/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Monday, 17 November 2014

...Saya Kuat Kerana-Nya...



Jauh kaki menapak, terkadang hati tersentak! Allah tegur tu… Sedar sekejap, tapi ada masa masih juga lelap. Hidup ni,,,, memang perlu kuat.

Bila difikirkan semula, banyak betul perkara yang saya belajar dekat dunia ni. Tapi dalam banyak-banyak perkara yang saya belajar tu, saya seringkali risau ianya tidak mampu menyelamatkan saya di akhirat kelak.

Hidup umpama roda ini seringkali membuatkan saya lelah. Tapi hakikatnya, itulahlah yang membuatkan saya makin tabah. Allah nak cakap, dia sayang saya... Ya, saya nampak sekarang. Allah sentiasa bersama saya walaupun ada ketikanya saya lupakan dia.

Baru sekarang ke nampak? Tidaklah! Dari dulu saya sudah nampak tapi ada ketika sesuatu yang tidak pasti itu cuba mengaburi penglihatan saya. Mata hati saya rabun seketika. Pada ketika itu, ada yang datang menghulurkan kaca mata hikmah pada saya.


Golongan ini datang mengisi kekosonngan di hati saya. Saya tenang dalam ikatan ukhuwah yang terjalin ini. Ikatan yang walaupun pada ketika sedih, tetap terasa manis sekali. Golongan ini, Allah hantar untuk kuatkan saya, untuk buktikan pada saya, Dia masih sayangkan saya… :’)

Kini saya sudah tidak memerlukan kaca mata itu kerana hati saya sudah belajar cara untuk sebetul-betulnya ikhlas pada ketentuan Allah. Kerana Dia tuhan saya, kerana Dia segala-galanya dalam hidup saya.

Saya tahu, Allah tahu bahawa hati saya sekarang terlalu merindui syurga-Nya. Saya terlalu ingin ke syurga hingga terkadang saya menangis kerana merayu syurga dari-Nya. Saya sedar saya tidak layak. Terlalu banyak kekurangan pada diri saya. tapi saya juga sedar, saya mampu berusaha untuk itu. Usaha untuk menggapai redha, itu yang utama.

Ya Allah, moga jannah itu tercatat jua untukku.

p/s : Dalam hati saya sekarang hanya Allah nombor 1. Wahai Adam, jangan diganggu hati Hawa yang rapuh ini.


No comments:

Post a Comment