/* remove this */

Sunday 25 May 2014

...Saya Sunyi...

Saya sunyi



Semalam lena saya sering terganggu. Lena ke? Entah la. Saya sebenarnya langsung tidak mengantuk tapi sakit di kepala saya membuatkan mata saya ingin terpejam. Saya sentuh dahi saya, ada panas yang membahang. Cuba melenakan diri pada pukul 12.00 malam sangat susah untuk saya memandangkan saya sudah terbiasa tidur lewat kebelakangan ini. Terjaga pada pukul 2.30 pagi, 3.30 pagi, 4.30 pagi, 5.30 pagi. Setiap satu jam lena saya terganggu. Saya dengar azan subuh berkumandang. Kepala saya masih berat. Lemahnya saya ketika itu. Akhirnya pada pukul 6.30 pagi, saya gagahkan juga diri saya untuk bangun menunaikan solat.

Sakit di kepala yang menusuk membuatkan saya hanya mampu baring sepanjang waktu. Bangun hanya untuk solat. Makan? Langsung tidak ada selera. Tapi sebelum asar tadi saya telan saja nasi itu walaupun lidah saya tidak dapat merasa rasa makanan yang saya makan. Satu lagi, saya memang jenis yang tidak suka makan panadol tetapi saya relakan tekak saya untuk menelannya kerana saya sudah tidak mampu tahan dengan sakit yang terlampau itu.

Usai menunaikan solat asar, sekali lagi saya terbaring lemah di katil. Saya terlena tanpa sedar. Terjaga pada pukul 7.30 malam. Saya mula rasa kebah. Saya bangun untuk solat maghrib. Alhamdulillah kerana sakit di kepala saya sudah hilang cuma lidah saya masih hilang deria rasanya. Saya buka nota cinta saya. Halaman Al-Kahfi dipandang. Ada rasa sebak di dada ini. Allah tahu apa yang saya fikirkan.


Jumaat, 23 Mei 2014

~12.36 malam~

...Suratan Atau Kebetulan...




Saat saya mula menulis, jam menunjukkan sudah hampir pukul 1 pagi. Mata saya ni masih segar. Tidak ada tanda-tanda untuk lena terpejam. Mana tidaknya, kerja saya hari ini adalah tidur… Hehe… Sebenarnya saya baru sahaja selesai dari melihat kembali gambar-gambar bersama sahabat saya di matrik dulu. Ada sesuatu di hati ini.

Rasa yang tersembunyi

Selama saya di rumah, sejujurnya hanya beberapa ketika saya rasa saya merindui sahabat-sahabat saya. Itupun cuma beberapa orang yang saya rapat. Tapi sekarang, baru saya sedar sebenarnya saya amat merindui mereka yang pernah bersama saya di matrik dulu. Amat rindu sehingga hati saya terasa begitu sayu dan hampir menitiskan air mata. Alahai hati…..halus betul laaaa…

Mereka bermakna bagi saya

Setiap antara mereka yang hadir dalam hidup saya, bukanlah kebetulan semata-mata. Ada yang hadirnya mengajar saya erti sabar, ada yang hadirnya mengajar saya erti berdikari, ada yang hadirnya mengajar saya erti ikhlas, ada yang hadirnya mengajar saya erti percaya pada diri, ada yang hadirnya mengajar saya erti mendengar dan banyak lagi perkara yang telah mengubah saya menjadi manusia yang lebih banyak berfikir.

Maira yang berdikari

Pertama kali saya pandang Maira, saya rasa dia baik. Saya masih ingat pada hari pendaftaran itu, dia memakai baju kurung dan tudung pink. Adiknya kecoh memanggilnya, “Kakak! Kakak!” Comelnya si kecil itu. Itu bisik hati saya saat itu. Tapi tanpa saya duga, si kecil yang comel itulah yang akhirnya singgah di bilik saya, menyalami tangan saya, didukung dan dicium pipinya oleh saya. Mushrif Hakimi, saya sendiri sudah jatuh sayang pada dia. Adik awak, adik saya jugakkk… Kan Maira? Hehe… Maira…, awak tahu tak? Saya kagum dengan awak. Melangkah ke matrik tanpa seorang teman yang awak kenal semata-mata untuk merealisasikan harapan mama dan abah awak. Berdikarinya awak Maira. Terima kasih sebab awak sudah berjaya meyakinkan saya si bongsu yang manja ni, untuk hidup berdikari dan awaklah sahabat pertama saya di sana!

Allah masih memilih saya

Saya pernah terfikir untuk berhenti dari terlibat dengan pekara dakwah, usrah dan yang seangkatan dengannya. Astaghfirullah… Tapi ternyata, setibanya saya di matrik, Allah masih memilih saya. Allahamdulillah… Bagi saya, membawa usrah itu bukanlah sesuatu yang sangat sukar memandangkan sebelum ini saya sudah pernah menghadapinya. Tapi kesukaran itu tetap ada. Di sana, saya dikenalkan dengan insan-insan baru yang perlu ditarbiyyah. Bersama saya ada seorang naqibah yang sebelum ini belum pernah membawa usrah. Mendidik bukan perkara yang mudah. Saya perlu didik anak-anak usrah di bawah saya dan dalam masa yang sama saya perlu membantu sahabat saya untuk menjadi naqibah @ murabbi yang baik. Untuk terus bercerita tentang usrah, inshaAllah saya akan menulis satu entri khusus untuknya nanti. Apa yang pasti, usrah itu telah mengajar saya erti sabar.

Sebelumnya, saya bukan begitu

Setiap kali ada pertandingan pengucapan awam tidak kira dalam bahasa melayu mahupun inggeris, nama saya sering kali diutarakan. Pada mulanya saya dipaksa, terus dipaksa dan akhirnya saya hanya mampu merelakan diri. Terlibat dengan public speaking dan spelling bee yang memerlukan saya bercakap di hadapan khalayak dengan penuh yakin dan berani benar-benar merubah diri saya yang selama ini sering kali gugup. Jika dulu saya pernah marah sahabat-sahabat saya yang telah memaksa saya, pernah menangis malam-malam kerana manghadapi kesukaran saat menghafal text, tapi sekarang saya ingin berterima kasih kepada mereka. Untuk Maira, terima kasih kerana pernah memujuk saya. 

Saya merindui semuanya

Gambar-gambar yang saya pandang dan renung tadi menyedarkan saya bahawa sebenarnya saya merindui semuanya. Saya rindu untuk keluar outing bersama Dhiya, Maira, Zahra dan sahabat saya yang lain. Saya rindu untuk lepak bersama dengan mereka di bilik saya sambil bercerita dan bergelak ketawa bersama. Kenangan memakai inai bersama sambil menangis menonton cerita ‘Miracle In Cell Number 7’ pastinya sentiasa saya ingat. Terkadang buat kerja sambil nanyi lagu nasyid, bercerita tentang kisah-kisah srikandi syurga sebelum tidur, bercerita tentang blog, makan maggi malam-malam dan paginya sama-sama sakit perut. Haha. Maira ingat lagi? Seronok kan? Saya rindu nak sebilik dengan awak. Saya rindu nak tidur sama-sama dengan awak. Uhuk! Sedihnya…. :’(

What are words

Tadi saya dengar lagu, tiba-tiba saya dengar satu lagu ni terus saya teringat dekat awak dengan Dhiya. Kita pernah nyanyi sama-sama dalam toilet sampai bila saya keluar toilet, budak sebelah bilik kita tegur saya, dia cakap, “Hajar, nanti kite nak lagu nasyid boleh? Lepas tu kite nak lagu yang awak nyanyi dengan Maira dalam toilet tadi tu.” Hahahaha… Waktu tu saya rasa kelakarnya kita ni. Sampai macam tu sekali kita gilakan lagu tu masa tu. Awak tahu kan lagu tu? Ala.. saya dah tulis pun dekat atas tu. Hihihi… ;D

Kami semua berbeza

Perbezaan itu yang melengkapkan setiap antara kami. Saya sayang sahabat-sahabat kelas saya. Mereka sentiasa membantu saya, mereka percayakan saya, mereka menyedarkan saya bahawa saya ini telah merubah persepsi mereka terhadap orang yang bertudung labuh. Siapa kata orang tudung labuh tak pandai berlawak jenaka? Siapa kata orang tudung labuh ni pendiam? Siapa kata orang tudung labuh ni berkawan dengan golongan mereka sahaja? Saya tidak. Mereka kata saya ni nakal, terkadang suka psiko orang. Mereka kata saya ni banyak cakap cuma bila saya ada masalah memang saya akan diam tanpa kata. Sahabat saya yang free hair pun boleh masuk dengan saya. Malah saya sendiri pun berasa senang berkawan dengan dia. Jadi orang tudung labuh ni tak ada la kolot sangat pun. Kan?

Penat la nak taip

Saya dah break kejap pergi isi perut tadi. Hehe.. Saya rasa makanan pun dah selamat turun dah so saya nak cuba manja-manjakan mata saya ni untuk melenakan diri. Walaupun perasaan mengntuk tu masih belum memunculkan diri, tak mengapa, nanti saya cuba tidur.

Sebelum saya tutup mata dan lenakan diri saya ni.

Saya mahu tutup kembali kisah lama saya bersama mereka yang saya sayang.

Untuk terus menulis, jari-jemari saya yang runcing ni sudah mula penat.

Hehe…

Tutup hanya di sini.

Namun terus di biarkan terbuka di alam kenangan.

Moga Allah sentiasa membimbing insan-insan yang saya sayang.

InshaAlla bertemu kembali di Jannah. :)



p/s : Walau ke mana sekalipun kaki kita melangkah, sedarilah bahawa semuanya bukanlah kebetulan semata-mata tetapi suratan yang penuh dengan hikmah dari-Nya.

Sabtu, 17 Mei 2014

~3.00 pagi~

Sunday 4 May 2014

...Itu Yang Terakhir...



Sudah berapa hari saya tinggalkan tempat yang penuh dengan kenangan itu. Sekarang baru saya berpeluang coretkan sesuatu disini. Lagipun, saya sudah berjanji pada Maira untuk tuliskan satu entri tentang hari terakhir kami disana. Sebelum itu, saya nak minta maaf sebab saya tak sempat coretkan sesuatu atas sekeping kertas untuk Dhiya dan Maira seperti yang mereka berdua dah lakukan pada saya. Sebagai ganti, saya coretkan semuanya disini ya?

Maira yang saya sayang

Terima kasih kerana sudi temankan saya untuk balik lewat. Terima kasih kerana sudi teman saya breakfast dekat luar pagi tu. Terima kasih utuk buku wanita-wanita syurga yang awak hadiahkan tu(walaupun saya yang minta). Hehe… Terima kasih untuk surat ungu yang sebenarnya kelakar. Agak sedih jugak la tapi saya tak menangis punnnnn… Hoho… Terima kasih atas kenangan-kenangan yang awak dah lakarkan dalam hidup saya. Teman saya pergi surau setiap hari, teman saya makan aiskrim bila saya dah teringin sangat nak makan, belikan saya tembikai bila saya rasa malu sebab dah selalu sangat beli, teman saya jalan-jalan setiap petang masa musim peperiksaan hari tu sambil dengar cerita tentang kisah silam saya yang tak berapa menarik tu. Teman saya nyanyi lagu InshaAllah sampai nangis. Tulis ‘surat cinta’ untuk ayah sampai nangis. Tolong sama nangis dengan saya bila saya bacakan surat tu untuk awak. Hehe.. Saya kan Hajar yang gembeng! Awak pula Maira yang cengeng…(awak yang cakap). Saya pun takkan lupakan kenangan main baling-baling air dalam bilik air masa mandi. Kita kan selalu mandi sebelah-sebelah? Angan-angan nak mandi hujan tak tercapai, mandi sambil baling-baling air pun jadi laaaaa.. Tahniah sebab harapan awak untuk meninggalkan dan bukannya ditinggalkan tercapai sebab kita berdua sama-sama meninggalkan rupanya… ^^

Dhiya yang saya rindu

Terima kasih untuk persahabatan yang telah terbina tanpa disangka-sangka. Seperti awak, saya pun tak pernah terfikir  yang saya akan rapat dengan awak sampai macam tu. Terim kasih untuk sekeping surat tu. Awak nak tahu tak? Maira kita yang sangat susah nak menangis tu menagis bila baca surat tu. Tahniah! Hahaha.. Saya sendiri pun sebenarnya rasa sebak. Tapi saya tak nak perpisahan kita ini hanya diiringi dengan air mata. Nanti mata saya sembab tak cantik laaaa… Hoho.. Terima kasih sebab selama ni sudi kemana-mana dengan saya, sudi pujuk saya bila saya sedih walaupun awak cakap awak tak pandai pujuk orang, sudi ajar saya moment yang saya sangat tak suka sampai saya pandai, sudi layan saya yang selalu minta nak tengok cerita ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’ bila ada masa lapang, sudi teman saya pergi ‘tempat bebas’ walaupun yempat tu jauh. Hehe.. Terima kasih sebab mampu tahan dengan perangai saya yang kadang-kadang suka marah orang tak tentu fasal bila tertekan. Terima kasih ya. Jangan lupa saya ya… :’)

Sahabat C1T3

Terima kasih untuk ilmu yang telah dikongsi bersama. Terima kasih kerana sudi melayan karenah saya yang kadang-kadang suka psiko korang semua. Terima kasih kalau selama ini dah pernah belanja saya apa-apa. Untuk pari-pari khayalan semua, Murni, Qaseh, Rindu, Cinta, Sayang, Salju, Permata dan Cahaya, Mutiara akan sentiasa rindu awak semua. Nama aneh2 tu semua atas permintaan mereka ya. Hahaaa..


p/s : Untuk sahabat-sahabat saya yang lain yang tidak saya nyatakan disini, terima kasih untuk semuanya. Saya janji saya akan ingat awak semua sampai bila-bila… <3