Aku masih mahu menjadi yang terbaik.
Kerana sayang aku bukan hanya sekadar tutur
kata.
Kerana sayang yang aku ungkap, sungguh
bukan biasa-biasa.
Cuma terkadang sakit itu membuatku lemah
untuk terus berlagak kuat.
Sungguh, bukan kerana tiada lagi sayang.
Bukan kerana sayang yang diungkapkan itu
hanyalah satu pendustaan.
Hanya kerana hati ini lemah dengan sakit
yang seringkali ditahan-tahan.
Sungguh aku mahu hatiku terus kuat bertahan.
Kerana aku masih sayang.
Dan akan sentiasa sayang.
Cuma aku tak tahu,
sampai bila hati ini mampu untuk bertahan.