Penat.
Sampai ada ketika rasa seperti mahu menangis.
Risau.
Banyaknya urusan dunia saya,,,, semoga
tidak terabai bekalan akhirat sana.
Dalam kesibukan duniawi, ada sahabat yang
sering hadir mengingatkan diri. Sedikit pekongsian dari group whatsapp
menjengah ruang handphone.
“…akhi, orang yang bersungguh buat dakwah..segala amal lain pasti dia juga akan bersungguh..” “..kenapa gitu khi..?” “..kerja dakwah adalah kerja paling agung dan besar serta susah…kalau yang susah kita boleh setel, setakat assignment, belajar, hal-hal hasanah lain apalah sangat bagi kita.. Tambah-tambah buat kerja Allah ni, nescaya Allah sebarkan kesungguhan tu kepada amal-amal lain.. Masalah ikhwah sekarang, dakwah entah kemana, mutabaah hanyut, pastu study pun entah kemana.. Then, salahkan dakwah..”
Saya termenung sejenak. Tarik nafasssss,
hembus. Senyum pada diri. Saya juga pernah begitu. Tapi dulu, waktu hati masih
belum kuat dijalan dakwah. Waktu klimaks ujian Allah hadiahkan pada saya. Waktu
saya masih bertatih mengejar cinta Ilahi. :’)
Walaupun waktu itu saya serba kekurangan,
kurang ilmu, kurang jihad, kurang amal, kurang tarbiyyah, kurang serba serbi, tapi
Allah hadiahkan saya golongan yang mantap ilmunya, tinggi jihadnya, istiqamah amalnya,
kukuh tarbiyyahnya. Alhamdulillah, saya sekarang adalah saya yang sekarang. Walaupun
masih belum penuh (memang tidak akan penuh), tapi ‘berisi’. Hihi..
Saya tidak sempurna, tidak mampu mencapai
sempurna, tapi saya berhak berusaha untuk memungkinkan kesempurnaan. Mungkin.
Moga Allah redha…
Manusia boleh berubah. Jangan hukum
seseorang dengan kisah lampau mereka. Jangan fikir orang baik-baik tu tidak ada
masa lampau dan jangan fikir orang jahat-jahat kurang baik tu tidak ada
masa depan.
p/s : Jom muhasabah diri? Duduk
diam-diam, fikir dalam-dalam… :)
No comments:
Post a Comment