Kata orang, kalau kita mahu katakan atau
lakukan sesuatu pada seseorang, cuba letakkan diri kita ditempat mereka. Diam
dan berfikir sejenak, adakah kita akan marah atau buat tak tahu?
Itu yang saya lakukan.
Adakah saya akan marah sekiranya dia
lakukan perkara itu terhadap saya?
Hati saya berkata tidak. Sekelumitpun
perasaan marah itu tidak akan ada. Tapi waktu tu, saya lupa sesuatu……
Saya lupa manusia itu berbeza. Ada yang
berfikiran sama seperti kita dan ada juga yang sebaliknya.
Dan waktu tu……
Saya terlupa bahawa fikiran kami selalu
berbeza.
Saya akui itu memang salah saya.
Khamis, 7 Ogos 2014
~8:48 malam~
No comments:
Post a Comment