/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Monday, 18 December 2017

...Usah Berteka-teki...

Saya.

Sepenuh hati sayangkan dia. Bukan kerana dia juga sayangkan saya. Tapi kerana Allah campak sayang itu tanpa disangka-sangka.

Saya.

Masih belajar untuk tidak menitiskan air mata. Bukan kerana dia tidak benarkan saya mengalirkannya. Tapi kerana dia juga bakal terluka melihat air mata saya yang terus mengalir walau setelah diseka.

Saya.

Sedaya termampu cuba untuk tidak membiarkan dia terluka. Bukan kerana saya takut saya juga turut terluka. Tapi kerana dia segala-galanya untuk saya.

Saya sedang cuba. Masih mencuba belajar semua, supaya dia tidak kecewa. Tapi oleh kerana saya masih lagi belajar mencuba, ada ketika saya lupa. Hingga terkadang dia seringkali kecewa dan terluka kerana saya.



Usah berteka-teki.

Dia… bukan lelaki.

Tapi sayang saya pada dia, bukan hanya kata-kata manis yang menari di papan kekunci.


Semoga semuanya kerana Ilahi. 


No comments:

Post a Comment