Semalam lena saya sering terganggu. Lena
ke? Entah la. Saya sebenarnya langsung tidak mengantuk tapi sakit di kepala
saya membuatkan mata saya ingin terpejam. Saya sentuh dahi saya, ada panas yang
membahang. Cuba melenakan diri pada pukul 12.00 malam sangat susah untuk saya
memandangkan saya sudah terbiasa tidur lewat kebelakangan ini. Terjaga pada
pukul 2.30 pagi, 3.30 pagi, 4.30 pagi, 5.30 pagi. Setiap satu jam lena saya
terganggu. Saya dengar azan subuh berkumandang. Kepala saya masih berat. Lemahnya
saya ketika itu. Akhirnya pada pukul 6.30 pagi, saya gagahkan juga diri saya
untuk bangun menunaikan solat.
Sakit di kepala yang menusuk membuatkan
saya hanya mampu baring sepanjang waktu. Bangun hanya untuk solat. Makan?
Langsung tidak ada selera. Tapi sebelum asar tadi saya telan saja nasi itu
walaupun lidah saya tidak dapat merasa rasa makanan yang saya makan. Satu lagi,
saya memang jenis yang tidak suka makan panadol tetapi saya relakan tekak saya
untuk menelannya kerana saya sudah tidak mampu tahan dengan sakit yang
terlampau itu.
Usai menunaikan solat asar, sekali lagi
saya terbaring lemah di katil. Saya terlena tanpa sedar. Terjaga pada pukul
7.30 malam. Saya mula rasa kebah. Saya bangun untuk solat maghrib.
Alhamdulillah kerana sakit di kepala saya sudah hilang cuma lidah saya masih
hilang deria rasanya. Saya buka nota cinta saya. Halaman Al-Kahfi dipandang.
Ada rasa sebak di dada ini. Allah tahu apa yang saya fikirkan.
Jumaat, 23 Mei 2014
~12.36 malam~
No comments:
Post a Comment