Sudah berapa hari saya tinggalkan tempat
yang penuh dengan kenangan itu. Sekarang baru saya berpeluang coretkan sesuatu
disini. Lagipun, saya sudah berjanji pada Maira untuk tuliskan satu entri
tentang hari terakhir kami disana. Sebelum itu, saya nak minta maaf sebab saya
tak sempat coretkan sesuatu atas sekeping kertas untuk Dhiya dan Maira seperti
yang mereka berdua dah lakukan pada saya. Sebagai ganti, saya coretkan semuanya
disini ya?
Maira yang saya sayang
Terima kasih kerana sudi temankan saya untuk
balik lewat. Terima kasih kerana sudi teman saya breakfast dekat luar pagi tu.
Terima kasih utuk buku wanita-wanita syurga yang awak hadiahkan tu(walaupun
saya yang minta). Hehe… Terima kasih untuk surat ungu yang sebenarnya kelakar.
Agak sedih jugak la tapi saya tak menangis punnnnn… Hoho… Terima kasih atas
kenangan-kenangan yang awak dah lakarkan dalam hidup saya. Teman saya pergi
surau setiap hari, teman saya makan aiskrim bila saya dah teringin sangat nak
makan, belikan saya tembikai bila saya rasa malu sebab dah selalu sangat beli,
teman saya jalan-jalan setiap petang masa musim peperiksaan hari tu sambil
dengar cerita tentang kisah silam saya yang tak berapa menarik tu. Teman saya
nyanyi lagu InshaAllah sampai nangis. Tulis ‘surat cinta’ untuk ayah sampai
nangis. Tolong sama nangis dengan saya bila saya bacakan surat tu untuk awak.
Hehe.. Saya kan Hajar yang gembeng! Awak pula Maira yang cengeng…(awak yang
cakap). Saya pun takkan lupakan kenangan main baling-baling air dalam bilik air
masa mandi. Kita kan selalu mandi sebelah-sebelah? Angan-angan nak mandi hujan
tak tercapai, mandi sambil baling-baling air pun jadi laaaaa.. Tahniah sebab
harapan awak untuk meninggalkan dan bukannya ditinggalkan tercapai sebab kita
berdua sama-sama meninggalkan rupanya… ^^
Dhiya yang saya rindu
Terima kasih untuk persahabatan yang
telah terbina tanpa disangka-sangka. Seperti awak, saya pun tak pernah
terfikir yang saya akan rapat dengan
awak sampai macam tu. Terim kasih untuk sekeping surat tu. Awak nak tahu tak?
Maira kita yang sangat susah nak menangis tu menagis bila baca surat tu.
Tahniah! Hahaha.. Saya sendiri pun sebenarnya rasa sebak. Tapi saya tak nak
perpisahan kita ini hanya diiringi dengan air mata. Nanti mata saya sembab tak
cantik laaaa… Hoho.. Terima kasih sebab selama ni sudi kemana-mana dengan saya,
sudi pujuk saya bila saya sedih walaupun awak cakap awak tak pandai pujuk
orang, sudi ajar saya moment yang saya sangat tak suka sampai saya pandai, sudi
layan saya yang selalu minta nak tengok cerita ‘Bukan Kerana Aku Tak Cinta’
bila ada masa lapang, sudi teman saya pergi ‘tempat bebas’ walaupun yempat tu
jauh. Hehe.. Terima kasih sebab mampu tahan dengan perangai saya yang
kadang-kadang suka marah orang tak tentu fasal bila tertekan. Terima kasih ya.
Jangan lupa saya ya… :’)
Sahabat C1T3
Terima kasih untuk ilmu yang telah
dikongsi bersama. Terima kasih kerana sudi melayan karenah saya yang
kadang-kadang suka psiko korang semua. Terima kasih kalau selama ini dah
pernah belanja saya apa-apa. Untuk pari-pari khayalan semua, Murni, Qaseh,
Rindu, Cinta, Sayang, Salju, Permata dan Cahaya, Mutiara akan sentiasa rindu awak
semua. Nama aneh2 tu semua atas permintaan mereka ya. Hahaaa..
p/s : Untuk sahabat-sahabat saya yang
lain yang tidak saya nyatakan disini, terima kasih untuk semuanya. Saya janji
saya akan ingat awak semua sampai bila-bila… <3
No comments:
Post a Comment