Apabila kita asyik termenung memikirkan nasib diri di sini...
Merenung jauh mereka di sana hidup penuh keseronokan dan
kegembiraan...
Namun, kita masih tak sedar tentang
hakikat erti kebahagiaan yang sebenarnya...
Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya
Betapa ramai orang yang berada dalam
rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun
lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok
buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita
Ada orang yang berada di hadapannya
hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan
kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa
makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana
Allah membahagi-bahagikan nikmat"
Semua orang sangka kalau orang itu ada
rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!
Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah
Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan
kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa
tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada
seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa
tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada
kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar
kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang
orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi
Allah
Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban
dalam kehidupan
Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah
Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini
daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang
segala-galanya
Saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah
melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar
daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita
berada dalam keadaan yang baik
Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali
ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan
menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah...
tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya
Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan
perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk
bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah
Allah keluarkan kita daripadanya
Orang-orang yang diberitahu kepada mereka
"Nun, orang ramai sedang berkumpul
untuk ambil tindakan kepada kau"
"Nun, orang nak ambil tindakan
kepada hang"
"Nun, orang nak ambil tindakan
kepada kau"
"Nun, ada orang nak bertindak kepada
kau"
Kata Allah: "iman dia tambah"
Bukan kita kata: "pasal apalah Allah
benci aku? Apalah dosa aku?"
Tidak, tidak!
Kata Quran: "iman mereka
bertambah"
Mereka kata:
Mereka kata:
حسبنا الله ونعم الوكيل""Cukuplah bagi kami, Allah...Dialah sebaik-sebaik tempat diserahkan urusan"(آل عمران: 173)
Pengalaman sering mematangkan kita
Siapa yang tidak melaluinya tidak akan
memahami maksudnya
Orang-orang yang pernah hidup dan
bertawakkal
dia akan mengetahui tentang keajaiban
bertawakkal
Bila hati insan bulat kepada Ya Rabb,
إني فَوَّضْتُ هذا الأمر إليكYa Allah... aku serahkan urusan ini kepadaMu ya Allah
Kita sering lupa, kita masih punya kehidupan di akhirat
Apabila insan melihat dunia daripada
dimensi akhirat
dia akan merasakan dunia ini sangat kecil
kehidupan ini sangat luas
Nabi sebut di dalam hadis yang
diriwayatkan oleh imam Muslim
Allah bawa pada hari akhirat, manusia
yang paling derita dalam dunia ini
Saya tak tahu manusia paling derita di
dalam dunia ini
Allah ambil dia, Allah masukkan dia ke
dalam syurga
Dia dimasukkan, dicelupkan masuk ke dalam
syurga
kemudian dia dikeluarkan lalu ditanyanya:
"Wahai fulan, adakah kau pernah rasa
derita dalam hidup?"
Dia kata: "tak! Aku tak pernah
derita pun dalam hidup ini"
Hanya kerana masuk sekelip mata di dalam
syurga, lupa cerita derita
Allah ambil manusia yang paling nikmat
dalam dunia ini
Segala yang nikmat, Allah masukkan dia
secelup sahaja ke dalam neraka
lalu dikeluarkan dia
"Pernahkah kau merasai nikmat dalam
hidup ini?"
Dia kata: "tak! aku tak pernah ada
nikmat pun dalam hidup ini"
Hanya dengan satu celupan sahaja ke dalam
neraka
Manusia lupa segala kisah nikmat dalam
hidupnya
Masihkah kita teringat akan nikmat yang Allah berikan selama ini?
Kita selalu nak bersyukur kalau kita
diberi benda baru
dan kita lupa bahawasanya apa yang ada
pada kita ini suatu nikmat yang besar
Satu hamba Allah
yang patah kakinya
yang dia tidak pernah pun sebut
dulu barangkali tak pernah teringat
tentang nikmat kaki yang setiap hari dia pijak
Tapi apabila satu hari dia sakit kaki
Dia kata: "Ya Allah... bagilah balik
kaki aku, sembuhkanlah balik"
Dia tahu besarnya nikmat kaki, nikmat
tangan, nikmat sihat
Kata Hamka: "Yang ada ini sudah
harapan kita"
Yang kita ada ini harapan kita
Tetapi insan...
bukan salah untuk kita mengharapkan yang
belum ada
tetapi jangan lupa yang telah ada
Bersyukurlah wahai diri ini
Sebab itu sebahagian para sarjana
menyebut
Syukur kadang kala makamnya lebih tinggi
daripada sabar
Ramai orang terpaksa sabar
Tapi belum tentu orang yang dapat nikmat
itu bersyukur
Bila dia susah nak kata apa?
"Sabar je la, nak buat apa?"
Tapi untuk jadikan orang yang memiliki
harta seperti tuan-tuan
syukur di atas nikmat
اللهم ما أصبح بي من نعمة أو بأحد من خلقفمنك وحدك لا شريك لك فلك الحمد ولك الشكر"Ya Allah... apa saja yang aku alamidaripada nikmatMu, daripada kurniaan daripada sesiapa di kalangan hambaMutidak ada daripada sesiapa melainkan daripada Engkau wahai Tuhanbagi Engkaulah pujian, bagi Engkaulah kesyukuran."
Subhanallah...!
Insan, jika dia nak bersyukur kepada
Allah, tak terdaya
وإن تعدوا نعمة الله لا تحصوها
(34 : إبراهيم)
Jika kamu hendak menghitung nikmat Allah,
kamu tak mampu
Tuan-tuan... bila kita melihat hidup ini
secara keseluruhan
kita akan rasa ma syaa Allah hidup ini
apa yang Allah kurniakan kepada kita
lebih dari harapan kita sebenarnya
Kalau tuan-tuan ingat daripada hari
tuan-tuan dilahirkan
tempat tuan-tuan dilahirkan
rumah tuan-tuan dilahirkan
sehingga tempat tuan-tuan ada pada hari
ini
Ma syaa Allah...!
Tak dapat nak diucapkan berapa kali nak
sebut pun tak mampu
Firman Allah yang bermaksud:
"Ketika orang-orang yang kafir itu
mengeluarkan dia
ketika dia salah seorang dari dua, dia
dan Abu Bakar
yakni Nabi dan Abu Bakar
Ketika mereka berada di dalam gua
(sewaktu peristiwa hijrah)
Ketika dia berkata kepada sahabatnya
لا تحزن إن الله معنا
"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"(التوبة: 40)
No comments:
Post a Comment