/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Sunday, 26 July 2015

...Kerana Rezeki Itu Rahsia Allah...



Bismillahirrahmanirrahim
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu adalah waktu dhuha-Mu, keagungan itu adalah keagungan-Mu, kecantikan itu adalah kecantikan-Mu, kekuatan itu adalh kekuatan-Mu, kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih dilangit turunkanlah, jika di dalam bumi keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha-Mu, keagungan-Mu, kecantikan-Mu, kekuatan-Mu, kekuasaan-Mu, limpahkan kepadaku seperti yang Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.”

Ameeennnnn.. hihi. Nak tahu? Dulu masa saya tingkatan 3 kalau tak silap, saya suka sangat doa ni. Saya rasa best. Best macam mana tu tak tahu la nak explain mungkin sebab waktu tu saya masih bertatih nak kenal Tuhan saya kot. Masih mencari-cari jalan tarbiyyah. So, bila saya faham doa tu betul-betul, saya rasa best pulak. Hehek!

                Seperti yang dijanjikan, saya nak tulis tentang rezeki. Rezeki yang selama ni menjadi rahsia Allah. Rezeki yang terkadang kita terlepas pandang kerana nilainya yang kecil. Rezeki yang terkadang kita pandang hanya dalam bentuk wang. Tapi makna rezeki yang sebenar jauh lebih dari semua itu.

                Hidup saya tak semewah ‘mereka’ tapi saya masih bertuah berbanding ‘mereka’. Bila saya kata saya tidak semewah mereka, bermakna saya yang berselipar tidak seberuntung yang memakai kasut. Bila saya kata saya masih bertuah berbanding mereka, bermakna saya masih bernasib baik kerana mampu berselipar berbanding mereka yang berkaki ayam. Rasa ‘cukup’ itu akan kita kecapi jika kita sentiasa memandang orang yang di bawah kita. Itu yang saya belajar dari dunia yang penuh dengan senda gurau ni.

                Kali pertama saya jejakkan kaki di alam universiti, saya berazam untuk tidak akan membebankan ayah saya lagi. Saya tidak akan menagih satu sen pun dari dia. Selama ni saya tengok susah payah dia cari duit bila kakak-kakak dan abang-abang saya minta duit ketika mereka masih belajar. Ayah saya tak pernah cakap dia tak ada duit walaupun kenyataannya memang begitu. Bila anak meminta, diusahakan aje sehingga ada. Itulah ayah.

                Saya belajar erti susah. Saya belajar erti pengorbanan. Alhamdulillah, sehingga sekarang tidak ada satu sen pun duit ayah saya yang saya sentuh. Duit poket, duit minyak motor, duit topup, duit tambang balik kampung, duit beli baju, duit beli tudung, duit beli kamera, duit beli segala kemahuan saya yang entah pape, semuanya duit saya.

                Jika saya memakai jubah dari butik, itu di atas usaha saya. Jika saya menggunakan kamera DSLR, itu juga di atas usaha saya. Jika, jika dan jika, itu bukanlah beban yang saya letak dibahu ayah saya. Bukan bererti saya berduit, kerana hakikatnya saya dah pokai kerana keborosan saya. Huhu… Ya, semuanya usaha saya sendiri tetapi hadir bersama izin dari-Nya.

                Memang betul anak itu tanggungjawab ibubapa. Tetapi tidak salah kan jika saya belajar berdikari dari sekarang? Biarlah ayah saya rasa senang sikit dapat anak macam saya ni. Biarlah dia redha dengan anak bongsu dia ni.

                Dulu sebelum dapat result exam sem 1, saya menangis berdoa pada Allah supaya saya dapat pointer yang tinggi sebab saya nak apply biasiswa jpa. Saya nak tolong ayah dan mama. Tapi result saya biasa-biasa aje. Mungkin sebab Allah tidak mahu saya lupa diri kerana itu barulah satu permulaan. Hakikatnya perjalanan saya masih jauh.

                Tapi bila tarikh memohon jpa tiba, dia rendahkan syarat memohon sehingga membolehkan saya untuk memohon. Siapa sangka syarat minima untuk memohon adalah cukup-cukup result yang saya dapat. Saya cuba dengan harapan Allah tolong.

                Sekali lagi saya ulang, kerana rezeki itu rahsia Allah. 7 Julai 2015 bersamaan dengan 21 ramadhan 1436H, keputusan permohonan keluar. Waktu tu saya di masjid. Sebelum berbuka puasa saya check. ‘Berjaya’. Terasa seperti mimpi. Allahurabbi. Allah tidak pernah meninggalkan saya. Saya banyak dosa. Tapi Allah itu betul-betul Maha Pemurah. Sejujurnya ada rasa takut di hati saya untuk terima biasiswa jpa tu. Saya sedar risiko yang akan saya tanggung kalau saya tak mampu compete dalam pembelajaran saya. Jika betul tanggapan saya pada result sem ini, bermakna saya hanya punya satu peluang saja lagi. Hanya satu peluang. Nampak mudah tetapi sebenarnya berat untuk saya. Doakan saja yang baik-baik untuk saya, ya? :’)




                Demi segala yang telah saya lalui, percayalah pada rezeki, percayalah pada pemberi rezeki. Mencari rezeki perlukan kesabaran dan bukan mudah untuk sabar kerana sabar menagih waktu yang memerlukan kekuatan. Bila kita buat sesuatu dengan niat yang betul, demi redha dari-Nya, inshaAllah Dia pasti bantu! 


p/s : Sampai sekarang ayah saya masih belum tahu tentang biasiswa jpa tu. Hummmm…


15 Julai 2015

~3.15 p.m~

No comments:

Post a Comment