/* remove this */

Friday 28 February 2014

...Baiknya Allah...



Mereka tidak faham.

Jadi saya hanya mampu pendam.

Saya rindu.

Saya ingin bercerita sesuatu tentang dia yang saya sayang tapi tiada yang sudi mendengar. Akhirnya saya ceritakan semuanya pada Allah. Baiknya Allah.. Dia tahu apa yang saya nak cerita. Dia tahu apa yang terjadi bahkan sebelum terjdi pun dia dah tahu tapi Dia masih sudi dengar cerita-cerita saya.

Baiknya Allah saya… <3


p/s : Fahami saya. Mungkin mereka tidak tapi Allah ya… :)

Saturday 22 February 2014

...Because Taqdir Is A Beautiful Twist...



Pejam celik, pejam celik... sudah hampir tamat cuti untuk pertengahan semester kali ini. Sekejap je rasa waktu itu berlalu. Direnung, tenung dan termenung… Ajaibnya hidup ni kan? Hmmm… Tiba-tiba rasa seperti ingin berkongsi satu cerita tentang seseorang yang sangat dekat dengan saya dan saya amat kagum akan dirinya.

Si ikal mayang itu

Perbezaan umur antara dia dan kakak-kakaknya terlalu jauh menyebabkan zaman kanak-kanaknya ditemani oleh dua orang abangnya. Apa yang abangnya main, itu yang turut dia main. Pernah sewaktu abang-abangnya bermain bola sepak bersama sepupu-sepupunya yang lain, dia turut menngambil bahagian dalam permainan itu. Dia membesar bersama dua orang lelaki itu menjadi seorang gadis yang lasak.

Si kecil itu terlalu lurus

Benar kata mereka, anak-anak itu ibarat kain putih. Ibu bapalah ynng mencorakkannya. Tapi apa yang berlaku pada si kecil itu? Bahagiakah dia dengan corak yang dia peroleh? Si ikal mayang itu tidak pernah faham mengapa dia perlu solat, mengapa dia perlu belajar untuk membaca al-Quran. Sehinggakan semua yang dilakukan oleh dia hanya kerana disuruh semata-mata.

Tahu dan faham

“Manusia itu ibarat logam. Terpilih mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham.” (HR. Bukhari)
Saya ulang lagi, ‘sekiranya mereka faham’. Tetapi si kecil itu tidak pernah faham walaupun dia tahu sebagai umat Islam dia perlu buat semua itu. Masa terus berlalu… solat dan al-Quran ditinggalkannya tanpa sedikit pun rasa bersalah yang bertandang di hati. Dia hidup seperti semua orang. Bangun, mandi, makan, belajar, main dan tidur.

Masjid itu titik mulanya

Si ikal mayang itu semakin meningkat remaja. Dia mula merasakan hidupnya seperti kehilangan sesuatu. Kosong. Disaat hatinya mula mengingati mati, tidak semena-mena dia menjadi takut. Dia tahu tidak ada satu pun amalan yang boleh dibawanya sebagai bekalan ke sana kelak. Sehinggalah satu hari dia mengikuti satu program di sebuah masjid di daerahnya. Perginya dia dengan tidak punya apa-apa. Tetapi dia pulang dengan ‘sesuatu’. Dia tahu, itulah ‘turning point’ dalam hidupnya. Dia nekad untuk kembali mencari cinta Ilahi, untuk sentiasa menjaga solatnya. Walaupun pada mulanya mungkin agak sukar, tetapi dia tahu dia perlu memaksa dirinya untuk berubah kerana mereka yang berjaya, memaksa dirinya untuk berubah sedangkan mereka yang gagal, berubah hanya apabila terpaksa.

Titisan jernih dari mata itu

Usai solat asar, mata si gadis itu memandang tepat pada sesuatu yang berada di atas alamari buku itu. Perlahan-lahan tangannya mencapai ‘sesuatu’ itu. Buka, tenung. Cuba dibacanya tulisan-tulisan yang kelihatan asing itu. Gagal.! Dadanya menjadi sebak. Bergenang dan berlinangan air yang jernih itu dari matanya. Helaian ayat-ayat cinta dari Allah itu dibasahi air matanya. “Ya Allah….. ingin sekali aku membaca ayat-ayat cinta dari-Mu ini. Bantulah aku dan mudahkanlah urusanku.” Rintih hati kecilnya. Ditutup, dicium dan dipeluknya nota cinta itu dengan penuh harapan dia akan kembali membukanya dan mengalunkan sesuatu darinya.

Wahai si ikal mayang, Allah membantumu

Buntu dia memikirkan bagaimana caranya untuk dia belajar membaca al-Quran memandangkan umurnya yang sudah meningkat remaja. Malu! Alahai hati~~ Pada waktu itu juga dia perlu membuat satu keputusan yang berkait rapat dengan hidupnya. Allah memberikan satu jawapan untuknya. Pergi. Dan akhirnya dia pergi. Tempat yang begitu asing. Tempat yang dia tidak pernah tahu akan wujudya tempat itu. Namun dia mengaharapkan ada sesuatu yang dia akan dapat dari tempat yang asing itu.

Kakak berkaca mata

“Adik yang dekat hujung tu.. Yang muka baik je tu. Mesti boleh.” Kata kakak berkaca mata.
“Saya?” terkedu si ikal mayang itu. Gelengan kepala mengiringi.
“Cuba je dulu. Malu dengan orang lain ke? Datang sini dekat akak. Akak je yang dengar.” Pujuk kakak itu.

Hanya Allah yang tahu perasaan si gadis itu pada saat itu. Ingin sahaja dia berlari keluar. Disuruh mengaji untuk memilih peserta tilawah hanya kerana wajahnya yang dikatakan ‘muka baik’. Arghhh! Malam itu, kakak berkaca mata itu tahu akan masalah gadis itu. dengan bantuan kakak berkaca mata, gadis itu perlahan-lahan belajar mengalunkan ayat-ayat cinta dari Ilahi. Pada surah Luqman segala-segalanya bermula. Si gadis yang dulunya merangkak dan bertatih kini sudah pantas berlari mengalunkan ayat-ayat dari-Nya. “Terima kasih kakak berkaca mata. Terima kasih Allah kerana menghantarkan kakak itu untuk hamba-Mu ini.” Luah gadis itu dalam sujud syukurnya.

Dia sudah mula faham

Tempat yang dulunya terlalu asing bagi dia kini menjadi satu tempat pentarbiyahan yang hebat dalam hidupnya. Di situ dia temui ‘sesuatu’ yang dahulunya dia cari. Dia bukan lagi si kecil yang kosong. Dia bukan lagi si ikal mayang yang hanya tahu. Tapi kini dia mula faham. Dia seorang gadis yang mula faham akan Islam yang sebenar.

Merenung kisah si ikal mayang itu, saya sedar semua manusia boleh berubah. When there’s a will, there’s a way. Kan? ;) Cuma jangan kita pandang mereka yang sesat seolah-olah tidak ada masa depan dan usah kita anggap mereka yang lurus dijalannya tidak ada masa lampau. Tidak ada manusia yang sempurna tetapi setiap manusia itu mampu berusaha mencapai sempurna. Nak berubah jadi baik memang banyak dugaan. Kalau takut nak hadapi dugaan, Allah kan ada? :)


p/s : Saya masih ingat gadis ikal mayang itu pernah katakan pada saya, setiap kali dia membaca surah Luqman dia pasti akan ingat pada kakak berkaca mata itu.  Jom kita sama-sama berdoa moga Allah redhai dan membalas jasa kakak itu ya! ^^

Salam Perkenalan

Assalamualaikum...
Tak sangka sekarang saya punya blog sendiri setelah berkurun lamanya sahabat-sahabat saya suruh saya tulis blog. Semuanya bermula dengan sebuah buku yang saya tulis yang semuanya tentang rasa hati saya. Hmmm...nak cakap diari rasanya tak kot...sebab selalunya kalau diari orang tak bagi orang lain baca. Tapi buku tu lain ceritanya. Saya biarkan aje sahabat-sahabat saya baca. Saya tak panggil buku tu diari. tapi catatan hati... Heee...

Kenapa Srikandi Ibrahim ya?

Buku saya yang dulu tu pun saya bagi nama Sikandi Ibrahim juga. Mungkin kerana nama saya Hajar. Mungkin juga kerana saya bercita-cita menjadi setabah Siti Hajar dan dipertemukan dengan lelaki yang seteguh Ibrahim. Hehe..

9 post pertama 

Saya sebenarnya rindu untuk menulis setelah sekian lama 'Srikandi Ibrahim' saya tu sudah tiada ruang untuk dicoretkan kata-kata. Saya ni pula cerewet orangnya. Kalau boleh saya nak 'Srikandi Ibrahim' saya tu mahal. Saya tak suka yang murah-murah. Nanti mudah rosak. Jadi bila nak beli yang baru tu saya terpaksa fikir 2 3 4 kali dulu. Biasa la, hidup ni kena pandai berjimat cermat. Nak dijadikan cerita, saya save bajet saya dengn hanya menulis di dalam lappy yang comel ni... Dan sebenarnaya dah 9 entri yang saya tulis sebelum saya create blog ni. Tarikh dan waktu yang sebenar saya sendiri pun dah lupa. Hehe..

p/s : Moga apa yang saya coretkan disini mampu dijadikan pedoman. Apa yag buruk, jadikan pengajaran ya..