Aku tahu Allah rindu.
Kerana waktu sedih itulah aku tertunduk
pilu merayu-rayu.
Aku tahu Allah sayang.
Kerana waktu sedih itulah aku akan terlalu
rindu untuk ‘pulang’.
Wahai Allah yang mencintai tanpa syarat,
ampunkan aku atas setiap dosa yang aku
perbuat.
Wahai Allah yang besar rasa cemburu ke
atas hamba-hamba yang menduakan cinta,
ampunkan aku atas setiap salah laku hatiku
yang leka.
Wahai Allah yang sentiasa menanti aku
pulang,
peluklah aku dengan cinta dan kasih
sayang tanpa perlu lagi ombak yang berkemungkinan menengenggelamkan.
Wahai Allah,
maafkan aku untuk segala permintaan yang
bermacam-macam.
Dunia ini terasa amat kejam. Tetapi sedarlah
hati, pemilik dunia ini Maha Penyayang.
No comments:
Post a Comment