/* remove this */

Wednesday 13 August 2014

...No Tittle, With Picture...





Menangis. Menangis dan menangis. Entah mengapa. Mungkin saya kecewa.

p/s : Saya rasa tak sedap hati. Dan saya tak suka perasaan ni!



...No Tittle, No Picture...



Terasa seperti mahu mencoretkan sesuatu tetapi saya tidak tahu bagaimana mahu mencoretkannya. Saya mahu meluahkannya tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk meluahkan itu.

Perasaan saya bercampur-baur. Fikiran saya terlampau berat. Hanya Dia yang tahu apa yang benar-benar saya impikan. Impian yang tiada siapa mengerti dan terkadang mengundang bimbang di hati.

Ya Allah…

p/s : Badan saya kembali gatal-gatal walaupun tak seteruk semalam. Hurm…


Thursday 7 August 2014

...Ini Saya...




Saya ni,

  • Degil


  • Keras kepala


  • Pelupa


Tapi…….

  • Manja


  • Kuat nangis


Saya pelupa. Selalu ulang salah yang sama. Saya degil, keras kepala. Selalu tak dengar cakap orang.

Tapi bila orang yang saya sayang marah saya, saya nangis. Saya selalu menangis bila orang-orang yang saya sayang, bila mama dengan ayah marah saya.

Saya degil tapi manja! Saya benci dengan diri saya sendiri. Dah tahu manja tak payah la degil. Eiiiiiiiii….!!!!!!!


Khamis, 7 Ogos 2014
~9:25 malam~



...Saya Terlupa Sesuatu...




Kata orang, kalau kita mahu katakan atau lakukan sesuatu pada seseorang, cuba letakkan diri kita ditempat mereka. Diam dan berfikir sejenak, adakah kita akan marah atau buat tak tahu?

Itu yang saya lakukan.

Adakah saya akan marah sekiranya dia lakukan perkara itu terhadap saya?

Hati saya berkata tidak. Sekelumitpun perasaan marah itu tidak akan ada. Tapi waktu tu, saya lupa sesuatu……

Saya lupa manusia itu berbeza. Ada yang berfikiran sama seperti kita dan ada juga yang sebaliknya.

Dan waktu tu……

Saya terlupa bahawa fikiran kami selalu berbeza.

Saya akui itu memang salah saya.



Khamis, 7 Ogos 2014

~8:48 malam~

Tuesday 5 August 2014

...Always By My Side...




'Sentiasa ada' saya harapkan...




..............




Sudah terlalu lama rasanya saya tidak meluangkan masa menulis blog. Entri-entri sebelum ini pun sudah berhabuk saya tinggalkan di dalam lappy ungu ini. Updatenya tidak. Hummmm…. Hampir satu bulan, banyak perkara yang berlaku. Saya sendiri tidak tahu dari mana harus saya mulakan.

Menjelang Ramadhan, ada sesuatu yang saya harapkan, tetapi sehingga sekarang Ramadhan yang ke-28, saya masih tidak mendapatkannya. Melalui Ramadhan ini juga, saya terus mendoakan sesuatu. Saya terlalu berharap Allah mendengar doa saya itu sehingga saya tidak sanggup kehilangan Ramadhan ini.

Saya sebenarnya tidak bercadang langsung untuk menulis entri ini. Tetapi, usai sahaja solat Subuh tadi, saya mula merasa keliru dengan hati saya. Terlalu keliru sehingga air mata saya menitis dan sekarang kembali bergenang.

Ujian ini terlalu berat untuk saya. Saya betul-betul tidak sanggup menghadapinya. Di saat saya bersendirian, persoalan ‘kenapa aku?’ seringkali menyapa. Tapi saya tahu saya tidak layak mempersoalkannya. Bergunung-gunung nikmat yang Allah bagi tetapi saya tidak pernah mempersoalkan ‘kenapa aku?’. Jadi jelas saya juga tidak layak mempersoalkan yang sebaliknya.

Ya Allah… Ya Allah… Ya Allah… beratnya Ya Allah! Ringankanlah bebanan ini walau sedikit. Seandainya masa itu dapat diundur, ada sesuatu yang akan saya ubah. Hanya satu detik itu sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang.


p/s : Ujian itu menjadikan kita kuat. Makin kuat Allah ingin kita jadi, makin berat ujian itu.

Sabtu, 26 Julai 2014
~7.10 pagi~



...Menjadi Penulis Yang Disayang...




Lain orang lain hatinya, lain blogger lain masalahnya. Hee.. nak jadi blogger ni macam senang je kan? Buat blog, tulis je apa-apa, lepas tu post. Hurmmmm,,, memang semudah itu ke?

Mana ada benda yang senang dalam dunia ni? Nak makan pun kena kunyah., paling tidak kena telan. Masih perlu lakukan sesuatu kan? Sama jugalah seperti blog, mahu jadi blogger perlu menulis. Tapi,,,,,tidak kira kecil atau besar, halangan dan cabaran itu pasti ada.

Saya sendiri pun punya halangan dan cabaran sendiri. Adakalanya saya ada idea mahu menulis tapi saya tidak tahu dari mana saya perlu memulakan entri saya itu. Adakalanya pula saya tidak tahu bagaimana mahu menyusun kata supaya apa yang saya cuba sampaikan itu betul-betul sampai. Ada ketika, selesai sahaja menulis, saya tidak tahu tajuk apa yang patut saya letak. Dan yang paling parah, saya tidak punya kemudahan untuk post semua entri yang telah saya tulis! Buktinya sekarang sudah 6 entri termasuk entri ini yang saya masih belum post ke dalam blog. Aduhai~

Bagi pihak Maira pula, dia khabarkan pada saya bahawa dia mempunyai terlalu banyak idea sehingga dia keliru mana yang perlu ditulisnya dahulu. Bila ditangguh, semua idea hilang. (Oh, itu perkara biasa yang berlaku pada saya, hehe…) Sebaliknya di pihak Ibrahim pula, dia malas untuk membuka laptop dan menulis blog. Hah? Malas?! Aiyoyo~

Mahu jadi blogger, perlu betul-betul minat. Kena ada azam! (ceyyywah) haha… Pembetulan, sebenarnya nak lakukan apa-apapun perlu ada kesungguhan, barulah berjaya. Kalau tidak berjaya sekalipun, itu tidak ada rezeki namanya. Jadi untuk para blogger yang semakin pudar semangatnya untuk terus menulis, atau untuk sesiapa sahaja yang mempunyai niat untuk jadi penulis, tidak kiralah penulis blog mahupun penulis buku, saya ada sesuatu untuk dikongsikan.

Perkara yang paling penting sekali adalah kita perlu tahu menulis. Tahu menulis di sini bukan bermakna tahu menulis semata-mata. Tetapi perlu ada kebijaksanaan dalam penulisan. Jika kita hanya sekadar menulis, belum tentu orang yang membaca faham apa yang kita cuba sampaikan. Jadi perlu ada ketelitian dalam penulisan supaya bahasa yang digunakan mudah difahami dan mesej yang cuba disampaikan betul-betul diterima.

Selain itu, jangan menangguh untuk menulis. Sejak berjinak-jinak dengan dunia blog ini, apa yang saya tahu idea untuk menulis itu datang tidak kira waktu. Dia boleh datang secara tiba-tiba. Apabila ditangguh, makin banyak yang terkumpul dan lama-kelamaan bukan sahaja idea, mood untuk menulisnya juga boleh hilang. Akhirnya, blog tidak diupdate.

Seterusnya yang ingin saya kongsikan adalah kita perlu ikhlas dalam menulis. Tulislah apa-apa sahaja yang ingin kita tulis sama ada tentang pendapat, luahan hati atau sesuatu yang boleh puaskan hati sendiri kerana dengan itu kita tidak akan pernah rasa bosan dengan menulis. Kalau nak tahu, keseronokan menulis blog ni mampu buat perut yang lapar jadi kenyang, mata yang mengantuk jadi segar, hati yang lara jadi lega, asalkan, kita menulis dengan hati…^^


Buku ini yang saya baca


Bahruddin Bekri ada menyebut dalam bukunya tentang menulis dengan hati. Katanya, ini pesan orang kampungnya kepada dia suatu ketika dahulu. Kata orang kampung itu, menulis itu perlu 80 peratus dengan hati dan 20 peratus dengan akal. Hal ini kerana, fikiran boleh memahami tetapi hati boleh merasai. Ibaratnya saya bertanya, apa rasanya hempedu yang dicecah madu?

Fikiran kamu pasti mampu memikirkan rasanya, tetapi kamu perlu merasai sendiri dengan lidah demi mengerti dengan lebih tepat. Tetapi bagi membuat mimik wajah serong dan pandangan berubah, hati kamu yang mendorongnya kerana ia lebih mengerti rasanya lebih dari apa yang difahami oleh fikiran dan apa yang dirasai oleh lidah.

Akhir sekali, tips yang saya ambil juga dari hasil penulisan Bahruddin Bekri adalah, letakkan tema dalam penulisan. Pesannya, pilihlah tema yang memasang harapan. Pilihlah tema yang sebegitu tidak kiralah buku apa kerana semua buku yang laku keras di dunia ini adalah buku yang memasang harapan. Sama ada memasang harapan dari segi motivasi, perasaan, kewangan, hidup, politik, patriotik, budaya dan segalanya! Tetapi bagaimana tema yang memasang harapan? Kamu tahu?

Tema yang membuatkan orang memasang harapan pada hidup mereka selepas membaca buku itu adalah tema yang menjual harapan. Jangan sesekali kamu membuat manusia rasa tiada harapan ataupun membuat mereka rasa jiwa mereka gelap dan murung. Itu salah. Mahu tahu kenapa?

Kerana, bagi membuat manusia berfikir dengan tulisan kamu adalah dengan membuat mereka memasang harapan. Sekiranya mereka tidak lagi memasang harapan, adakah mereka rajin berfikir? Membuat manusia berfikir itu bukan kerja kita. Itu kerja mereka sendiri. Kerja kita adalah memasang harapan dan sekiranya mereka mula berfikir, itu adalah bonus.

Kamu perlu ingat, sekali kamu jadi penulis, jadilah penulis dan bukan hakim. Jangan sesekali menjatuhkan hukum kepada manusia lain yang tidak seiring dengan kamu, dan jangan sombong dengan mengatakan orang lain tidak bagus dan apa-apa sahaja. Tahu kenapa?

Kamu boleh menulis karya hebat yang mampu menang itu dan ini, mampu juga membuat manusia berfikir dan memasang harapan. Tetapi adakah manusia yang menentukan kejayaan kamu?  Bukan! Tuhan yang akan menilai kamu dan Dia menilai kamu terus ke hati. Dia yang Maha Tahu, tahu mengapa kamu mengata tulisan orang lain tidak bagus, tidak membangun daya fikir, tidak itu dan tidak ini. Tuhan tahu niat kamu kerana mungkin pada awalnya kamu niat bagus dengan menegur. Namun, tiada benda yang kekal di dunia, begitu juga niat. Dengan mudah sahaja niat kamu boleh tergelincir dan menjadi sombong.

Jadi, sekiranya kamu sudah bagus, teruslah menulis dan banggakan teman-teman penulisan kamu dengan nasihat yang bagus, bukan dengan mimik wajah mencerca dan menghina. Nasihat sahaja, dan sekiranya kamu marah, jangan sesekali menghina dan merendah-rendah kerana mereka juga adalah manusia yang memasang harapan kepada manusia lain. Mereka juga sama seperti kita, cuma cara yang berbeza.

Moga apa yang saya kongsikan kali ini memberikan banyak manfaat kepada yang membacanya. Terima kasih kepada Bahruddin Bekri kerana menjadi sumber kepada  ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama pada kali ini. Terima kasih juga kepada yang sudi membaca! =)


p/s : Jom menulis dengan hati? Seronokkkk! ^^

Sabtu, 21 Jun 2014

~11:00 malam~

...Ibu, Ummi, Mak, Mama & Mummy...




Waktu ini, orang lain sibuk tentang hari bapa tapi saya sebaliknya. Hari ini saya ingin menulis tentang ibu, mama, ummi, mak dan mummy.

Saya baru saja menyelongkar laptop kesayangan saya ini. Melihat kembali video-vedio nasyid yang ada, akhirnya saya membuka video klip Maher Zain (Number One For Me). Di akhir lagu itu ada satu lirik yang dia sebut, ‘now I will try to love you like you love me’ membuatkan hati saya tiba-tiba jadi sebak.

Saya tidak rasa saya sudah menyayangi mama saya sepeti mana dia sayang saya. Hmmm… bila difikirkan, direnungkan, banyaknya salah saya pada mama saya. Banyaknya dosa saya pada mama saya. Tapi untuk meminta maaf, liat sekali rasanya. Bukan apa, adakalanya saya malu.

Inilah saya. Anak yang tidak beberapa baik tetapi sekarang saya sedang cuba untuk mengubahnya. Masa yang begitu lapang yang saya peroleh sekarang saya manfaatkan sebaik-baiknya untuk menyenangkan hati mama saya.

Sekarang saya sedang berjinak-jinak masuk ke dapur, kupas bawang, goreng ikan, masak sayur, buat kerabu. Semuanya mama yang ajar. Adakalanya saya ke dapur hanya untuk menjenguk kerana ada cerita yang menanti di televisyen. Hehe.. Tapi saya padamkan saja niat saya untuk menonton televisyen apabila mama meminta tolong kerana menyangka saya memang ke dapur untuk membantunya memasak seperti selalu.

Tidak mengapa. Cerita di televisyen itu, 4 5 tahun akan datang pun mungkin akan diulang tayang lagi. Tapi mama saya, saya sendiri pun tidak tahu sampai bila saya mampu luangkan masa bersamanya. Ajal maut kan di tangan Tuhan? Selagi saya mampu cari redha Allah melalui mama saya, saya akan cuba.

Mama saya tidak ada sesiapa sebagai penemannya di rumah. Ayah memanglah ada tapi bila perlu memenuhi tuntutan kerja, rumah ditinggalkan jua. Saya tahu mama pelukan teman, kawan. Jadi, saya rasa saya perlu jadi kawan dia. Saya perlu temankan dia selalu supaya dia tidak merasa sunyi.

Walaupun saya lebih suka bercerita itu dan ini pada ayah saya, tapi biarlah saya pinjamkan telinga saya ini untuk mama ceritakan itu dan ini pula pada saya. Mungkin esok saya sudah tidak dapat mendengar suaranya. Siapa tahu?

Saya mahu bahagiakan mama saya kerana selama ini saya sudah terlalu sering melukakan hatinya. Saya mahu bahagiakan mama saya kerana saya tahu redhanya dia, redha juga Allah saya. Saya terlalu mahu bahagiakan dia kerana bagaimana saya mampu bahagiakan orang lain sekiranya yang melahirkan saya pun tidak mampu berbahagia dengan saya?

Saya mahu jadi yang terbaik untuk mama saya, untuk keluarga saya dan pastinya untuk Allah saya. Cukuplah selama ini saya sering melakukan dosa dalam keadaan sedar dan tidak. Sekarang saya mahu jadi wanita solehah, wanita dambaan syurrrrgaaaaa.. ^^

Pernah sekali dalam tafakur saya saya dapati mama tidak pernah menghampakan setiap permintaan yang keluar dari bibir saya lagi-lagi tentng makan. Mama memang suka memasak, jadi bila saya tersebut saja “bestnya kalau ada…….” Pasti esoknya mama akan cari atau  masakkan untuk saya. Terkadang pernah juga terfikir, “aku ni anak manja ke?’” Ish!

Entahlah, mungkin saya bukanlah anak manja tetapi memang fitrah seorang ibu yang sentiasa mahu berikan yang terbaik untuk anak-anaknya, jadi yang terbaik untuk kelurganya. Tetapi kita sebagai anak-anak selalu bermasam muka, bertikam lidah dengan mereka kerana mengharapkan kesempurnaan dari mereka. Kita perlu sedar mereka juga manusia biasa seperti kita, ada cacat cela dan kurangnya.

Sedangkan kita sebagai anak belum tentu sudah jadi yang terbaik untuk mereka inikan pula kita mahu mengharapkan kesempurnaan dari mereka. Penjagaan yang baik dari dalam perut, sewaktu masih bayi, sewaktu jatuh bangunnya kita untuk mula bertatih sehinggalah siapa kita sekarang adakah itu masih belum cukup untuk kita membahagiakan mereka?

Teringat pula saya tentang sesuatu perkara. Begini ceritanya. Di rumah saya ini, selalu ada kucing yang akan datang meminta makanan sewaktu saya makan tengah hari. Agak menyusahkan untuk saya berhenti makan, gaulkan nasi dengan ikan untuk mereka, basuh tangan dan menyambung kembali suapan saya. Jika mahu dibiarkan sehingga saya menghabiskan dahulu makanan saya kemudian baru memberi mereka makan, kesian pula saya mendengar “miow miow” dari kucing-kuccing itu.

Jadi satu hari tu, sebelum saya makan tengah hari, saya terlebih dahulu memberi kucing-kucing itu makan. Saya gaulkan nasi dengan isi ikan dan saya letakkan satu kepala ikan. Waktu itu, hanya seekor yang ada (si ibu). Dia makan sambil memanggil anak-anaknya untuk makan. Lama juga saya memerhatikan kucing itu, tetapi anaknya tetap juga tidak memunculkan diri. Saya tinggalkan dia untuk mengisi perut saya.

Sedang asyik saya menyuap nasi, saya terdengar lagi si ibu tadi mengiaw tetapi kali ini lain sedikit bunyinya. Saya jenguk keluar, saya lihat si ibu sedang berjalan ke arah rumah sebelah sembil menggigit kepala ikan di mulutnya. Tiba-tiba anaknya memunculkan diri dari halaman rumah sebelah. Terukir sekuntum senyuman di bibir saya.

Sedangkan kucing yang tidak dikurniakan akal juga menyayangi anaknya, inikan pula manusia. Jadi bagaimana dengan ibu yang sanggup membuang anaknya? Allah berfirman,
“Dan sungguh akan kami isi neraka jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.” 
(Al-A’raf : 179)

Saya menulis bukan kerana saya sudah menjadi anak yang solehah, bukan kerana saya sudah sepenuhnya menjadi anak yang baik, bukan kerana saya sudah membahagiakan mama dan ayah saya dengan sempurna tetapi saya menulis kerana saya sedar saya terlalu banyak dosanya terhadap mereka dan saya tidak mahu sesiapa yang membaca tidak menyedari tentang apa yang baru saya sedari ini.

Saya sedang cuba membaiki kelemahan saya itu. Saya mahu jadi seorang anak yang baik. Jika mahu jadi baik, jangan jadi baik sorang-sorang, kan? Kita cari redha ibu bapa, kita dapat redha Allah. Bila Allah dah redha, ramai-ramai kita masuk syurgaaaa!!! :D


p/s : Jom kita niat supaya semua yang kita lakukan adalah untuk mendapatkan redha Allah… ;)

Sabtu, 14 Jun 2014
~1:51 tengah hari~