/* remove this */

Monday 25 December 2017

...Pinjaman Untuk Semua...

Kita seringkali lupa.

Kita sayanglah macam mana sekalipun seseorang itu, hakikatnya dia bukan milik kita.

Dia bukan pinjaman hanya untuk kita.


Dia milik Allah yang dipinjamkan untuk semua.


Friday 22 December 2017

...Awak Penat, Kan?...



Maaf sebab masih belum jadi sahabat yang baik.

Maaf sebab tak berusaha jadi sahabat yang baik.

Maaf sebab selalu menjadi asbab air mata itu mengalir.

Maaf sebab selalu meminta maaf tetapi tetap mengulang salah yang sama.

Maaf sebab biarkan awak penat dengan perangai saya.

Saya tahu awak penat, kan? Saya minta maaf.

Saya selalu fikir, kalau jauh dari awak tu bakal mengurangkan penat yang awak rasa, sakit yang awak ada, saya mahu sejauhnya dari awak. Tapi saya pentingkan diri. Saya tak mampu jika sendiri. Saya mahu selamanya awak di sisi. Walau sesakit manapun saya, lebih sakit lagi bila awak tiada menemani.

Saya pentingkan diri. Saya minta maaf. Maaf lagi sekali.

Maaf yang saya minta sudah berkali-kali. Mungkin sudah penat awak dengari.



...Kematian Yang Menghidupkan...



Kehilangan sahabat yang hebat itu masih memberi kesan pada diri saya. Memikirkan perjuangan dia telah selesai dan pengakhiran saya nanti yang entah bagaimana.

Sungguh, mati itu adalah sebaik-baik penasihat.

Mati, sebenarnya sangat dekat dengan kita. Cuma kita yang buat-buat tak tahu. Kita yang pura-pura tak sedar.

Kehilangan dia juga membuatkan saya semakin menghargai semua sahabat-sahabat yang saya punya. Membuatkan saya semakin menghargai setiap peluang yang saya ada.

Bila jumpa sahabat, layanlah sebaik-baiknya. Bila berbicara dengan sahabat, gunalah selembut-lembut bahasa. Bila senyum pada sahabat, senyumlah semanis-manisnya. Bila memeluk sahabat, peluklah seerat-erat kasih yang kamu ada.

Sebab kita tak tahu bila lagi kita mampu layan dia, dengar suara dia, tatap senyuman dia, peluk tubuh dia.

Saya. Nak jadi sahabat yang baik. Macam dia. :’)


 Sungguh, kematian itu telah menghidupkan hati-hati yang lesu dan mati.


...Pemergian Yang Dicemburui...

“Orang hebat multimedia nih.”

“Orang hebat nih.”

Dia. Sambil menepuk-nepuk bahu saya, seringkali mengatakan saya hebat.

Tapi sebenarnya dialah yang hebat orangnya.

Jiwa dia besar. Semangat dia besar.

Dua semester kita berusrah bersama. Banyak kenangan kita bersama. Gelak tawa dan tangis hiba yang kita kongsi bersama tak akan saya lupa sampai bila-bila. Awak selalu kata jodoh kita panjang. Tapi Allah takdirkan jodoh kita kat dunia ni sampai sini je.

Sahabat, inshaaAllah awak bakal penghuni syurga. Dan saya harap, jodoh kita yang panjang yang selalu awak ungkapkan itu akan bertaut kembali di sana.

Masih terbayang tangisan dan deraian air mata dia malam itu yang tidak dapat saya hentikan. Maaf.

Perit jerih kamu dalam dakwah telah kau akhiri dengan sangat baik wahai sahabat. Aku cemburu. Aku malu.

Aku rindu. Rindu akan setiap bait kata-kata yang engkau kongsi bersama. Rindu mendengarkan kisah-kisah sirah yang engkau begitu bersemangat bercerita tentangnya. Ya, aku kagum denganmu wahai sahabat. Saat hidup engkau dan setelah perginya engkau, rasa kekaguman itu malah makin subur.

Rehatlah wahai sahabat. Sudah tiba waktunya untuk kau berehat dari dunia yang memenatkan ini.

Terakhir kali kita bertemu waktu reunion awal bulan hari tu.

Wahai sahabat, nanti next reunion kita dekat syurga tau. Deal! :’)

Tapi…

Kalau nanti awak tak jumpa saya kat syurga, tolong cari saya dan tarik saya sekali untuk bersama-sama awak.


Tolong ya?


21 September 1995 - 21 Disember 2017
Al-fatihah.


Wednesday 20 December 2017

...Saya Bersyukur Punya Dia...



Tadi jalan-jalan. Jumpa sahabat-sahabat. Kongsi rasa itu ini.

“Adik kau macam mana? Adik aku tu payah la beb. Lepas tu ada benda yang kita boleh je nak sacrifice tapi dia tak boleh. Kita ni berapi gak la. Tapi tu la,, semua orang ada kekurangan dia kan. Mungkin dia kurangnya dari segi tu.”

Banyak yang dia kongsi. Mungkin lebih kepada luahan rasa.

Saya?

Saya bersyukur ada dia. Saya bersyukur Allah tumpahkan rasa sayang ini pada dia. Dia yang sangat banyak berkorban untuk saya. Waktu dia, tenaga dia, gelak tawa dia, tangis hiba dia.

Selama ni saya seringkali terlupa. Lupa betapa berharganya saya punya sahabat seperti dia. Lupa untuk bersyukur bila sayang dia tu tertumpah buat saya.

Saya sebenarnya tengah sangat takut. Takut untuk jauh dari dia. Saya sedang berusaha untuk cuba menghadapinya. Cuma saya masih belum pasti caranya bagaimana.

Saya cuba untuk sedikit-sedikit kurangkan manja saya pada dia. Saya cuba untuk tidak terlalu bergantung pada dia. Saya cuba untuk tidak layan rindu saya pada dia. Saya cuba untuk persiapkan diri saya.

Tapi, semakin saya cuba jauh, semakin kuat rindu dan sayang itu menyapa.

Sekarang fikir saya, biarlah waktu yang tersisa ini saya gunakan sebaiknya. Saya nak puas-puas bermanja dengan dia, saya nak puas-puas pandang wajah dia. Saya nak puas-puas berkongsi cerita dengan dia. Saya nak puas-puas bahagia bersama dia.

Berpisah atau jauhnya nanti saya dan dia, biarlah menjadi urusan Allah. Nanti bila jauh-jauh, sekurang-kurangnya saya tahu ada Allah untuk jaga dia. Dan pastinya dia dalam jagaan Allah akan lebih bahagia.

Nanti bila jauh-jauh, saya tahu saya cuma jauh di mata dia. Tapi di hati dia, tetap ada saya. Kan? :’)


Tuesday 19 December 2017

...Rasa Itu Tak Perlu...




Sebenarnya sedih.

Kalau boleh, semua perkara tentang dia saya nak tahu. Sihat sakit dia, kenyang lapar dia, bila dan di mana yang dia tuju.

Tapi tak semua saya boleh tahu.

Nak tanya tapi saya tahu ada perkara yang saya memang tak boleh tahu.

Tak tanya tapi hati memberontak untuk itu.

Bila terlanjur tanya, terkadang hati terluka bila jawapannya hanya bisu.


Saya sebenarnya yang patut tahu, rasa sedih itu sebenarnya tak perlu.

Dia... sudah sedaya yang termampu cuba usir saya punya sedih dan pilu.

Justeru, itu yang seharusnya saya tumpu.


Monday 18 December 2017

...Usah Berteka-teki...

Saya.

Sepenuh hati sayangkan dia. Bukan kerana dia juga sayangkan saya. Tapi kerana Allah campak sayang itu tanpa disangka-sangka.

Saya.

Masih belajar untuk tidak menitiskan air mata. Bukan kerana dia tidak benarkan saya mengalirkannya. Tapi kerana dia juga bakal terluka melihat air mata saya yang terus mengalir walau setelah diseka.

Saya.

Sedaya termampu cuba untuk tidak membiarkan dia terluka. Bukan kerana saya takut saya juga turut terluka. Tapi kerana dia segala-galanya untuk saya.

Saya sedang cuba. Masih mencuba belajar semua, supaya dia tidak kecewa. Tapi oleh kerana saya masih lagi belajar mencuba, ada ketika saya lupa. Hingga terkadang dia seringkali kecewa dan terluka kerana saya.



Usah berteka-teki.

Dia… bukan lelaki.

Tapi sayang saya pada dia, bukan hanya kata-kata manis yang menari di papan kekunci.


Semoga semuanya kerana Ilahi. 


...The Time Will Come...

"Because I know the time will come"


Sentiasa terngiang-ngiang kata-kata itu.

"Kalau nanti saya balik Kelantan macam mana?"

"Yeah, that's what I mean"

"Kenapa tak bagitahu?"

...

Sebab saya juga sedar dan tahu ...

You are preparing yourself. Then I should prepare myself too.

Supaya nanti I will not make things hard for you.

Sebab waktu itu akan datang.

Dan… tak akan pernah menunggu kita :’)



P/s : Dear myself, please don’t be selfish.

Friday 15 December 2017

...Lamanya...

Fuhhhhhh..!

Eh, buat apa tu??? Tiup habuk. Hihi.

Lama. Paling lama. Sangat lama. Apa yang lama?


Ruangan ini sudah lama dibiar sepi. Sesepi hati aku tanpa kamu.