/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Sunday, 26 July 2015

...Saya Yang Pilih...



Saya yang pilih. Jadi saya harap saya mampu istiqamah dengan pilihan itu. Saya harap saya tidak kalah dengan rasa itu. Saya harap keyakinan saya tidak goyah tentang hal itu. Saya harap semuanya saya mampu.

Walaupun ada masanya saya buntu. Walaupun ada masanya saya tunggu. Walaupun ada ketikanya saya menangis kerana menahan rasa itu. Walaupun ada masanya saya rasa seperti tidak mampu. Kerana rasa itu sentiasa bertamu.

Ya, saya sakit kerana pilihan itu. Tapi saya pilih kerana diri saya, kerana masa depan saya, kerana dunia dan akhirat saya. Masa depan saya perlukan sesuatu yang pasti. Dunia dan akhirat saya perlukan redha dari Ilahi.

Ada masa, saya seperti mahu lupakan pilihan saya itu kerana saya tidak sekuat yang saya sangka. Tetapi letih yang seringkali saya ucapkan itu sudah tidak mampu saya tanggung. Biarlah kali ni saya serahkan hati saya sepenuhnya pada Tuhan saya.

Ya, mungkin rasa cemburu pada kisah yang seringkali terpapar di depan mata saya itu tidak akan pernah hilang. Tidak mengapa, ada sesuatu yang lebih baik Allah sediakan untuk saya nanti. Saya pasti itu.

Pasti?... (senyum sinis untuk diri sendiri)

Bila saya kuat, saya kata saya yakin, saya kata saya pasti. Tapi bila saya tidak mampu lagi untuk berlagak kuat, saya seringkali mempersoalkan semuanya. Saya benci diri saya yang lemah. Saya benci sikap saya yang begitu. Saya benci!

                Jujur saya lemah. Tapi saya seringkali takut untuk meminta kekuatan dari Allah. Kerana saya tahu Allah seringkali menguatkan saya dengan mendatangkan masalah untuk saya hadapi, timpakan ujian untuk saya harungi. Ada ketika ujian-ujian itu dirasakan terlalu berat untuk saya. Walaupun saya tahu Allah tidak akan bebankan saya dengan sesuatu yang tidak mampu untuk saya tanggung. Saya tahu tapi saya takut. Saya ni teruk kan? Saya ni pengecut kan?

                Allah dah terlalu baik dengan saya. Saya banyak dosa tapi Dia… Allahurabbi, Dia tak pernah tinggalkan saya. Dia sentiasa ada dengan saya. Malah pintu rezeki sentiasa Dia buka untuk saya. Saya tahu, orang yang mengenali saya tidak akan pernah menyangka status ekonomi keluarga saya jika mereka melihat rupa luaran saya, kehidupan saya. Kerana Allah sentiasa bantu saya.

                Bukan bererti saya si miskin yang berlagak kaya. Tapi bagi saya, kesusahan yang saya rasa, biarlah saya seorang yang rasa. Tidak prelu kita hebohkan pada orang untuk menagih simpati. Kerana kita punya Allah untuk diadu susah yang dialami.

                Macam-macam pulak yang saya tulis dalam entri kali ni. Macam dah lari dari topik asal la pulak. Hummm.. mungkin sebab saya terlampau lama tak menulis blog ni. Dan mungkin kerana terlalu banyak yang saya mahu kongsikan di sini. Tentang rezeki tu, nanti saya kongsikan pada entri akan datang ya?


p/s : Rupa-rupanya saya tidak akan pernah mampu berhenti berharap walau sekerap mana sekalipun saya cuba. :’)


Rabu, 15 julai 2015

~1.23 pagi~

No comments:

Post a Comment