/* remove this */

Friday 27 February 2015

...Sahaja Aku Berubah...



Entri tadi saya ada sebut pasal azam baru saya kan? Hee.. meh nak cite. Azam baru saya ni, memang la macam dah lambat je kan? Takpelah, kira macam azam tahun baru cina la eyh. Tak pun azam sempena jamadil awal. Whatever~

Saya nak jadi baik

Definisi baik tu, saya pun susah nak cakap sebab meluas dan bukan benda yang senang. Tapi, bukan juga benda yang mustahil. jadi, saya kecilkan skop, baik pada pandangan Allah. Nak puaskan hati manusia, memang susah. Tapi nak puaskan Allah, susah macam manapun yang kita rasa, ganjarannya ada. Heee..


Hamba yang baik

Saya nak solat awal waktu. Saya kena juga lawan syaitan yang duk hasut saya tu. Kalau ada kelas, itu lain cerita sebab bukan kuasa saya kot. Undang-undang dunia, hurmm… (tunduk malu pada Allah). Selain tu, saya nak cuba puasa isnin dengan khamis. Eh, saya rasa bukan ‘cuba’ kot, tapi ‘paksa’. Ya, saya nak paksa diri saya. Solat-solat sunat, saya akan cuba. Mungkin tak banyak tapi istiqamah harapnya. In sha Allah saya akan cari juga waktu untuk qiam dalam seminggu tu.


Anak yang baik

Setiap malam saya nak call mama atau ayah. Kalau tak call, mesej @ whatsapp ucap good night pun jadilah. Nak berjaya, tak boleh lupa ibubapa. Tapi bila dah berjaya, jangan pula lupa mereka. Saya nak berjaya macam Raja Shamri. Kenal dia tak? Rugi kalau tak kenal dia. Fizikal mungkin dia kurang tapi mental dan rohani dia kuat macam besi. Dia cakap, salah satu benda yang dia amal sampai sekarang dan tak pernah pun tinggal adalah call mak dia setiap hari. Info sikit, ingat lagi iklan petronas yang budak sepak bola sampai terbang kaki palsu dia tu? Yang pakcik tu pesan, “jalan mesti ke depan, bukan ke belakang”. Nah, kalau lupa, klik sini. Iklan tu, kisah Raja Shamri tu la.

Sahabat yang baik

Saya tak nak baik sorsng-sorang. Saya nak kawan-kawan saya pun baik sekali dengan saya. Sebab tu saya letak point ‘saya nak jadi baik’ yang paling atas. Sebab saya nak jadi contoh untuk kawan-kawan saya. Cuba yakinkan mereka dengan apa yang saya yakin. Bukan paksa, tapi didik. Terima atau tak, itu urusan mereka. Saya buat ni sebab saya sayang mereka dan saya sayang diri saya sendiri. Supaya bila saya lupa, mereka ada untuk ingatkan saya. Kita kawan bukan untuk kat dunia je kan?  ;)


Berubah untuk diri sendiri

Saya pilih berubah untuk baiki balik segala kelemahan yang ada. Memang saya tak mampu untuk jadi yang sempurna, tapi saya nak cuba. Saya nak beubah untuk diri saya sendiri. Saya nak berubah untuk mama dan ayah saya, untuk keluarga saya. Saya nak berubah untuk sahabat-sahabat saya. Saya nak berubah untuk dia yang bakal melengkapkan separuh dari agamanya dengan kehadiran saya.



Sebab mati tu bila-bila

Bila target saya akhirat, saya tidak perlu takut lagi pada mati. Dan saya kalau boleh tak nak pun berjangkit dengan penyakit akhir zaman tu. Saya nak didik hati saya untuk setiap hari rindu nak jumpa Dia. Supaya solat saya, hidup saya dan apa-apa sahaja yang saya buat, saya tak rasa sia-sia. Saya ni, belum tentu lagi bernafas esok. Entri ni pun, boleh jadi yang terakhir. Siapa tahu kan? Jadi saya tak nak sia-siakan setiap helaan nafas saya ni.




Manfaat bersama

Apa yang saya tulis sekarang supaya mampu untuk ingatkan saya bila saya lupa, mampu membuka hati sesiapa dengan izin-Nya, mampu menjadi sebahagian dari usaha dakwah saya. Semoga, semoga dan semoga… semuanya berlaku dengan izin-Nya.






p/s : Hati saya sekarang sudah mula yakin, tenang dan bahagia dalam dakapan Allah.


...Bahagia...



Penatnya, seharian kat luar hari ni. Petang tadi saya teman kakak saya pegi check up. Alhamdulillah baby dalam rahim dia sihat-sihat aje. Semoga bila dah keluar nanti, jadi anak yang soleh. :)

Sementara tunggu abang ipar saya bayar bil, saya duduk kat kerusi. Mata ni kadang-kadang pandang tv, kadang-kadang pandang nurse, kadang-kadang pandang pelawat kat sana. Yang pasti, semualah yang saya pandang. Hihi…  

Dalam asyik memandang dan memerhati tu, saya terpandang sorang akak yang baru keluar dari sebuah bilik doktor ni. Jelas terpancar riak bahagia kat wajah dia. Dia tutup pintu bilik doktor tu sambil senyum sorang-sorang, lepas tu jalan sambil keluarkan handphone dari handbag dia. Sampailah dia duduk dekat kerusi belakang saya.

Saya alihkan mata ke tv, tapi telinga saya tengah tangkap suara akak tadi cakap fon dengan suami dia.
“Dah nampak gender” Ayat tu mula tarik perhatian saya.
“Abang teka la…” Sambil diselangi ketawa.
“Lelaki lagi, alhamdulillah” Ketawa masih bersisa.
Tanpa saya sedar setitis air mata saya mengalir. Hati saya waktu tu betul-betul rasa sebak, rasa sayu. Waktu tu, saya terfikirkan sesuatu.

Bahagia tu, hanya milik Allah. Saya nampak sangat betapa bahagianya akak tu. Dan setitis air mata saya tu, sebab saya bahagia melihat dia bahagia. Tapi, itu yang saya nampak, apa yang saya tak nampak? Disebalik kebahagiaan, pasti ada dugaan.



Bukan saya nak kata kita takkan bahagia kalau tak ada ujian. Tapi itulah hakikatnya. Manisnya kebahagiaan itu indah dinikmati bila kita dah pernah merasa pahitnya penderitaan. Percayalah! Ceywah.. hihi.

Tapi itulah, bila kita cakap sesuatu, kita pasti diuji balik dengan kata-kata kita tu. Tak sampai 24jam pun, saya dah diuji. Urusan rumah sewa, sekali lagi buat fikiran saya terbeban. Tapi beban tu, sekejap je. Sekejap bukan sebab dah selesai, tapi sebab saya dah tukar mind set saya untuk tidak menganggap itu sebagai satu ‘bebanan’. Nak urus sorang-sorang mungkin agak susah. Tapi Allah kan ada? (senyum sambil kenyit mata).


Saya dah tak nak jadi lemah, saya nak berubah jadi kuat. Saya ada azam baru tau. Hee… Dan saya rasa,,,, azam tu pasti berjaya! Yakin!!!! Yeah!

Wednesday 25 February 2015

...Tolong Saya...



ﺑِﺴْﻢِ ﺍﻟﻠﹼﻪِ ﺍﻟﺮﱠﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮﱠﺣِﻴﻢِ

Tolong beritahu dia, aku ada pesan buatnya…
Tolong beritahu dia, cinta agung adalah cinta-Nya…
Tolong beritahu dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…

Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…
Tolong nasihati dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…
Tolong nasihati dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…

Tolong katakan pada dia, dahulukan Allah kerana di situ adanya syurga…
Tolong katakan pada dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…

Tolong ingatkan dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…
Tolong ingatkan dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
Tolong ingatkan dia, aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…
Tolong tegur dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…
Tolong tegur dia, bila nafsu mengawal fikirannya…

Tolong sedarkan dia, aku milik Yang Esa…
Tolong sedarkan dia, aku masih milik keluarga…
Tolong sedarkan dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…

Tolong sabarkan dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…
Tolong sabarkan dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…

Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah terbesar buatnya…
Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…
Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…

Tolong khabarkan pada dia, aku tidak mahu melekakannya…
Tolong khabarkan pada dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…
Tolong khabarkan pada dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…

Tolong sampaikan pada dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…
Tolong sampaikan pada dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
Tolong sampaikan pada dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…
Tolong sampaikan pada dia, kerana aku sendiri tidak mampu memberitahunya…
Kerana aku mahu menjadi mawar berduri yang indah terjaga…





p/s : Tolong saya yang hanya mampu diam tanpa kata-kata.

...Dia Sentuh Hati Saya...



Malam ni, Allah sentuh lagi hati saya. 

Lagi dan lagi… Tanpa jemu.

Allah sayang saya, tapi saya yang tak sayang diri saya sendiri.

Saya minta kekuatan, Allah bagi saya dugaan. Diuji dan diuji hingga terkadang saya berhenti dari memohon kekuatan itu. Ya, saya mahu lari dari dugaan kerana saya sangka, saya tidak kuat untuk itu.



Saya lupa atau saya sengaja buat-buat lupa bahawa ujian itu tanda sayangnya Allah pada saya. Saya kecewa dengan saya yang sekarang. Saya seolah-olah tidak yakin dengan janji-janji Allah pada saya yang bernama hamba. Saya rindu diri saya yang dulu. Saya rindu….



Bila saya dengan Allah, saya rasa saya mahu selamanya begitu. Duduk bersimpuh dan mengadu sepuas-puasnya. Hanya saya dan Dia. Indahnya ya Allah… sekarang pun Allah tengah pandang saya. :’)

Dulu Dia dah jentik hati saya. Saya menangis. Dia pandang. Lepas sehari dua, saya kembali lupa. Dia usik lagi hati saya. Ya, saya menangis kerana dosa yang ada. Sesudah itu? Masih lagi leka dan alpa. Dan sekarang Allah cuit sekali lagi hati saya. Saya menangis. Tapi jika esok lusa saya kembali leka dan terlena, masihkah Allah mahu sentuh hati yang keras ini?

Allah betul-betul sayang saya tapi saya…? Ya Allah… hinanya hamba

.

Saya hanya perlu yakin dengan Dia


p/s : Kalau sayang, jangan tarik saya ke neraka… tapi pimpin saya ke syurga.


Tuesday 24 February 2015

...Mencari Sakinah...



Apabila kita asyik termenung memikirkan nasib diri di sini...
Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
Namun, kita masih tak sedar tentang hakikat erti kebahagiaan yang sebenarnya...

Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya

Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita

Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"

Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!



Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah


Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan



Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah


Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
Saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik

Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya

Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka bertambah"
Mereka kata: 
حسبنا الله ونعم الوكيل""Cukuplah bagi kami, Allah...Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"(آل عمران: 173)

Pengalaman sering mematangkan kita


Siapa yang tidak melaluinya tidak akan memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb,
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليكYa Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah

Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat


Apabila insan melihat dunia daripada dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam hidupnya



Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?


Kita selalu nak bersyukur kalau kita diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada


Bersyukurlah wahai diri ini 


Sebab itu sebahagian para sarjana menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar

Tapi belum tentu orang yang dapat nikmat itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلقفمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر"Ya Allah... apa saja yang aku alamidaripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMutidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhanbagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran."
Subhanallah...!
 Insan, jika dia nak bersyukur kepada Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها 
(34 : إبراهيم)
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak sebut pun tak mampu

Firman Allah yang bermaksud:


"Ketika orang-orang yang kafir itu mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua (sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"(التوبة: 40)

[Petikan dari ceramah: Mencari Sakinah, Dr. MAZA, 1 Nov 2009]




Sunday 22 February 2015

...Hati Ini...



Dua biji panadol ditelan

Sakit kepala kian reda

Jari-jemari lancar di skrin handphone, FB singgah

Scroll, scroll, scroll…

Pap! Bagaikan satu tamparan dihati. Seakan tidak percaya, walau sebelumnya telah ku duga.

Mudahnya urusan mereka. Mengapa tidak kita?

Diam-diam butiran jernih itu terbit lantas diseka.

Senyum sinis untuk diri yang selalu mempersoalkan tadqir dariNya.

Seandainya dia tahu, hati ini sudah terlalu lemah tidak berdaya.

Yang dilihat kuat, hanya dengan pura-pura.


Kerana itu yang sering dipinta.

Monday 9 February 2015

...Rindu Sibukkan Ilmu...



Result exam tak keluar lagi. Tapi saya dah tak sabar gila nak sibukkan diri dengan ilmu. Hidup kosong macam ni buat saya rasa serabut. Saya rindu kawan-kawan saya kat sana. Semalam dorang ada jugak tegur-tegur dalam group whatsapp tapi saya biarkan je sebab tak ada mood nak reply. Jadi silent reader ajelah. Mereka ni kadang-kadang comel gila. Hihi.. Merekalah penghibur saya walaupun ada ketikanya, bertegang urat juga.

Masalah rumah sewa pun belum selesai saya dah cari masalah lain. Hurmm… entah berjaya entahkan tidak saya nak cover balik duit saya yang hampir seribu tu. Tapi kira okey la. Duit kawan saya lagi sorang tu, RM1608 tau. Habis la kalau tak dapat balik. Arghhhhh!

Kawan saya tu, nama dia Qistina. Dulu masa kat matrik, kitaorang satu group waktu makmal Fizik. Dan waktu tu saya rasa dia ni sombong sangat. Memang tak ngamlah. Tapi perancangan Allah siap yang tahukan? Rupa-rupanya Allah nak saya kenal dulu si Qistina ni supaya bila dekat U, saya mampu terima dia. Ceywah, ayattt!




Tapi tulah. Walaupun latar belakang kami berbeza, sikap kami berbeza, cara kami berbeza, tapi saya hormat dia. Mungkin sebab saya rasa dia pun hormat saya. Hihi.. Betul la orang cakap, perbezaan itu yang melengkapkan. Ewah! Ayat macam dah jatuh hati kat kawan sendiri je? Hello,, I’m normal, okay. By the way, mungkin jugak sebab kami sama-sama pikul kesusahan tu, so itu yang mendekatkan.

Untuk Qistina yang perangai macam mak nenek saya tu, ini kira macam coretan penghargaan la ye.. hehe. Tapi kannnn, dia tak tahu yang saya ada blog. Hee ^^ Apa-apapun, saya cuma nak cakap yang saya betul-betul rindu nak sibukkan diri dekat U. Sebab waktu sibuk tu, saya tak ada masa nak fikir benda-benda yang tak penting. Walaupun dekat sana ada masa otak saya serabut bagai nak rak, tapi saya serabut dengan ilmu.

Ting tong! (bunyi whatsapp masuk). Okey, masalah lagi satu yang dari dulu buat saya serabut dah datang. Huh! Tata everybody, nak layan masalah dunia jap.


p/s : Terkadang terfikir, seronokkan kalau bangun je dari tidur, masalah dah pun selesai. Hurmmm, angan-angan semuanya indah. Stop dreaming la Hajar! (senyum sinis)



Sunday 8 February 2015

...Berhenti Beharap...



Hati saya hanya punya satu tujuan. Dengan tujuan itu, otak saya ligat berfikir untuk memisahkan mimpi dan kenyataan. Tetapi bila berbicara, entah mengapa saya memlih untuk melukakan perasaan sendiri.

Impian itu terlalu rapuh untuk saya capai. “Awak jangan terlalu berharap.” Kalau saya tidak boleh berharap untuk tempoh yang pendek, mengapa saya perlu berharap dan menunggu untuk tempoh yang panjang itu?

Setiap kali saya lontarkan persoalan, saya tidak pernah mendapat walau satu jawapan. Saya diam dengan harapan satu ketika saya akan diberikan satu keputusan. Tapi sayang beribu kali sayang, penantian saya tidak memberikan apa-apa makna. Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi berkali-kali.

Mungkin dia lupa. Tetapi saya tidak pernah lupa. Semakin hari saya semakin keliru. Saya cuba merungkai simpulan kekeliruan itu. Justeru, saya lontarkan kembali persoalan yang sama. Sedarilah bahawa saya menantikan sebuah keputusan dan satu jawapan.

……. Masih sama. Penantian saya tergantung begitu sahaja. Jadi saya telah mengambil keputusan untuk terus berhenti berharap. Bukan sahaja untuk tempoh waktu yang pendek, tetapi juga untuk tempoh waktu yang panjang. Saya nekad mahu melepaskan semua.




Saya yakin dengan Allah saya.