/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Tuesday, 5 August 2014

...Menjadi Penulis Yang Disayang...




Lain orang lain hatinya, lain blogger lain masalahnya. Hee.. nak jadi blogger ni macam senang je kan? Buat blog, tulis je apa-apa, lepas tu post. Hurmmmm,,, memang semudah itu ke?

Mana ada benda yang senang dalam dunia ni? Nak makan pun kena kunyah., paling tidak kena telan. Masih perlu lakukan sesuatu kan? Sama jugalah seperti blog, mahu jadi blogger perlu menulis. Tapi,,,,,tidak kira kecil atau besar, halangan dan cabaran itu pasti ada.

Saya sendiri pun punya halangan dan cabaran sendiri. Adakalanya saya ada idea mahu menulis tapi saya tidak tahu dari mana saya perlu memulakan entri saya itu. Adakalanya pula saya tidak tahu bagaimana mahu menyusun kata supaya apa yang saya cuba sampaikan itu betul-betul sampai. Ada ketika, selesai sahaja menulis, saya tidak tahu tajuk apa yang patut saya letak. Dan yang paling parah, saya tidak punya kemudahan untuk post semua entri yang telah saya tulis! Buktinya sekarang sudah 6 entri termasuk entri ini yang saya masih belum post ke dalam blog. Aduhai~

Bagi pihak Maira pula, dia khabarkan pada saya bahawa dia mempunyai terlalu banyak idea sehingga dia keliru mana yang perlu ditulisnya dahulu. Bila ditangguh, semua idea hilang. (Oh, itu perkara biasa yang berlaku pada saya, hehe…) Sebaliknya di pihak Ibrahim pula, dia malas untuk membuka laptop dan menulis blog. Hah? Malas?! Aiyoyo~

Mahu jadi blogger, perlu betul-betul minat. Kena ada azam! (ceyyywah) haha… Pembetulan, sebenarnya nak lakukan apa-apapun perlu ada kesungguhan, barulah berjaya. Kalau tidak berjaya sekalipun, itu tidak ada rezeki namanya. Jadi untuk para blogger yang semakin pudar semangatnya untuk terus menulis, atau untuk sesiapa sahaja yang mempunyai niat untuk jadi penulis, tidak kiralah penulis blog mahupun penulis buku, saya ada sesuatu untuk dikongsikan.

Perkara yang paling penting sekali adalah kita perlu tahu menulis. Tahu menulis di sini bukan bermakna tahu menulis semata-mata. Tetapi perlu ada kebijaksanaan dalam penulisan. Jika kita hanya sekadar menulis, belum tentu orang yang membaca faham apa yang kita cuba sampaikan. Jadi perlu ada ketelitian dalam penulisan supaya bahasa yang digunakan mudah difahami dan mesej yang cuba disampaikan betul-betul diterima.

Selain itu, jangan menangguh untuk menulis. Sejak berjinak-jinak dengan dunia blog ini, apa yang saya tahu idea untuk menulis itu datang tidak kira waktu. Dia boleh datang secara tiba-tiba. Apabila ditangguh, makin banyak yang terkumpul dan lama-kelamaan bukan sahaja idea, mood untuk menulisnya juga boleh hilang. Akhirnya, blog tidak diupdate.

Seterusnya yang ingin saya kongsikan adalah kita perlu ikhlas dalam menulis. Tulislah apa-apa sahaja yang ingin kita tulis sama ada tentang pendapat, luahan hati atau sesuatu yang boleh puaskan hati sendiri kerana dengan itu kita tidak akan pernah rasa bosan dengan menulis. Kalau nak tahu, keseronokan menulis blog ni mampu buat perut yang lapar jadi kenyang, mata yang mengantuk jadi segar, hati yang lara jadi lega, asalkan, kita menulis dengan hati…^^


Buku ini yang saya baca


Bahruddin Bekri ada menyebut dalam bukunya tentang menulis dengan hati. Katanya, ini pesan orang kampungnya kepada dia suatu ketika dahulu. Kata orang kampung itu, menulis itu perlu 80 peratus dengan hati dan 20 peratus dengan akal. Hal ini kerana, fikiran boleh memahami tetapi hati boleh merasai. Ibaratnya saya bertanya, apa rasanya hempedu yang dicecah madu?

Fikiran kamu pasti mampu memikirkan rasanya, tetapi kamu perlu merasai sendiri dengan lidah demi mengerti dengan lebih tepat. Tetapi bagi membuat mimik wajah serong dan pandangan berubah, hati kamu yang mendorongnya kerana ia lebih mengerti rasanya lebih dari apa yang difahami oleh fikiran dan apa yang dirasai oleh lidah.

Akhir sekali, tips yang saya ambil juga dari hasil penulisan Bahruddin Bekri adalah, letakkan tema dalam penulisan. Pesannya, pilihlah tema yang memasang harapan. Pilihlah tema yang sebegitu tidak kiralah buku apa kerana semua buku yang laku keras di dunia ini adalah buku yang memasang harapan. Sama ada memasang harapan dari segi motivasi, perasaan, kewangan, hidup, politik, patriotik, budaya dan segalanya! Tetapi bagaimana tema yang memasang harapan? Kamu tahu?

Tema yang membuatkan orang memasang harapan pada hidup mereka selepas membaca buku itu adalah tema yang menjual harapan. Jangan sesekali kamu membuat manusia rasa tiada harapan ataupun membuat mereka rasa jiwa mereka gelap dan murung. Itu salah. Mahu tahu kenapa?

Kerana, bagi membuat manusia berfikir dengan tulisan kamu adalah dengan membuat mereka memasang harapan. Sekiranya mereka tidak lagi memasang harapan, adakah mereka rajin berfikir? Membuat manusia berfikir itu bukan kerja kita. Itu kerja mereka sendiri. Kerja kita adalah memasang harapan dan sekiranya mereka mula berfikir, itu adalah bonus.

Kamu perlu ingat, sekali kamu jadi penulis, jadilah penulis dan bukan hakim. Jangan sesekali menjatuhkan hukum kepada manusia lain yang tidak seiring dengan kamu, dan jangan sombong dengan mengatakan orang lain tidak bagus dan apa-apa sahaja. Tahu kenapa?

Kamu boleh menulis karya hebat yang mampu menang itu dan ini, mampu juga membuat manusia berfikir dan memasang harapan. Tetapi adakah manusia yang menentukan kejayaan kamu?  Bukan! Tuhan yang akan menilai kamu dan Dia menilai kamu terus ke hati. Dia yang Maha Tahu, tahu mengapa kamu mengata tulisan orang lain tidak bagus, tidak membangun daya fikir, tidak itu dan tidak ini. Tuhan tahu niat kamu kerana mungkin pada awalnya kamu niat bagus dengan menegur. Namun, tiada benda yang kekal di dunia, begitu juga niat. Dengan mudah sahaja niat kamu boleh tergelincir dan menjadi sombong.

Jadi, sekiranya kamu sudah bagus, teruslah menulis dan banggakan teman-teman penulisan kamu dengan nasihat yang bagus, bukan dengan mimik wajah mencerca dan menghina. Nasihat sahaja, dan sekiranya kamu marah, jangan sesekali menghina dan merendah-rendah kerana mereka juga adalah manusia yang memasang harapan kepada manusia lain. Mereka juga sama seperti kita, cuma cara yang berbeza.

Moga apa yang saya kongsikan kali ini memberikan banyak manfaat kepada yang membacanya. Terima kasih kepada Bahruddin Bekri kerana menjadi sumber kepada  ilmu yang bermanfaat untuk dikongsi bersama pada kali ini. Terima kasih juga kepada yang sudi membaca! =)


p/s : Jom menulis dengan hati? Seronokkkk! ^^

Sabtu, 21 Jun 2014

~11:00 malam~

No comments:

Post a Comment