/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Monday 4 May 2020

...Dah Buat Istikharah?...





Saya rindu nak menulis di ruangan ni. Banyak kali saya buka, tapi saya tutup balik.

Buka, tutup.
Buka, tutup.

Berterusan tanpa mencoretkan apa-apa.

Ada sesuatu yang terbuku di hati saya. Tapi rasa yang satu ini, sukar sekali untuk dicoretkan dengan tulisan mahupun lisan.

Tapi kali ini, ada sesuatu yang saya mahu kongsikan disini. Ianya tentang istikharah.

Saya sebenarnya baru sahaja berkongsi kisah dengan sahabat saya tentang ‘relationship’. Dan satu soalan dia tanya saya,,,

“Dah buat istikharah?”

Saya, tak pernah sangsi dengan istikharah. Sebab setiap kali saya beristikharah, saya tak pernah rasa menyesal. Bahkan hikmah itu satu persatu saya kutip di setiap perjalanan saya melalui jawapan istikharah saya. Ya, saya tidak bercakap tentang jodoh semata-mata. Saya sedang bercakap tentang semua.



Tapi bila kita sentuh tentang jodoh, soalannya, “Bila waktunya kita patut mula lakukan istikharah?"

Ia bukannya sewaktu kita dah cinta atau sayangkan seseorang dan dah declare kita dengan dia. Ianya sebelum itu. Tahu bila?

Kita patut buat istikharah di saat kita dah mula rasa tertarik dengan seseorang. Walaupun waktu itu kita tahu dia sudah berpunya ataupun tidak. Tidakkah kita ingat doa yang disebut-sebut sewaktu istikharah? Apa yang kita minta?

Bila kita dah mula sukakan seseorang, mintalah pada Allah. Doa pada Dia, Ya Allah, jika orang ini ditakdirkan untuk aku dan mampu memimpin aku ke Syurga, maka mudahkanlah jalannya. Tapi jika tidak, tolong biarkan rasa ini pergi, jauhkanlah dia dariku.

Semakin lama kita tangguhkan istikharah kita, semakin sukar masalah yang bakal kita hadapi. 

Kenapa?

Sebab bila sampai satu tahap kita sudah terlalu suka dengan seseorang, kita akan merasa susah melepaskan dia walaupun jawapan istikharah kita sepatutnya begitu. Makin lama kita tangguh, makin sakit dan makin susah yang akan kita rasa.




Jadi saya, tidak pernah melengah-lengahkankan istikharah saya. Kerana saya tahu, saya perlu berhati-hati dengan hati saya. Dan saya tak nak hati saya sakit dihenyak bertalu-talu lagi. Dan kerana saya juga yakin, yang memegang hati manusia itu Allah. Dia tahu semuanya. Jadi, semuanya saya pinta pada Dia. Semuanya saya serah pada Dia.

Saya yakin, semuanya akan baik-baik sahaja dalam jagaan Dia.




No comments:

Post a Comment