Maaf sebab masih belum jadi sahabat yang baik.
Maaf sebab tak berusaha jadi sahabat yang baik.
Maaf sebab selalu menjadi asbab air mata itu mengalir.
Maaf sebab selalu meminta maaf tetapi tetap mengulang salah yang sama.
Maaf sebab biarkan awak penat dengan perangai saya.
Saya tahu awak penat, kan? Saya minta maaf.
Saya selalu fikir, kalau jauh dari awak tu bakal mengurangkan penat
yang awak rasa, sakit yang awak ada, saya mahu sejauhnya dari awak. Tapi saya
pentingkan diri. Saya tak mampu jika sendiri. Saya mahu selamanya awak di sisi.
Walau sesakit manapun saya, lebih sakit lagi bila awak tiada menemani.
Saya pentingkan diri. Saya minta maaf. Maaf lagi sekali.
Maaf yang saya minta sudah berkali-kali. Mungkin sudah penat awak
dengari.
No comments:
Post a Comment