/* remove this */

Tuesday 18 August 2015

...Fate...

Betul orang cakap, setiap yang berlaku bukanlah kebetulan semata-mata. Saya pun pernah cakap, everything happen for a reason. Remember?

Remember?

Saya ada terbaca pesanan dari ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Pesannya,,,,

Wahai anakku, sesiapa yang kamu bertemu, itulah manusia yang ditakdirkan Allah untuk muncul di hidupmu waktu itu. Ia bukan satu kebetulan, tapi satu ketentuan. Setiap manusia di keliling kamu membawa mesej sesuatu untuk dipelajari kamu atau membantu kamu dalam hal-hal yang sedang dihadapi kamu.

Wahai anakku, setiap apa yang berlaku dalam hidup kamu, itu adalah perkara yang ditakdirkan berlaku pada waktu itu. Apa yang kamu alami tidak mungkin berlaku dalam cara yang lain selain dari cara yang Allah izinkan ia berlaku. Tiada ruang untuk andaian kamu: “Kalau demikian, mungkin ia boleh dielakkan”.

Ingatlah wahai anakku, setiap apa yang kamu alami adalah sempurna, dan ia bersesuaian dengan keperluan kamu ketika itu sebagaimana yang dirancang Allah. Wahai anakku, setiap waktu yang berlaku sesuatu perkara adalah masa terbaik untuk perkara tersebut berlaku.

Tiada apa boleh berlaku tanpa keizinan-Nya, maka dengan itu, waktu segala apa yang berlaku ialah waktu yang paling sesuai untuk ia berlaku untuk kamu. Asalkan kamu bersedia, setiap waktu adalah waktu terbaik untuk kamu memulakan langkah.

Wahai anakku, segala apa yang berakhir, sudah berakhir. Ia mudah sebagaimana titik noktah di penghujung setiap ayat. Apabila ada perkara yang berakhir di hidup kamu, sesuatu yang baru akan bermula. Jika ia ada di ingatan, ia boleh berkekalan. Apabila ia tamat, ia adalah satu permulaan yang baru.

Wahai anakku, kamu terbaca tulisan ini bukan satu kebetulan. Kalau tulisan ini menyentuh sanubari kamu, ia juga bukan satu kebetulan. Ia menandakan masa kamu sudah tiba untuk memahami sesuatu sebagaimana sekeping salji tidak mungkin akan jatuh di tempat yang salah.

Sebagaimana sekeping salji tidak mungkin akan jatuh di tempat yang salah

Saya sudah redha seredha-redhanya. Doa saya masih sama. Saya makin jelas dengan apa yang saya perlu lakukan. Kerana saya milik Allah, saya serahkan semuanya pada Allah. Mungkin entri ini belum cukup jelas dengan apa yang saya mahu maksudkan, jadi di lain hari saya akan menulisnya lagi. Tapi boleh jadi juga tidak. Siapa tahu?



Sunday 9 August 2015

...There's Always A Reason...


Pegang perut.

Air mata bergenang.

Allah tak bagi apa yang saya mahu sekarang.

Sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk saya.

Sebab Dia tahu saya belum kuat untuk untuk sesuatu yang mungkin lebih susah dan payah.

Doakan saya baik-baik saje ye?