/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Wednesday 6 May 2020

...Jawapan Istikharah?...




Ada sahabat saya tanya, “Macam mana nak tahu jawapan istikharah kita yang sebenarnya?”

Istikharah bukan semata-mata soal jodoh, boleh jadi untuk semua perkara kerana istikharah itu adalah salah satu usaha kita dalam membuat sesuatu pilihan. Tapi hakikatnya istikharah memang seringkali dikaitkan dengan jodoh.

Jadi disebabkan sahabat saya tanya istikharah tentang jodoh, ini jawapan saya.

Saya jawab, orang selalu akan jawab jawapan kepada istikharah adalah hati akan jadi tenang. But how ‘tenang’ is that feeling would be? Mesti ada tanya soalan ni kan?

Kalau nak cakap mimpi, for me answer through mimpi tu orang yang beruntung je dapat. Dan bagi saya, mimpi tu benda yang paling kita kena berhati-hati. Lagi-lagi kalau kita dah jatuh suka pada orang yang kita buat istikharah tu.

Takut kalau-kalau mimpi yangg kita dapat tu sebenarnya mainan syaitan atau sebab hati kita yang memang dah cenderung pada orang tu.

Jadi  bila istikharah, kita bukan hanya sekadar perlu tunggu mimpi ataupun tunggu 'rasa tenang' tu sampai. Tidak ! Istikharah bukan magik dan jauh sekali bukan penentu. Jadi apa kita kena buat?

Beristisyarahlah.

Terkadang jawapan kepada maksud 'hati yang tenang' tu datang sewaktu kita beristisyarah. Bila kita berbincang dan berfikir soal tu, kita tak rasa serabut. Kita tak rasa susah. Kita akan rasa tenang dan dipermudahkan.



Istisyarah boleh jadi dengan banyak pihak. Family is one of them.

Kalau contoh paling mudah, bila tanya mak ayah pasal kahwin atau ciri-ciri calon menantu yang mereka nak, kemudian mereka jawab

"Suruh tolong jemur baju pun dah melenting, ada hati nak kahwin?"

Haaa.. Jadi ini mungkin tanda-tanda istikharah kita mengatakan kita belum bersedia untuk ke arah itu. Tapi kalau jadi macam ni dan kita sememangnya bersungguh untuk kahwin, perbaiki diri, buktikan dan tunjukkan pada mereka yang kita dah matang untuk ke arah itu.

Matang bukan hanya dengan bercakap mengatakan “Aku dah matang” semata-mata. Matang perlu digambarkan dengan perlakuan. And indeed, maturity is not about age. Young people can be matured. Old people can be immature.

Satu benda lagi jangan pernah tinggal.

Usaha.

Usaha la apa-apapun untuk cari jawapan kepada istikharah tu. Macam mana nak usaha?

Kalau tak kenal orang tu, cuba selidik apa-apa fasal dia yang kita nak tahu. Tanya orang yang betul-betul kenal dia, dia ni  macam mana.

Jadi dari sini kita boleh  tahu, betul ke dia ni orang yang selayaknya kita nak jadikan pemimpin kita? Betul ke dia layak jadi ayah kepada anak-anak kita? Mampu ke dia bawa kita dan anak-anak kita masuk syurga?



Selalunya bila orang tanya kita, kita nak calon suami yang macam mana? Kadang sesetengah kita ada yang jawab,

"Yang biasa-biasa pun tak apa, asalkan baik"

Tapi cuba tanya balik diri kita, kita nak ke anak-anak kita nanti dapat ayah yang 'biasa-biasa je' tu? Kita boleh pilih siapa bakal suami kita. Tapi bakal anak-anak kita tak boleh pilih siapa ayah mereka. Kita perempuan layak memilih. Jadi pilihlah sebaik-baiknya.

Tapi ingat, dalam mencari yang terbaik, jadilah yang terbaik. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Apa yang penting, buat solat sunat taubat walaupun 2 rakaat. Sebelum kita minta apa-apa dengan Allah, bersihkan dulu hati kita. Kita pendosa, sedar atau tidak, setiap hari kita buat dosa.

Akhir pesanan saya, jangan pernah bertangguh dalam melakukan istikharah. Istikharah adalah sesuatu  yang kita perlu sebenar-benarnya berserah pada Allah. Sekalipun kita sukakan sesuatu itu, tapi kalau jawapannya tidak, redhalah. Ada yang lebih baik nanti. InshaaAllah.







No comments:

Post a Comment