ﺑِﺴْﻢِ
ﺍﻟﻠﹼﻪِ ﺍﻟﺮﱠﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮﱠﺣِﻴﻢِ
Tolong beritahu dia, aku ada pesan
buatnya…
Tolong beritahu dia, cinta agung adalah
cinta-Nya…
Tolong beritahu dia, cinta manusia bakal
membuatnya alpa…
Tolong nasihati dia, jangan menyintaiku
lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…
Tolong nasihati dia, jangan mengingatiku
lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…
Tolong nasihati dia, jangan mendoakanku
lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…
Tolong katakan pada dia, dahulukan Allah
kerana di situ adanya syurga…
Tolong katakan pada dia, dahulukan ibu
bapanya kerana di telapak itu syurganya…
Tolong ingatkan dia, aku terpikat kerana
imannya bukan rupa…
Tolong ingatkan dia, aku lebih cintakan
zuhudnya bukan harta…
Tolong ingatkan dia, aku kasihinya kerana
santunnya…
Tolong tegur dia, bila dia mula mengagungkan
cinta manusia…
Tolong tegur dia, bila dia tenggelam
dalam angan-angannya…
Tolong tegur dia, bila nafsu mengawal
fikirannya…
Tolong sedarkan dia, aku milik Yang Esa…
Tolong sedarkan dia, aku masih milik
keluarga…
Tolong sedarkan dia, tanggungjawabnya
besar kepada keluarganya…
Tolong sabarkan dia, usah ucap cinta di
kala cita belum terlaksana…
Tolong sabarkan dia, andai diri ini
enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan dia, bina jarak menjadi
penyebab bertambah rindunya…
Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu
menjadi fitnah terbesar buatnya…
Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu
menjadi punca kegagalannya…
Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang
Maha Esa menjaga dirinya…
Tolong khabarkan pada dia, aku tidak mahu
melekakannya…
Tolong khabarkan pada dia, aku mahu dia
berjaya dalam impian dan cita-citanya…
Tolong khabarkan pada dia, aku sentiasa
mendoakan kejayaannya…
Tolong sampaikan pada dia, aku
mendambakan cinta suci yang terjaga…
Tolong sampaikan pada dia, cinta kerana
Allah tidak ternilai harganya…
Tolong sampaikan pada dia, hubungan ini
terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa…
Tolong sampaikan pada dia, kerana aku sendiri
tidak mampu memberitahunya…
Kerana aku mahu menjadi mawar berduri yang indah terjaga…
p/s : Tolong saya yang hanya mampu diam tanpa kata-kata.
No comments:
Post a Comment