/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Sunday, 25 May 2014

...Suratan Atau Kebetulan...




Saat saya mula menulis, jam menunjukkan sudah hampir pukul 1 pagi. Mata saya ni masih segar. Tidak ada tanda-tanda untuk lena terpejam. Mana tidaknya, kerja saya hari ini adalah tidur… Hehe… Sebenarnya saya baru sahaja selesai dari melihat kembali gambar-gambar bersama sahabat saya di matrik dulu. Ada sesuatu di hati ini.

Rasa yang tersembunyi

Selama saya di rumah, sejujurnya hanya beberapa ketika saya rasa saya merindui sahabat-sahabat saya. Itupun cuma beberapa orang yang saya rapat. Tapi sekarang, baru saya sedar sebenarnya saya amat merindui mereka yang pernah bersama saya di matrik dulu. Amat rindu sehingga hati saya terasa begitu sayu dan hampir menitiskan air mata. Alahai hati…..halus betul laaaa…

Mereka bermakna bagi saya

Setiap antara mereka yang hadir dalam hidup saya, bukanlah kebetulan semata-mata. Ada yang hadirnya mengajar saya erti sabar, ada yang hadirnya mengajar saya erti berdikari, ada yang hadirnya mengajar saya erti ikhlas, ada yang hadirnya mengajar saya erti percaya pada diri, ada yang hadirnya mengajar saya erti mendengar dan banyak lagi perkara yang telah mengubah saya menjadi manusia yang lebih banyak berfikir.

Maira yang berdikari

Pertama kali saya pandang Maira, saya rasa dia baik. Saya masih ingat pada hari pendaftaran itu, dia memakai baju kurung dan tudung pink. Adiknya kecoh memanggilnya, “Kakak! Kakak!” Comelnya si kecil itu. Itu bisik hati saya saat itu. Tapi tanpa saya duga, si kecil yang comel itulah yang akhirnya singgah di bilik saya, menyalami tangan saya, didukung dan dicium pipinya oleh saya. Mushrif Hakimi, saya sendiri sudah jatuh sayang pada dia. Adik awak, adik saya jugakkk… Kan Maira? Hehe… Maira…, awak tahu tak? Saya kagum dengan awak. Melangkah ke matrik tanpa seorang teman yang awak kenal semata-mata untuk merealisasikan harapan mama dan abah awak. Berdikarinya awak Maira. Terima kasih sebab awak sudah berjaya meyakinkan saya si bongsu yang manja ni, untuk hidup berdikari dan awaklah sahabat pertama saya di sana!

Allah masih memilih saya

Saya pernah terfikir untuk berhenti dari terlibat dengan pekara dakwah, usrah dan yang seangkatan dengannya. Astaghfirullah… Tapi ternyata, setibanya saya di matrik, Allah masih memilih saya. Allahamdulillah… Bagi saya, membawa usrah itu bukanlah sesuatu yang sangat sukar memandangkan sebelum ini saya sudah pernah menghadapinya. Tapi kesukaran itu tetap ada. Di sana, saya dikenalkan dengan insan-insan baru yang perlu ditarbiyyah. Bersama saya ada seorang naqibah yang sebelum ini belum pernah membawa usrah. Mendidik bukan perkara yang mudah. Saya perlu didik anak-anak usrah di bawah saya dan dalam masa yang sama saya perlu membantu sahabat saya untuk menjadi naqibah @ murabbi yang baik. Untuk terus bercerita tentang usrah, inshaAllah saya akan menulis satu entri khusus untuknya nanti. Apa yang pasti, usrah itu telah mengajar saya erti sabar.

Sebelumnya, saya bukan begitu

Setiap kali ada pertandingan pengucapan awam tidak kira dalam bahasa melayu mahupun inggeris, nama saya sering kali diutarakan. Pada mulanya saya dipaksa, terus dipaksa dan akhirnya saya hanya mampu merelakan diri. Terlibat dengan public speaking dan spelling bee yang memerlukan saya bercakap di hadapan khalayak dengan penuh yakin dan berani benar-benar merubah diri saya yang selama ini sering kali gugup. Jika dulu saya pernah marah sahabat-sahabat saya yang telah memaksa saya, pernah menangis malam-malam kerana manghadapi kesukaran saat menghafal text, tapi sekarang saya ingin berterima kasih kepada mereka. Untuk Maira, terima kasih kerana pernah memujuk saya. 

Saya merindui semuanya

Gambar-gambar yang saya pandang dan renung tadi menyedarkan saya bahawa sebenarnya saya merindui semuanya. Saya rindu untuk keluar outing bersama Dhiya, Maira, Zahra dan sahabat saya yang lain. Saya rindu untuk lepak bersama dengan mereka di bilik saya sambil bercerita dan bergelak ketawa bersama. Kenangan memakai inai bersama sambil menangis menonton cerita ‘Miracle In Cell Number 7’ pastinya sentiasa saya ingat. Terkadang buat kerja sambil nanyi lagu nasyid, bercerita tentang kisah-kisah srikandi syurga sebelum tidur, bercerita tentang blog, makan maggi malam-malam dan paginya sama-sama sakit perut. Haha. Maira ingat lagi? Seronok kan? Saya rindu nak sebilik dengan awak. Saya rindu nak tidur sama-sama dengan awak. Uhuk! Sedihnya…. :’(

What are words

Tadi saya dengar lagu, tiba-tiba saya dengar satu lagu ni terus saya teringat dekat awak dengan Dhiya. Kita pernah nyanyi sama-sama dalam toilet sampai bila saya keluar toilet, budak sebelah bilik kita tegur saya, dia cakap, “Hajar, nanti kite nak lagu nasyid boleh? Lepas tu kite nak lagu yang awak nyanyi dengan Maira dalam toilet tadi tu.” Hahahaha… Waktu tu saya rasa kelakarnya kita ni. Sampai macam tu sekali kita gilakan lagu tu masa tu. Awak tahu kan lagu tu? Ala.. saya dah tulis pun dekat atas tu. Hihihi… ;D

Kami semua berbeza

Perbezaan itu yang melengkapkan setiap antara kami. Saya sayang sahabat-sahabat kelas saya. Mereka sentiasa membantu saya, mereka percayakan saya, mereka menyedarkan saya bahawa saya ini telah merubah persepsi mereka terhadap orang yang bertudung labuh. Siapa kata orang tudung labuh tak pandai berlawak jenaka? Siapa kata orang tudung labuh ni pendiam? Siapa kata orang tudung labuh ni berkawan dengan golongan mereka sahaja? Saya tidak. Mereka kata saya ni nakal, terkadang suka psiko orang. Mereka kata saya ni banyak cakap cuma bila saya ada masalah memang saya akan diam tanpa kata. Sahabat saya yang free hair pun boleh masuk dengan saya. Malah saya sendiri pun berasa senang berkawan dengan dia. Jadi orang tudung labuh ni tak ada la kolot sangat pun. Kan?

Penat la nak taip

Saya dah break kejap pergi isi perut tadi. Hehe.. Saya rasa makanan pun dah selamat turun dah so saya nak cuba manja-manjakan mata saya ni untuk melenakan diri. Walaupun perasaan mengntuk tu masih belum memunculkan diri, tak mengapa, nanti saya cuba tidur.

Sebelum saya tutup mata dan lenakan diri saya ni.

Saya mahu tutup kembali kisah lama saya bersama mereka yang saya sayang.

Untuk terus menulis, jari-jemari saya yang runcing ni sudah mula penat.

Hehe…

Tutup hanya di sini.

Namun terus di biarkan terbuka di alam kenangan.

Moga Allah sentiasa membimbing insan-insan yang saya sayang.

InshaAlla bertemu kembali di Jannah. :)



p/s : Walau ke mana sekalipun kaki kita melangkah, sedarilah bahawa semuanya bukanlah kebetulan semata-mata tetapi suratan yang penuh dengan hikmah dari-Nya.

Sabtu, 17 Mei 2014

~3.00 pagi~

No comments:

Post a Comment