/* remove this */

Friday 15 July 2016

...Down...

Kamu perlukan sokongan

Bila rasa down, people used to say, “I’m fool, looser, stupid, idiot!” Tak semua. Tapi ada.

Mereka lupa. Kata-kata itu satu doa. Ya. Kita sedih. But that is absolutely not the way. Banyak cara yang kita boleh buat untuk baiki kelemahan diri. Belajar dan jangan pernah berhenti untuk belajar. Sebab, hidup kita ni pun satu proses pembelajaran.

Bayi tak dilahirkan untuk terus pandai berjalan. Mereka belajar dan teus belajar walaupun entah berapa kali mereka jatuh dalam proses untuk belajar berjalan. Bayi. Kita juga dahulunya seorang bayi. Lihat, betapa gigihnya kita dulu. Tapi kenapa sekarang kita tak mampu untuk terus segigih itu?

Kamu mampu. Cuma terkadang kamu perlukan sokongan. Perlukan kekuatan. Dan untuk dapatkan kekuatan itu, mintalah dengan Dia yang memiliki kekuatan. InsyaAllah semuanya akan baik-baik saja. :)

Close your eyes, take a deep breath and say, “All is well”
Eh? Hehe. ;)

Wednesday 29 June 2016

...Kosong...


Lama rasanya. Dibiar sepi tidak terusik. Kadang rindu, cuma tidak punya waktu. 

Ramadhan yang terasa pantas berlalu. Terkedu. Sedikitnya amalku. Malu. Exam, boleh jadi ujian, boleh jadi bala. Ujian pabila ia semakin mendekatkan kamu pada Dia. Bala pabila ia semakin menjauhkan kamu padaNya. Maka pilihlah, kamu mahu menjadikan exam itu ujian atau bala pada kamu.

Terasa terlambat untuk sedar. Tapi bagi Allah tidak pernah ada istilah lambat untuk kembali pada Dia. Aku yang lalai. Mungkin kerana aku yang smakin jauh dari mereka. Bohonglah kalau tidak rindu. Kerana mereka yang selalu ada ingatkan aku saat aku lupa.


Kosong. Terasa kosong penulisan kali ini. Mungkin kerana ada sesuatu yang tidak mampu diluah. 
Tapi, Allah tahu.