/* remove this */

Wednesday 26 November 2014

...Sahaja Aku Menuntut Ilmu...



Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Karya Asli : SaBaHaNmUsLiM

Al Mujahid As Syeikh Mustafa Masyur pernah menyebut ;

"Tarbiyyah (pendidikan) bukan segalanya-galanya, tetapi segala-galanya hanya dapat diraih dengan Tarbiyyah."

Kekadang kita mengeluh mengapa kita perlu belajar tinggi-tinggi, Kita hanya belajar untuk peperiksaan yang bakal tiba, Kita hanya belajar untuk memuaskan hati ibu bapa, Kita hanya belajar untuk dipandang tinggi oleh masyarakat, Satu pertanyaan diajukan oleh golongan wanita, Katanya buat apa belajar tinggi-tinggi, lepas kahwin jadi surirumah juga, Namun ada yang kata dunia hari ini berbeza, lelaki & wanita sama saja, Bila berumahtangga apa susah, masing-masing urus kerjaya sendiri, Bila datang cahaya mata, masing-masing tak nak mengalah, kerjaya masing-masing dipertahankan, anak yang dianugerahkan dianggap musibah, Akhirnya dengan sifat penyayang si ibu pasti mengalah, Akhirnya sama saja wanita tetap jadi surirumah, Sedikit portion adalah sebaliknya, lelaki yang jadi surirumah, Tapi hakikatnya tetap wanita majoritinya, Ada satu kata-kata Ibu yang bijak mengajar anak daranya,

"Jangan anggap wanita tidak perlu belajar tinggi-tinggi, walau kebanyakan akan jadi surirumah, tapi ingatlah anakku, ia pasti berbeza cara dan kualiti, seorang ibu yang tinggi pelajaranya dengan yang sebaliknya, yang mana akan melahirkan insan yang berguna?"


"Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui" (QS 39 : 9)

Bagi lelaki pula jangan gembira, jangan menyangka wanita belajar nampak tiada gunanya, Bagaimana dengan diri anda, mengapa wanita selalu lebih banyak, Terutama di peringkat IPT, ada yang kata dunia nak kiamat, Ada yang kata lelaki is more to practical, not theoratical, Itu pasal habis SPM kami terus masuk bekerja, Tidak payah nak belajar tinggi-tinggi, buang duit bayar yuran pengajian, kalau bekerja dapat sebaliknya, dapat kumpul duit itu yang utama, diri pun nampak matang, kerana sudah bekerjaya,

Tidakkah dirimu nampak kurang matang, kerana pemikiranmu tersangkut hanya sampai di masa itu, tidakkah kau lihat masa hadapan, perluaskan minda melihat semuanya, mana yang nampak mulia, fikirkan dengan minda yang berwawasan, orang berilmu, belajar tinggi-tinggi, terutama jika ilmu yang diredhai, bukan semua ilmu dipelajari dapat redha yang Maha Mengetahui, Ingatkah ketika Ibnu Athaillah mengatakan, dalam kitabnya Al-Hikam,

"Ilmu yang paling baik adalah yang disertai khasyyah."
 
Khasyyah adalah rasa takut kepada Allah yang disertai mengagungkan Allah. Maka segala jenis ilmu yang tidak mendatangkan rasa takut kepada Allah dan juga tidak mendatangkan pengagungan kepada Allah tiada kebaikannya sama sekali"

Itulah kata-kata indah dari seorang Tokoh, Satu persoalan yang sering bermain di fikiran, Bagaimana nak belajar kerana Allah, untuk mendapat redhanya, InsyaAllah inilah jawapannya.

Untuk mengetahui ilmumu bermanfaat atau tidak, cukuplah kau lihat bekasnya, Jika dengan itu kau semakin takut kepada Allah dan semakin baik ibadahmu kepada-Nya, maka itulah tanda ilmumu benar-benar bermanfaat. Jika sebaliknya maka berhati-hatilah.

Ini semua bermain dengan niat, satu benda yang sukar dijaga, Pengikhlasan niat hanya pada-Nya, Atleast 5 kali ikrar diulang setiap hari, semuanya hanya untuk Allah Azza Wa Jalla,

"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam." (QS 6 : 162)

Dimana kita selama ini, ilmu apa yang kita tuntut, jangan ingat hanya ilmu agama sahaja yang nampak diredhai, Walau Rasulullah pernah bersabda, buat renungan kita semua,

“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya, Dia (Allah) memberikannya kefahaman dalam Ad-Din”

Jangan kita berfikiran sempit, mentakrifkan ilmu agama sahaja yang akan diredhai, tidakkah kau mengetahui, ilmu lain nampak dibayangi, seperti sains dan astronomi, tidakkah itu cara untuk mendekati kepada Illahi, ilmu lain boleh didasarkan pada niat yang hakiki, menambah ilmu untuk menjadi seorang pengabdi, kepada Tuhan Rabbul 'Izzati.



p/s : Jom beribadat! Belajar juga satu ibadah kannnn??? ;)


...Dakwah, Bukan Jalan Mudah...



Penat.

Sampai ada ketika rasa seperti mahu menangis.

Risau.

Banyaknya urusan dunia saya,,,, semoga tidak terabai bekalan akhirat sana.

Dalam kesibukan duniawi, ada sahabat yang sering hadir mengingatkan diri. Sedikit pekongsian dari group whatsapp menjengah ruang handphone.

“…akhi, orang yang bersungguh buat dakwah..segala amal lain pasti dia juga akan bersungguh..” “..kenapa gitu khi..?” “..kerja dakwah adalah kerja paling agung dan besar serta susah…kalau yang susah kita boleh setel, setakat assignment, belajar, hal-hal hasanah lain apalah sangat bagi kita.. Tambah-tambah buat kerja Allah ni, nescaya Allah sebarkan kesungguhan tu kepada amal-amal lain.. Masalah ikhwah sekarang, dakwah entah kemana, mutabaah hanyut, pastu study pun entah kemana.. Then, salahkan dakwah..”



Saya termenung sejenak. Tarik nafasssss, hembus. Senyum pada diri. Saya juga pernah begitu. Tapi dulu, waktu hati masih belum kuat dijalan dakwah. Waktu klimaks ujian Allah hadiahkan pada saya. Waktu saya masih bertatih mengejar cinta Ilahi. :’)

Walaupun waktu itu saya serba kekurangan, kurang ilmu, kurang jihad, kurang amal, kurang tarbiyyah, kurang serba serbi, tapi Allah hadiahkan saya golongan yang mantap ilmunya, tinggi jihadnya, istiqamah amalnya, kukuh tarbiyyahnya. Alhamdulillah, saya sekarang adalah saya yang sekarang. Walaupun masih belum penuh (memang tidak akan penuh), tapi ‘berisi’. Hihi..

Saya tidak sempurna, tidak mampu mencapai sempurna, tapi saya berhak berusaha untuk memungkinkan kesempurnaan. Mungkin. Moga Allah redha…

Manusia boleh berubah. Jangan hukum seseorang dengan kisah lampau mereka. Jangan fikir orang baik-baik tu tidak ada masa lampau dan jangan fikir orang jahat-jahat kurang baik tu tidak ada masa depan.


p/s : Jom muhasabah diri? Duduk diam-diam, fikir dalam-dalam… :)

Monday 17 November 2014

...Dah Lama Saya Teringin...

Saya juga mahu seperti itu.


Bila pandang mereka, mata saya terpaku.

Bila pandang mereka, hati saya jadi sayu.

Bila pandang mereka, saya buntu.

Bila pandang mereka, saya jadi begitu.

Kerana dalam hati saya, Allah tahu.

Saya juga mahu seperti itu.

Moga kekuatan itu saya temu.



p/s :  Doakan saya ya sahabat… :)

...Saya Kuat Kerana-Nya...



Jauh kaki menapak, terkadang hati tersentak! Allah tegur tu… Sedar sekejap, tapi ada masa masih juga lelap. Hidup ni,,,, memang perlu kuat.

Bila difikirkan semula, banyak betul perkara yang saya belajar dekat dunia ni. Tapi dalam banyak-banyak perkara yang saya belajar tu, saya seringkali risau ianya tidak mampu menyelamatkan saya di akhirat kelak.

Hidup umpama roda ini seringkali membuatkan saya lelah. Tapi hakikatnya, itulahlah yang membuatkan saya makin tabah. Allah nak cakap, dia sayang saya... Ya, saya nampak sekarang. Allah sentiasa bersama saya walaupun ada ketikanya saya lupakan dia.

Baru sekarang ke nampak? Tidaklah! Dari dulu saya sudah nampak tapi ada ketika sesuatu yang tidak pasti itu cuba mengaburi penglihatan saya. Mata hati saya rabun seketika. Pada ketika itu, ada yang datang menghulurkan kaca mata hikmah pada saya.


Golongan ini datang mengisi kekosonngan di hati saya. Saya tenang dalam ikatan ukhuwah yang terjalin ini. Ikatan yang walaupun pada ketika sedih, tetap terasa manis sekali. Golongan ini, Allah hantar untuk kuatkan saya, untuk buktikan pada saya, Dia masih sayangkan saya… :’)

Kini saya sudah tidak memerlukan kaca mata itu kerana hati saya sudah belajar cara untuk sebetul-betulnya ikhlas pada ketentuan Allah. Kerana Dia tuhan saya, kerana Dia segala-galanya dalam hidup saya.

Saya tahu, Allah tahu bahawa hati saya sekarang terlalu merindui syurga-Nya. Saya terlalu ingin ke syurga hingga terkadang saya menangis kerana merayu syurga dari-Nya. Saya sedar saya tidak layak. Terlalu banyak kekurangan pada diri saya. tapi saya juga sedar, saya mampu berusaha untuk itu. Usaha untuk menggapai redha, itu yang utama.

Ya Allah, moga jannah itu tercatat jua untukku.

p/s : Dalam hati saya sekarang hanya Allah nombor 1. Wahai Adam, jangan diganggu hati Hawa yang rapuh ini.