kerana di situ adanya syurga…
Tolong katakan pada dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…
Tolong ingatkan dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
Tolong ingatkan dia, aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…
Tolong tegur dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…
Tolong tegur dia, bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan dia, aku milik Yang Esa…
Tolong sedarkan dia, aku masih milik keluarga…
Tolong sedarkan dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…
Tolong sabarkan dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah terbesar buatnya…
Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…
Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada dia, aku tidak mahu melekakannya…
Tolong khabarkan pada dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…
Tolong khabarkan pada dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…
Tolong sampaikan pada dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
Tolong sampaikan pada dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…
Tolong sampaikan pada dia, kerana aku sendiri tidak mampu memberitahunya…
Kerana aku mahu menjadi mawar berduri yang indah terjaga…





p/s : Tolong saya yang hanya mampu diam tanpa kata-kata.

...Dia Sentuh Hati Saya...



Malam ni, Allah sentuh lagi hati saya. 

Lagi dan lagi… Tanpa jemu.

Allah sayang saya, tapi saya yang tak sayang diri saya sendiri.

Saya minta kekuatan, Allah bagi saya dugaan. Diuji dan diuji hingga terkadang saya berhenti dari memohon kekuatan itu. Ya, saya mahu lari dari dugaan kerana saya sangka, saya tidak kuat untuk itu.



Saya lupa atau saya sengaja buat-buat lupa bahawa ujian itu tanda sayangnya Allah pada saya. Saya kecewa dengan saya yang sekarang. Saya seolah-olah tidak yakin dengan janji-janji Allah pada saya yang bernama hamba. Saya rindu diri saya yang dulu. Saya rindu….



Bila saya dengan Allah, saya rasa saya mahu selamanya begitu. Duduk bersimpuh dan mengadu sepuas-puasnya. Hanya saya dan Dia. Indahnya ya Allah… sekarang pun Allah tengah pandang saya. :’)

Dulu Dia dah jentik hati saya. Saya menangis. Dia pandang. Lepas sehari dua, saya kembali lupa. Dia usik lagi hati saya. Ya, saya menangis kerana dosa yang ada. Sesudah itu? Masih lagi leka dan alpa. Dan sekarang Allah cuit sekali lagi hati saya. Saya menangis. Tapi jika esok lusa saya kembali leka dan terlena, masihkah Allah mahu sentuh hati yang keras ini?

Allah betul-betul sayang saya tapi saya…? Ya Allah… hinanya hamba

.

Saya hanya perlu yakin dengan Dia


p/s : Kalau sayang, jangan tarik saya ke neraka… tapi pimpin saya ke syurga.


Tuesday 24 February 2015

...Mencari Sakinah...



Apabila kita asyik termenung memikirkan nasib diri di sini...
Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenarnya...

Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!



Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah


Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan



Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah


Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
Saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik

Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: 
حسبنا الله ونعم الوكيل""Cukuplah bagi kami, Allah...Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"(آل عمران: 173)

Pengalaman sering mematangkan kita


Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb,
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليكYa Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah

Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat


Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya



Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?


Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada


Bersyukurlah wahai diri ini 


Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar

Tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلقفمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر"Ya Allah... apa saja yang aku alamidaripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMutidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhanbagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran."
Subhanallah...!
 Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها 
(34 : إبراهيم)
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

Firman Allah yang bermaksud:


"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"(التوبة: 40)

[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]