/* remove this */

Friday 17 May 2019

...Bukan Aku Seorang...




Jari yang telah lama kaku dari menari di papan kekunci, membuat hati meronta-ronta memaksa diri. Terlalu banyak pekara yang aku simpan sendiri. Hingga terkadang seperti memakan diri.

Ada ketika aku sendiri keliru. Terasa buntu.

Aku sering tertanya-tanya akan hikmah ujian yang Allah hadiahkan untuk aku. Ujian yang aku rasa berat sehingga terkadang dada rasa sesak, nafas yang dihela tersekat-sekat. Berat. Sangat berat. Sehingga terkadang aku menangis teresak-esak.

Berat yang aku rasa, seringkali malu untuk aku keluhkan. Kerana aku sedar, bukan aku seorang yang merasa peritnya ujian. Bukan aku seorang yang merasa susahnya pengorbanan. Bukan aku seorang yang merasa sekian dan sekian. Mereka juga faham apa itu kesakitan.

Pokoknya, usah kau pandang pada senangnya seseorang. Tetapi renunglah pada peritnya ujian yang ditatang. Kemudian, kau akan syukuri apa yang sedang kau genggam.