/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Sunday, 8 February 2015

...Berhenti Beharap...



Hati saya hanya punya satu tujuan. Dengan tujuan itu, otak saya ligat berfikir untuk memisahkan mimpi dan kenyataan. Tetapi bila berbicara, entah mengapa saya memlih untuk melukakan perasaan sendiri.

Impian itu terlalu rapuh untuk saya capai. “Awak jangan terlalu berharap.” Kalau saya tidak boleh berharap untuk tempoh yang pendek, mengapa saya perlu berharap dan menunggu untuk tempoh yang panjang itu?

Setiap kali saya lontarkan persoalan, saya tidak pernah mendapat walau satu jawapan. Saya diam dengan harapan satu ketika saya akan diberikan satu keputusan. Tapi sayang beribu kali sayang, penantian saya tidak memberikan apa-apa makna. Bukan sekali, bukan dua kali, tetapi berkali-kali.

Mungkin dia lupa. Tetapi saya tidak pernah lupa. Semakin hari saya semakin keliru. Saya cuba merungkai simpulan kekeliruan itu. Justeru, saya lontarkan kembali persoalan yang sama. Sedarilah bahawa saya menantikan sebuah keputusan dan satu jawapan.

……. Masih sama. Penantian saya tergantung begitu sahaja. Jadi saya telah mengambil keputusan untuk terus berhenti berharap. Bukan sahaja untuk tempoh waktu yang pendek, tetapi juga untuk tempoh waktu yang panjang. Saya nekad mahu melepaskan semua.




Saya yakin dengan Allah saya.



No comments:

Post a Comment