/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Friday 27 February 2015

...Sahaja Aku Berubah...



Entri tadi saya ada sebut pasal azam baru saya kan? Hee.. meh nak cite. Azam baru saya ni, memang la macam dah lambat je kan? Takpelah, kira macam azam tahun baru cina la eyh. Tak pun azam sempena jamadil awal. Whatever~

Saya nak jadi baik

Definisi baik tu, saya pun susah nak cakap sebab meluas dan bukan benda yang senang. Tapi, bukan juga benda yang mustahil. jadi, saya kecilkan skop, baik pada pandangan Allah. Nak puaskan hati manusia, memang susah. Tapi nak puaskan Allah, susah macam manapun yang kita rasa, ganjarannya ada. Heee..


Hamba yang baik

Saya nak solat awal waktu. Saya kena juga lawan syaitan yang duk hasut saya tu. Kalau ada kelas, itu lain cerita sebab bukan kuasa saya kot. Undang-undang dunia, hurmm… (tunduk malu pada Allah). Selain tu, saya nak cuba puasa isnin dengan khamis. Eh, saya rasa bukan ‘cuba’ kot, tapi ‘paksa’. Ya, saya nak paksa diri saya. Solat-solat sunat, saya akan cuba. Mungkin tak banyak tapi istiqamah harapnya. In sha Allah saya akan cari juga waktu untuk qiam dalam seminggu tu.


Anak yang baik

Setiap malam saya nak call mama atau ayah. Kalau tak call, mesej @ whatsapp ucap good night pun jadilah. Nak berjaya, tak boleh lupa ibubapa. Tapi bila dah berjaya, jangan pula lupa mereka. Saya nak berjaya macam Raja Shamri. Kenal dia tak? Rugi kalau tak kenal dia. Fizikal mungkin dia kurang tapi mental dan rohani dia kuat macam besi. Dia cakap, salah satu benda yang dia amal sampai sekarang dan tak pernah pun tinggal adalah call mak dia setiap hari. Info sikit, ingat lagi iklan petronas yang budak sepak bola sampai terbang kaki palsu dia tu? Yang pakcik tu pesan, “jalan mesti ke depan, bukan ke belakang”. Nah, kalau lupa, klik sini. Iklan tu, kisah Raja Shamri tu la.

Sahabat yang baik

Saya tak nak baik sorsng-sorang. Saya nak kawan-kawan saya pun baik sekali dengan saya. Sebab tu saya letak point ‘saya nak jadi baik’ yang paling atas. Sebab saya nak jadi contoh untuk kawan-kawan saya. Cuba yakinkan mereka dengan apa yang saya yakin. Bukan paksa, tapi didik. Terima atau tak, itu urusan mereka. Saya buat ni sebab saya sayang mereka dan saya sayang diri saya sendiri. Supaya bila saya lupa, mereka ada untuk ingatkan saya. Kita kawan bukan untuk kat dunia je kan?  ;)


Berubah untuk diri sendiri

Saya pilih berubah untuk baiki balik segala kelemahan yang ada. Memang saya tak mampu untuk jadi yang sempurna, tapi saya nak cuba. Saya nak beubah untuk diri saya sendiri. Saya nak berubah untuk mama dan ayah saya, untuk keluarga saya. Saya nak berubah untuk sahabat-sahabat saya. Saya nak berubah untuk dia yang bakal melengkapkan separuh dari agamanya dengan kehadiran saya.



Sebab mati tu bila-bila

Bila target saya akhirat, saya tidak perlu takut lagi pada mati. Dan saya kalau boleh tak nak pun berjangkit dengan penyakit akhir zaman tu. Saya nak didik hati saya untuk setiap hari rindu nak jumpa Dia. Supaya solat saya, hidup saya dan apa-apa sahaja yang saya buat, saya tak rasa sia-sia. Saya ni, belum tentu lagi bernafas esok. Entri ni pun, boleh jadi yang terakhir. Siapa tahu kan? Jadi saya tak nak sia-siakan setiap helaan nafas saya ni.




Manfaat bersama

Apa yang saya tulis sekarang supaya mampu untuk ingatkan saya bila saya lupa, mampu membuka hati sesiapa dengan izin-Nya, mampu menjadi sebahagian dari usaha dakwah saya. Semoga, semoga dan semoga… semuanya berlaku dengan izin-Nya.






p/s : Hati saya sekarang sudah mula yakin, tenang dan bahagia dalam dakapan Allah.


No comments:

Post a Comment