/* remove this */

Monday 29 July 2019

...Aku Mahu Terus Bertahan...




Aku masih mahu menjadi yang terbaik.
Kerana sayang aku bukan hanya sekadar tutur kata.
Kerana sayang yang aku ungkap, sungguh bukan biasa-biasa.

Cuma terkadang sakit itu membuatku lemah untuk terus berlagak kuat.
Sungguh, bukan kerana tiada lagi sayang.
Bukan kerana sayang yang diungkapkan itu hanyalah satu pendustaan.
Hanya kerana hati ini lemah dengan sakit yang seringkali ditahan-tahan.

Sungguh aku mahu hatiku terus kuat bertahan.
Kerana aku masih sayang.
Dan akan sentiasa sayang.

Cuma aku tak tahu,
sampai bila hati ini mampu untuk bertahan.


...Dunia Ini Kejam...




Aku tahu Allah rindu.
Kerana waktu sedih itulah aku tertunduk pilu merayu-rayu.

Aku tahu Allah sayang.
Kerana waktu sedih itulah aku akan terlalu rindu untuk ‘pulang’.

Wahai Allah yang mencintai tanpa syarat,
ampunkan aku atas setiap dosa yang aku perbuat.
Wahai Allah yang besar rasa cemburu ke atas hamba-hamba yang menduakan cinta,
ampunkan aku atas setiap salah laku hatiku yang leka.
Wahai Allah yang sentiasa menanti aku pulang,
peluklah aku dengan cinta dan kasih sayang tanpa perlu lagi ombak yang berkemungkinan menengenggelamkan.

Wahai Allah,
maafkan aku untuk segala permintaan yang bermacam-macam.

Dunia ini terasa amat kejam. Tetapi sedarlah hati, pemilik dunia ini Maha Penyayang.

...Menang Atau Kalah?...





Kenapa nak ‘berkalau-kalau’?
Kita nak apa? Kita nak nafikan kehendaklah Allah ke?

Aku. Seringkali mengulang soalan yang sama untuk mereka yang seringkali kecewa dengan takdir dunia. Aku mahu mereka sedar, semua yang terjadi adalah dengan kehendak Allah. Siapa kita untuk menidakkannya?

But now, siapa aku untuk menidakkan semua?
Ya, perit.
Ya, sakit.

Tapi tu semua urusan Allah kan? Kenapa perlu sedih?
Allah tahu yang terbaik kan? Kenapa perlu berdalih?

Benarlah setiap kata-kata itu akan diuji.
Dan di akhirnya sama ada kita menang atau kalah dengan ujian tersebut.

...Cinta Itu...




Aku belajar sesuatu.
Sekarang aku tahu.
Cinta itu, adalah bila kau buat sesuatu bukan kerana sesuatu.
Kau buat tak bersebab. Kau buat adalah kerana kau nak buat.

Bukan sebab kau nak sedapkan hati seseorang itu.
Bukan sebab kau sedar kau buat salah dan kau nak menebus kesalahan itu.

Ya, tidak ada salah bila kau nak menebus kesalahan.
Tak salah. Sama sekali tak salah.
But please, stop doing that wrong doing.

It’s HURT. Deeply.

Monday 15 July 2019

...Ya Allah...


Allah, jangan kau uji aku dengan sesuatu yang tidak tertanggung dengan kemampuanku.
Allah, jangan kau uji aku dengan sesuatu yang aku terlalu lemah untuk menghadapi itu.
Allah, aku tak mampu. Allah, aku merayu.
Jangan yang itu. Bukan yang itu.

Allah, mengapa dengan aku?
Allah, berikan aku hati yang baru.

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkan hati aku dalam kebenaran.

Friday 17 May 2019

...Bukan Aku Seorang...




Jari yang telah lama kaku dari menari di papan kekunci, membuat hati meronta-ronta memaksa diri. Terlalu banyak pekara yang aku simpan sendiri. Hingga terkadang seperti memakan diri.

Ada ketika aku sendiri keliru. Terasa buntu.

Aku sering tertanya-tanya akan hikmah ujian yang Allah hadiahkan untuk aku. Ujian yang aku rasa berat sehingga terkadang dada rasa sesak, nafas yang dihela tersekat-sekat. Berat. Sangat berat. Sehingga terkadang aku menangis teresak-esak.

Berat yang aku rasa, seringkali malu untuk aku keluhkan. Kerana aku sedar, bukan aku seorang yang merasa peritnya ujian. Bukan aku seorang yang merasa susahnya pengorbanan. Bukan aku seorang yang merasa sekian dan sekian. Mereka juga faham apa itu kesakitan.

Pokoknya, usah kau pandang pada senangnya seseorang. Tetapi renunglah pada peritnya ujian yang ditatang. Kemudian, kau akan syukuri apa yang sedang kau genggam.