/* remove this */

Wednesday 1 August 2018

...Kabulkan Doaku...




Ya Allah, aku sayang dia.

Tolong jagakan dia untuk aku di saat aku tidak lagi dia perlu.

Maafkan aku sekiranya aku telah banyak melalaikan dia dari mengingati_Mu.

Maafkan aku kerana aku tidak menjaga dia dengan sebaiknya.

Maafkan aku kerana tidak menjadi sahabat yang baik untuk dia.


Ya Allah, aku sayang dia.

Terima kasih kerana kau pinjamkan dia untuk aku.

Terima kasih untuk sayang yang pernah aku rasa itu.

Terima kasih kerana bahagiakan aku dengan kehadirannya.


Ya Allah, aku sayang dia.

Oleh itu, jika masih tersisa sekelumit sayang di hatinya untuk aku, aku mohon jangan kau cabut yang itu.

Aku mohon jangan kau tarik rasa sayang yang masih ada itu.


Ya Allah, aku sayang dia.

Jaga dia untuk aku. Sayangi dia.

Peluklah dia di saat dia pilu. Peluklah dia erat dengan kasih sayang_Mu.

Bantulah dia di saat dia perlu. Bimbinglah dia untuk sentiasa berada dijalan_Mu.


Ya Allah, aku sayang dia.

Sekiranya aku dan dia perlu berpisah, biar maut menjadi penyebabnya.

Sekiranya aku dan dia perlu berpisah, temukan aku dan dia di syurga.

Kerana syurga Engkau kekal selamanya.

Dan aku mahu selamanya bersama dia.

Aku masih mahu bergurau senda bersama.

Oleh itu, jika tidak di dunia, izinkan aku dan dia ke syurga bersama.


Ya Allah, aku sayang dia.



...Kamu Yang Dulu...


“People change, so do love”.

Bukan aku tak tahu. Bukan aku tak sedar.

Perlakuan kamu, tutur kata kamu, layanan kamu, sudah tidah seperti dulu.

Dulu, kamu selalu mahu jadi yang terbaik untuk aku. Maka oleh itu, kamu mahu tahu segalanya tentang aku.

Kita berkongsi bermacam-macam cerita untuk mengenali hati masing-masing supaya dapat menjadi sahabat yang baik sesama kita.

Aku menangis, kamu pujuk. Kamu peluk aku erat.

Aku sedih, hingga terkadang kamu pun turut sama menangis untuk aku.

Kamu begitu. Bagaimana aku boleh untuk tidak sayang kamu?

Kamu ada di saat aku perlu. Kamu ada di saat aku dihimpit buntu.

Aku rindu kamu.

Tapi sekarang kamu tidak lagi begitu. Perlahan-lahan kamu berubah perilaku.

Tidak semua. Tapi aku sedar perubahan itu.

Cuma aku pura-pura tidak tahu. Aku berpura-pura tidak sedar kenyataan itu.

Kenyataan bahawa sayang kamu terhadap aku tidak lagi seperti dulu.

Aku pujuk hati aku untuk tidak pedulikan semua itu seolah-olah itu hanyalah andaianku yang salah kerana aku teramat menyayangi kamu.

Tapi apabila kini aku dengar sendiri semuanya dari kamu,,,

SAKIT.

Terlalu sakit rasa itu.

Aku rindu kamu. Aku terlalu rindu kamu. Walaupun sayang kamu terhadapku kini tidak lagi seperti dulu.

Dan aku telah sekian lama merindui kamu yang dulu.

Kamu yang sepenuh hati menyayangi aku.