/* remove this */

Wednesday, 1 August 2018

...Kabulkan Doaku...




Ya Allah, aku sayang dia.

Tolong jagakan dia untuk aku di saat aku tidak lagi dia perlu.

Maafkan aku sekiranya aku telah banyak melalaikan dia dari mengingati_Mu.

Maafkan aku kerana aku tidak menjaga dia dengan sebaiknya.

Maafkan aku kerana tidak menjadi sahabat yang baik untuk dia.


Ya Allah, aku sayang dia.

Terima kasih kerana kau pinjamkan dia untuk aku.

Terima kasih untuk sayang yang pernah aku rasa itu.

Terima kasih kerana bahagiakan aku dengan kehadirannya.


Ya Allah, aku sayang dia.

Oleh itu, jika masih tersisa sekelumit sayang di hatinya untuk aku, aku mohon jangan kau cabut yang itu.

Aku mohon jangan kau tarik rasa sayang yang masih ada itu.


Ya Allah, aku sayang dia.

Jaga dia untuk aku. Sayangi dia.

Peluklah dia di saat dia pilu. Peluklah dia erat dengan kasih sayang_Mu.

Bantulah dia di saat dia perlu. Bimbinglah dia untuk sentiasa berada dijalan_Mu.


Ya Allah, aku sayang dia.

Sekiranya aku dan dia perlu berpisah, biar maut menjadi penyebabnya.

Sekiranya aku dan dia perlu berpisah, temukan aku dan dia di syurga.

Kerana syurga Engkau kekal selamanya.

Dan aku mahu selamanya bersama dia.

Aku masih mahu bergurau senda bersama.

Oleh itu, jika tidak di dunia, izinkan aku dan dia ke syurga bersama.


Ya Allah, aku sayang dia.



...Kamu Yang Dulu...


“People change, so do love”.

Bukan aku tak tahu. Bukan aku tak sedar.

Perlakuan kamu, tutur kata kamu, layanan kamu, sudah tidah seperti dulu.

Dulu, kamu selalu mahu jadi yang terbaik untuk aku. Maka oleh itu, kamu mahu tahu segalanya tentang aku.

Kita berkongsi bermacam-macam cerita untuk mengenali hati masing-masing supaya dapat menjadi sahabat yang baik sesama kita.

Aku menangis, kamu pujuk. Kamu peluk aku erat.

Aku sedih, hingga terkadang kamu pun turut sama menangis untuk aku.

Kamu begitu. Bagaimana aku boleh untuk tidak sayang kamu?

Kamu ada di saat aku perlu. Kamu ada di saat aku dihimpit buntu.

Aku rindu kamu.

Tapi sekarang kamu tidak lagi begitu. Perlahan-lahan kamu berubah perilaku.

Tidak semua. Tapi aku sedar perubahan itu.

Cuma aku pura-pura tidak tahu. Aku berpura-pura tidak sedar kenyataan itu.

Kenyataan bahawa sayang kamu terhadap aku tidak lagi seperti dulu.

Aku pujuk hati aku untuk tidak pedulikan semua itu seolah-olah itu hanyalah andaianku yang salah kerana aku teramat menyayangi kamu.

Tapi apabila kini aku dengar sendiri semuanya dari kamu,,,

SAKIT.

Terlalu sakit rasa itu.

Aku rindu kamu. Aku terlalu rindu kamu. Walaupun sayang kamu terhadapku kini tidak lagi seperti dulu.

Dan aku telah sekian lama merindui kamu yang dulu.

Kamu yang sepenuh hati menyayangi aku.



Monday, 30 July 2018

...Terlalu Rindu...



Aku rindu.

Aku punya banyak hal yang mahu aku ceritakan pada kamu.

Seperti selalu :’)



...Pesanmu...




“Jangan rapat sangat. Sebab sekali gaduh, memang akan gaduh besar”

“Tidak boleh terlalu sayang, nanti susah”

Aku tidak lupa pesan itu. Tapi aku tak mampu turut pesanmu.

Kerana pesanmu itu di saat aku sudah terlalu rapat.

Kerana pesanmu itu di saat aku sudah terlalu sayang.

Dan apabila semua itu benar-benar terjadi, aku hanya mampu ditemani air mata.



Sunday, 29 July 2018

...Aku Hanya Mahu Kamu Tahu...




Aku sayang kamu.

Aku hanya mahu kamu tahu itu.

Aku tidak mahu sakiti kamu.

Kerana aku mahu kamu tahu aku adalah yang terbaik yang pernah kamu ketemu.

Jangan sakiti aku.

Kerana aku tidak mahu kamu kesali perbuatan itu andai suatu hari nanti aku yang pergi dulu.

Aku tidak akan pernah berhenti sayang kamu.

Aku tidak akan pernah lupakan kamu.

Aku hanya mahu kamu tahu itu.

Aku sayang kamu.

:')


...Aku Sayang Kamu...




Kadang-kadang aku fikir akulah yang paling banyak menahan rasa. Aku fikir akulah yang paling baik tutur kata. Aku fikir akulah yang bagus segala-gala. Sehingga ada ketika aku berkelakuan sebaliknya hanya kerana aku juga mahu kamu rasa. Supaya nanti kamu sudah tidak akan mengulangnya.

Tapi aku salah dalam meneka. Kamu lakukan tidak seperti yang aku sangka. Hingga akhirnyanya aku juga yang terpaksa sibuk dengan air mata yang perlu diseka.

Itu bukan sepenuhnya salah kamu. Aku tidak pernah meletakkan salah itu terhadapmu. Kerana aku tahu, aku dan kamu harus saling membantu. Aku dan kamu, masing-masing punya kekurangan itu.

Aku hanya mahu kamu tahu. Aku sayang kamu.



...Jika...


Jika kamu tanya tidakkah aku sakit.

Jawapannya, sakit lagi aku tanpa kamu.

Jika kamu tanya tidakkah aku penat.

Jawapannya, penat lagi aku menangis menahan sakitnya aku tanpa kamu.


Kerana aku sayang kamu.




...Allah, Bantu Aku...




Bantu aku.

Kerana aku tidak mampu membantu diri aku.

Seringkali aku tidak tahu aku perlu dibantu.

Kerana itu aku masih diam membatu.


Aku sayang kamu.

Lebih dari aku sayang diri aku.

Aku buntu.

Allah, bantu aku.