“Orang hebat multimedia nih.”
“Orang hebat nih.”
Dia. Sambil menepuk-nepuk bahu saya, seringkali mengatakan saya hebat.
Tapi sebenarnya dialah yang hebat orangnya.
Jiwa dia besar. Semangat dia besar.
Dua semester kita berusrah bersama. Banyak kenangan kita bersama.
Gelak tawa dan tangis hiba yang kita kongsi bersama tak akan saya lupa sampai
bila-bila. Awak selalu kata jodoh kita panjang. Tapi Allah takdirkan jodoh kita
kat dunia ni sampai sini je.
Sahabat, inshaaAllah awak bakal penghuni syurga. Dan saya harap, jodoh
kita yang panjang yang selalu awak ungkapkan itu akan bertaut kembali di sana.
Masih terbayang tangisan dan deraian air mata dia malam itu yang tidak
dapat saya hentikan. Maaf.
Perit jerih kamu dalam dakwah telah kau akhiri dengan sangat baik
wahai sahabat. Aku cemburu. Aku malu.
Aku rindu. Rindu akan setiap bait kata-kata yang engkau kongsi
bersama. Rindu mendengarkan kisah-kisah sirah yang engkau begitu bersemangat
bercerita tentangnya. Ya, aku kagum denganmu wahai sahabat. Saat hidup engkau
dan setelah perginya engkau, rasa kekaguman itu malah makin subur.
Rehatlah wahai sahabat. Sudah tiba waktunya untuk kau berehat dari
dunia yang memenatkan ini.
Terakhir kali kita bertemu waktu reunion awal bulan hari tu.
Wahai sahabat, nanti next reunion kita dekat syurga tau. Deal! :’)
Tapi…
Kalau nanti awak tak jumpa saya kat syurga, tolong cari saya dan tarik
saya sekali untuk bersama-sama awak.
Tolong ya?
21 September 1995 - 21 Disember 2017
Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment