/* remove this */

Wednesday 29 June 2016

...Kosong...


Lama rasanya. Dibiar sepi tidak terusik. Kadang rindu, cuma tidak punya waktu. 

Ramadhan yang terasa pantas berlalu. Terkedu. Sedikitnya amalku. Malu. Exam, boleh jadi ujian, boleh jadi bala. Ujian pabila ia semakin mendekatkan kamu pada Dia. Bala pabila ia semakin menjauhkan kamu padaNya. Maka pilihlah, kamu mahu menjadikan exam itu ujian atau bala pada kamu.

Terasa terlambat untuk sedar. Tapi bagi Allah tidak pernah ada istilah lambat untuk kembali pada Dia. Aku yang lalai. Mungkin kerana aku yang smakin jauh dari mereka. Bohonglah kalau tidak rindu. Kerana mereka yang selalu ada ingatkan aku saat aku lupa.


Kosong. Terasa kosong penulisan kali ini. Mungkin kerana ada sesuatu yang tidak mampu diluah. 
Tapi, Allah tahu.